- kLIk - kLIk - kLIk - kLIk -

Halal kah?

aku brYM dengan Mr.X semalam.

N          :   Eh.. entry blog ko yang latest tu..
                 sakit perut aku baca komen2nya :p

MR.X   :    hahahaa..yg lawak tu memang lawak la..klakar gilaa :))
                 tapi yg dok kutuk c fasha tu yg aku sengih2 je baca
         
N          :   dah lumrah berita dan gambar panassss :))
                 kalau aku jadi fasha sandha aku bunuh orang yang sebarkan gambar tu :p
      
MR.X   :   ceh!
                :p
                aku tak bersalah
                dah artis tu macam tu, aku tolong sebar je :))
                lagipun aku pun curik berita ni dari *****.com
          
N         :  janji ramai pengunjung blog kau kan?
               adsense ko pun lumayan la masuk tiap bulan kan? :))

MR.X   :    :)) :)) hahahaa

** ** ** ** ** ** **

Agak2 duit yg masuk akaun melalui adsense tu kira halal kah?

Angpaw

sss : boss, u tau ka apa itu duit raya?

boss : haiya wa tau la, itu macam angpau laa

sss : angpau for CNY kan?

boss : hahahahaaa... (sambil angkat kopi dia lari masuk bilik)
.
.
.
.
.
oh! boss takut kena pau!

Facebook

Dikala pengguna internet sibuk sebar menyebar berita bahawasanya laman sosial terbesar di internet iaitu Facebook akan shutdown in the middle of march this year, aku dan bos aku gelak-gelak. Ya lah kan bos aku susah-susah block facebook dari sistem komputer di opis ni. Sekali dengar berita facebook mau tutup sudah. Dengan sukacitanyalah bos aku ketawa. Eleh bos aku tu pun pengguna facebook jugak sebenarnya..
  
Berapa hari ni pengguna internet pun terkeliru dan mengelirukan diri sendiri whether its just a rumor or daripada Zuckerberg sendiri.

Dan ini berita aku ringkaskan daripada MSN News bertarikh 10 Jan 2011 (By Agence France-Presse, Updated: 1/10/2011)

Facebook menafikan khabar angin laman tersebut akan diberhentikan. 

Khabar angin yang menyatakan facebook akan ditamatkan sebenarnya telah dicetuskan oleh sebuah sarkastikal website yang juga menyebarkan tentang berita-berita sarkastik seperti "Alien Spaceships to Attack Earth in 2011" and "George Clooney Running for President." Berita bahawa jaringan sosial yang digunakan oleh lebih 500 juta ahli itu akan ditamatkan (Facebook) telah tersebar dengan drastiknya di laman sosial Twitter dan juga Facebook sendiri.

Pihak Facebook sendiri menafikannya. "We didn't get the memo about shutting down, so we'll keep working away like always. We aren't going anywhere; we're just getting started,".

So anda si pengguna facebook, suka tak? =P





*Btw, ini tak bermakna facebook akan terus bertahan lama. Sekarang pun banyak rumors yang menyatakan facebook mengalami kerugian terus menerus. Server perlu ditambah memandangkan pengguna semakin meningkat dan uploading gambar2 pun semakin berlambak..mana mau cari space? Upgrading memerlukan duit. Tapi itu pun just a rumor. Terpulanglah kepada Zuckerberg dia pun sudah kaya kan kan kan??

Immobilliser

Aku baru tahu kebanyakan proton keluaran baru (malah kereta lain keluaran 2009 ke atas) menggunakan immobilliser system.

Disebabkan tidak tahu, aku hampir terbangkan RM300+ semata-mata mahu tarik kereta aku yang parking di bawah office ke bengkel berdekatan.



Apa itu immobilliser pada kenderaan? 

Alat elektronik yang dilengkapkan pada kenderaan yang berfungsi untuk menghalang enjin dihidupkan kecuali menggunakan kunci yang betul. Hanya kunci yang mempunyai cip dengan kod tertentu pada remote kunci untuk kenderaan itu saja yang boleh menghidupkan enjinnya untuk bergerak.  Ini bertujuan untuk keselamatan kenderaan (anti-theft) yang mana pencuri yang telah membuat kunci pendua sendiri, tidak dapat melarikan kenderaan tersebut kerana tidak memiliki cip kod kunci pada kunci penduanya. (Errr errr...ayat aku terangkan ni boleh fahamkah??)


Sesetengah kunci tu cepat rosak. Terutama badan remote yang dicantumkan dengan 1 skru sahaja. Hati-hati, apabila badan remote terbuka cip yang kecil itu mudah jatuh dan hilang.

pictures credit  : gogle search engine

si R

Si R tanya,

Blog baru lagikah?

blog lama aku tu aku block sudah..

blog lama2 aku penuh sangat cerita peribadi yang keterlaluan perihal ceritanya, sudah macam buku pekeliling kerajaan tebalnya kalau mau baca kena fikir 5 kali. (agak-agaklah jugak terlampau cakap besar!).

Bersih ja blog yang ni...

bersihlah. saya tidak suka buat sampah sarap dik, lagi-lagi mencarut.

atau dia maksudkan aku ni pemalas cantikkan blog aku dengan templates segala widgets bla bla bla tu??

Aku sudah tidak minat buat blog serabut..TITIK.

Kononnyalah

Kelmarin aku ambil cuti satu hari.

cuti sakit..kononnyalah.

aku berehat di rumah...kononnyalah.

dan aku sudah sihat..kononnyalah.





Hari ini bila aku tengok muka bos,

tiba2 rasa mau demam balik.... yang ini bukan konon2 ok!



Serius aku merajuk dengan boss!

Saya Comel

Tips untuk kelihatan comel di dalam gambar : 

Bergambar dengan sesuatu yang comel. 

kanak-kanak
kucing
anak patung bear

jangan lupa buat gaya comel. selamat mencuba!

Disease dan Disorder

(baca ok..penat2 saja aku tulis kalau ko tak baca..rugi ilmu tau..)

Kalau dalam Bahasa Melayu, dua2 memaknakan kepada perkataan Penyakit. Dua perkataan ini berbeza maksudnya dalam BI dan dalam bidang perubatan khususnya, istilah ini ketara berbeza penggunaannya.

Disease = Ketaknormalan dalam badan disebabkan jangkitan. Iaitu, kegagalan sistem2 dalam badan untuk berfungsi secara normal disebabkan jangkitan/serangan patogen (bakteria, virus, kulat dll.) Contoh disease seperti SARS, JE, Influenza etc. Biasa dikaitkan dengan Illness dan Sickness.

Disorder = Gangguan pada sistem2 dalam badan yang biasanya disebabkan genetik keturunan (waris) atau pengambilan bahan kimia / dedahan radiasi dsbg. Biasanya dikaitkan dengan Syndrome.

Walau bagaimanapun, memandangkan 2 istilah ini saling berkait, sesetengah penyakit itu sukar diklasifikasikan samada ianya disease atau disorder. Disorder boleh jadi disease dan juga sebaliknya.

Ok, faham yang ini kan? Kalau tak faham sila baca lagi 5 kali. Sure lulus biology.

terlebih sudah..

Apa motif entry ini sebenarnya??..

ntah...

aku rindu cikgu bio..

*semoga cikgu Rozi dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya..amin..

Senggugut

Aku sedang menahan kesakitan perut. Inilah sakit rutin setiap bulan.


Jika anda over 18 years old, surelah anda tau apa nama penyakit ini kan? Alah budak umur 7 tahun pun ada yang tahu.

Senggugut bukanlah satu penyakit. Not totally consider as a disease. Actually it is a disorder. BUT, it can be a disease if it caused by infection.

Sebelum tu, aku mahu tanya..tau apa beza disease dengan disorder? Tahu kah? ka tak tahu? Nantilah aku cerita next entry.

Sekarang ni aku mahu cericeritata pasal senggugut saja.

Mahu tahu apa itu Senggugut?

Kalau anda lelaki, terpulanglah mahu tahu atau tidak. Jika ingin tahu, itu satu bonus untuk anda mendalami wanita.

Jika anda adalah wanita, anda WAJIB untuk tahu. Bukan hanya doktor pakar sakit puan saja yang perlu ada pengetahuan ini ok. Lagipun ianya tidaklah terlalu rumit untuk difahami. Ala, yang basic2nya saja bukan yang detail. Orang yang gagal subjek sains masa sekolah dulu pun boleh faham.

Senggugut dalam istilah sainsnya adalah Premenstrual Dysphoric Disorder (PMDD). 

Senggugut / PMDD merupakan gejala yang sering berlaku ketika haid. Ramai yang mentakrifkan bahawa SAKIT yang dirasai pada bahagian bawah perut itu adalah senggugut. Sebernarnya senggugut itu sendiri adalah proses yang berlaku di dalam sistem permbiakan wanita dan rasa SAKIT itu adalah kesan daripada proses tersebut. Ianya biasa terasa sebelum atau semasa haid. Selalunya rasa sakit akibat senggugut ini awal2 dirasai sebelum haid, iaitu pada bahagian pinggang dan ari-ari. Paling teruk rasa sakit yang berlaku ketika hari pertama dan kedua haid yang mana terasa pada bahagian bawah perut iaitu rahim. (Macam aku rasa sekarang ni.. sakit mak..T_T )

PMDD ada dua jenis :
1. primer (jenis biasa) <-- Ini normal Biasanya orang subur. Bukan penyakit.
2. sekunder (penyakit). <-- Ni lah senggugut yg kita katakan disease.


Jenis biasa - 'primary spasmodic dysmenorrhea', tidak semestinya
menandakan sesuatu penyakit. Biasa berlaku pada peringkat remaja. 

Penyakit - terjadi disebabkan oleh terdapatnya
ketumbuhan iaitu fibroid di dalam saluran peranakan.


Bagaimana PMDD / Senggugut itu terjadi?

Senggugut primer (normal).

Ianya berlaku disebabkan oleh penghasilan hormon 'prostaglandin' oleh badan.

Apa pula kaitan hormon ini?

Hormon inilah yang merangsang pengecutan rahim.

Kenapa rahim perlu mengecut?

Supaya 'darah kotor' (orang bagi nama dia darah haid) dapat disingkirkan keluar.

Jadi, Rasa Sakit yg wujud yang kita rasa waktu haid tu, adalah akibat pengecutan otot-otot rahim tu lah yang mengecut dengan kuat. 

Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin dan belum beranak. Ia berkaitan dengan struktur rahim. Selepas pernah mengandung, struktur rahim mesti berubah. Jadi bila pengecutan berlaku, kesakitan pun tidaklah terasa sangat. Tu sebabnya ada orang kata, (majoritilah kan) wanita yang telah berkahwin tidak lagi mengalami Rasa Sakit akibat senggugut. (maka kawinlah cepat..hahaha.)

Senggugut primer ini boleh dirawat. Kalau kita dapat kawal penghasilan hormon prostaglandin, senggugut dapat dikurangkan. 'Ibuprofen' yang membantu menghalang penghasilan hormon prostaglandin. Biasanya terdapat dalam bentuk ubat-ubatan. Selain itu : sila senaman, ambil nutrisi yang baik dan kurangkan stress.

Jadi, semasa haid....
-jagalah pemakanan,
-jangan bermalas2..jangan tidur ja..rajin2 la eksesai. 
(nda pun kan p basuh kain, lap tingkap, angkat 8 baldi air naik rumah..eh??..ok, ini ajaran sesat ~)
-jika ada tekanan dengan boss/suami/boyfriend, buang jauh2! (rasa2 ada kaitan ka? haha)

Tapikan time kita datang haidlah kita jadi stress kan?? sebab sakit bah senggugutttt~ sampai semua org dimarah.

Mahu sakit dan stress atau mahu tidak stress dan tidak sakit?? "Lu pikirlah sendiri.."

Senggugut Sekunder bagaimana pula?
 
Memang penting untuk kita mengetahui Senggugut Sekunder, sebab ianya berkaitan PENYAKIT.
Nanti kita sambung lain kali ya.


......Bye la..aku mau pi usik2 orang di chatroom..

~~Geram

sempena tahun baru, bos kasi hadiah.

aku GERAM ya amattttt


sebab??
...
.




sebab ni lah! :


Sudah dua hari.... T_T
Haha..sebab facebook nda boleh akses pun rasa macam mau mati.

Tu lah siapa suruh ko kaki facebook!

Tidak apa bos, saya pun tidak sampai sebulan di sini. Tunggulah surat resign saya...  =P

Esok kerja

Aku rindu zaman belajar. Sekarang zaman bekerja. Itu pun belum stabil lagi. Doakan aku ya..untuk keputusan interview aku hujung bulan ni. Biarlah ditempatkan di tempat yang jauh asal aku dapat masuk kerajaan.
Hukum physic pun cakap


force x distance = work. 


Hukum aku pun mengada-ada untuk setahun akan datang,


boyfreind baik + kerja stabil = kahwin 




*Tahu apa makna 'sot'?