- kLIk - kLIk - kLIk - kLIk -

Keronsang Bahu - Kristal Sabah


Mengisi masa lapang. Yeah. Semalaman sakit jemari buat benda ni.






















*ambil pun pakai cam hp.. gambar jadi nda jelas..

Saya ke Keningau dan Tenom

Usai saja minggu peperiksaan, saya dan kakak pergi ke Keningau dan Tenom. Ok, sekian terima kasih.

...

..

.

























Ha.. itudiaaaaaa.. Entri pendek sependeknya! *sambil garu tapak kaki. Ishkk3.. malasnya kau mahu menaip *Ya, mood malas.

Okehlah.. malas hendak cerita apa yang dibuat sepanjang ke Keningau dan Tenom, nanti nda cukup space sebab banyak nanti yang dibebel. Maka dengan itu, saya matikan mood membebel di subuh hari ini. Baik dikongsikan pesanan saja.

Apakah? eh eh..


*menggeliat jap regangkan lengan dan tengkuk.. 


adoii.. kruk kruk kruk kriukk bunyi tulang temulang.. 

Ok sambung,

Kepada sesiapa yang belum pernah melalui jalan KK- Keningau melalui Kimanis (ulang sekali lagi, yang belum pernah), kalau hendak menggunakan jalan ini pesan saya berhati-hatilah (serius ni.. berhati2lah!). Pastikan anda 'terer' bermain gear, cluth dan break pada keadaan dan waktu yang sepatutnya. Kalau pakai tekan clutch saja di bukit yang panjang ni silap-silap clutch rosak. Kalau pakai break saja pun boleh panas kalau tak pandai. Lagi, janganlah cari pasal guna kereta yang tidak kuat naik bukit. Jelas? Ok? =D

Sedikit gambar jalan Kimanis;



Kelebihan Jalan KK - Kimanis - Keningau berbanding jalan KK-Tambunan-Keningau.
1. Kurang kenderaan. 2. Mengambil masa lebih cepat.



Naik bukit berkabus, turun bukit pun berkabus. 



Cerun bukit dalam 10% - 19%. Jadi waktu turun bukit kena rendahkan gear sebab sungguh cerun dan berselekoh.

Inilah tempat yang kami berani berhenti sekejap ambil gambar. Sebab tempat ni ada rumah dan ada orang. Selain tempat ni, sepanjang jalan pergunungan itu kiri kanan hutan gunung saja tiada penempatan. Takut rasanya hendak berhenti di sana sini untuk mengambil gambar, nanti kena culik orang-utan sia-sialah hidup. 




dengan kuasa bulan... jeng jeng.. tiba-tiba ada sailormoon sesat..

Walaupun mencabar dengan struktur jalan, kabus dan suasana sunyi, udara di atas Banjaran Crocker ni sungguh nyaman. No asap-asap macam di KK tu.
Pemandangan? Subahanallah... indah nian.


Last but not least, jika perjalanan anda hanya terdiri daripada perempuan, maka sila gandakan 'berhati-hati 'anda. Hehe.  

* * * *


 Sudah beberapa purnama tidak bersua mesra dengan mereka. Dengan merempuh (amboiii over nya perkataan) perjalanan ke Keningau, rindu si makcik berdua pun terlerai pada si kecik si kecik. 
aahh.. waktu ni pulak rindu tu datang balik. Kalaulah Keningau tu dekat hari-hari pi sana :( 



:: Ayat Aiman untuk Makcik Eni nya, "Auntie, zombie gumuk cannot die!"  

sungguh... bertuah punya anak buah! 


Assalamualaikum.. 






Rindu episod 9

biarlah kasih sayang itu melimpah, 
hanya gerimis rindu itu, biarlah kita simpan. 





Lantera Mustika & Kumpulan Cerpen Di Ufuk fajar.

Alhamdulillah selesai maghrib.. hembus nafas tenang dulu.... hhhh~

Bosan asyik update rebiu movie, maka kali ni terhajat pula hendak cerita pasal buku. Ada beberapa buku sebenarnya saya sudah lama habiskan bacaaan tapi saya pilih dua saja yang menarik minat untuk diberikan komen. 

Okey, lets proceed it...

Dua buku dalam gambar di bawah ini : 



1. Lantera Mustika 

Buku ini adalah sebuah novel cinta dewasa. Maksudnya novel ini bukan novel jenis fairytale yang ramai peminat remaja novel suka. Novel ini berbeza dengan novel-novel cinta lain yang berlambak di pasaran, yang berbunga-bunga atau sarat dengan emosi tu. Lantera Mustika ini berisi dengan ilmu. Sedikit ilmu pantun dan ilmu guaman yang diselitkan oleh Nisah Haron. Di samping terhibur dengan jalan cerita dilema percintaan watak utama (Ainur Mustika), dapatlah juga pembaca mengisi minda dengan cara hak jual beli rumah dan perwarisan harta yang mana ramai tidak tahu. Maka, novel ini bermanfaat.

Walaupun cerita ini bukan genre fairytale, tapi mampu buat kita tersenyum sendiri ketika membacanya. Ianya kisah cinta seorang Prof. yang dilema dengan cinta yang datang dari 3 arah. Bagaimana Ainur Mustika berdepan dengan dilema hatinya itu menunjukkan kematangan seorang muslimah. Lagi yang menarik perhatian saya, duit hantaran daripada bakal suami Ainur Mustika berupa duit dalam akaun simpanan. Duit tu simpanan untuk pasangan suami isteri itu nanti sama-sama menunaikan haji.   Sooo sweeeetttttttttlah. Novel ini pun dihidangkan dengan renca pantun yang mencantikkan bahasa cerita. Memang manis bila baca. 

Tidak perlu menjadi lilin membakar diri sendiri untuk menerangi orang lain, tapi jadilah lantera yang cahayanya tidak akan padam dan sentiasa memberi terang kepada sesiapa yang berada di sisinya. 

^_~


2. Kumpulan Cerpen : Di Ufuk Fajar

Buku ini memuatkan 31 cerpen di dalamnya yang ditulis semua oleh Aminah Mokhtar. Bukan cerpen biasa okeh. Cerpen-cerpennya sastera. Seorang penulis sastera yang merupakan jururawat yang menggunakan tempat beliau bekerja sebagai idea punca untuk bercerita. Dari lantai hospital ceritanya berkembang menjadi beberapa buah cerpen yang digarap dengan penuh kesasteraan. Terdapat beberapa cerpennya yang bercerita tentang insan-insan di hospital. Masa saya membaca buku ini, dari satu cerpen ke satu cerpen mesti ada keluh saya dilepaskan. Keluh untk masyarakat kita..

"Karya-karyanya memanusiakan manusia" <-- ni petikan ayat rebiu daripada Pemenang Sea Write Award 1994. Memang betul cerpen-cerpen yang termuat dalam buku ini betul-betul meninggalkan kesan pada fikiran. Juga lebih kepada sebuah karya muslimah. Saya suka.

Cerpen-cerpen di dalam buku ni kalau baca sekali harung sampai habis 31 buah tu memang peninglah. Adik saya baca dia cakap cerpen2nya pelik! haha.. Apabila bercerita tentang penulisan sastera, perlu ada 'jiwa' untuk membacanya (hayati). Bagi saya Karya Aminah Mokhtar sebuah karya muslimah yang menyuntik fikiran berfikir tentang peradaban.

Okeh, selesai.. ^_^ selebihnya baca sendirilah, dapatkan di pasaran okeh! Amboi...sempat lagi mempromot!



::: Rajin betul dia rebiu buku kan? Buku Pendidikan Kokurikulum kau tak mahu rebiu kah Ct? Pangggg! Lempang muka sendiri... paper kokum 3 hari lagi!! Ok... sila mengulangkaji!


Hebat tapi bengong...

Pelikkah tajuk?

Ini sebenarnya berkisarkan filem Battleship. Mahu rebiu sedikitlah pasal filem ni. Bolehkan? dah macam kaki wayang pulak asyik post entri pasal wayang. Dushh. Ayat di atas tu sebenarnya untuk watak utama Alex Hopper yang dipegang Taylor Kitsch (juga hero dalam John Carter). Perwatakan 'Virginia' atau John Carter yang hebat tapi bengong tu ada dalam perwatakan Alex Hopper dalam Battleship. So, filem ni ada unsur komidi macam John Carter jugalah.



Cerita Battleship ni kelakarlah juga sebab semua bermula dengan cerita buntut ayam. Sebab buntut ayam Alex Hopper masuk navy dan cerita perang dengan makhluk asing di tengah lautan pasifik tu pun tercetus. Ok.. lagi pasal filem ni,  mungkin sebab Battleship ni ada bau-bau bacang dengan Transfomer, maka ceritanya pun ala-ala Transforme 3 lah. Lebih kepada pertarungan antara manusia dengan makhluk asing. Dalam Tranformer 3 pun bukan lebih kepada robot vs robot kan? tapi lebih kepada army vs robot. Lebih kuranglah macam dalam Battleship ni. Secara keseluruhan, Battleship adalah tentang cerita pertarungan, (strategi2/aturan perang). Nama pun battle kan. 


Ringkasnya, 
- Aksi : 5 bintang.
- Jalan cerita - Biasa 4 bintang drp 5
- Idea - 4.5 (persembahan strategi perang yang syok)
- 5 bintang extra untuk Taylor Kitsch yang kachak.. (sorry bias...ndapa kan kan kan?)  =P



:: Smartlah Rihanna jadi navy.. 



Tarian Jalanan 2


Street Dance 2


Saya pergi tengok cerita ni selepas paper algebra. Gila! Macamlah exam week berakhir. Kebetulan ada seorang kawan free, dia sedang shopping sendiri2 di CP. Apa lagi, ajaklah. Saya ajak tapi dia belanja. Ok, rezeki saya kali ni. Lepas mengisi perut dengan McD terus ke Growball C. Jika pernah tengok Street Dance yang pertama mesti dapat agak idea cerita Street Dance 2 ni pasal apa kan. Jadi peminat cerita ini pun pastilah anak-anak muda yang minat dengan dance. Masa duduk di luar dewan cinema tu tunggu pintu dibuka, memang ramailah sedang berbaris. Ini first time saya di kelilingi budak-budak hiphop atau rap yang ramai. Errr.. rata-rata adik-adik. Pakaian diorang? Ok, sangat overfashion. Rambut? Ah, kalau mak saya tengok mesti beristighfar. Kawan saya sempat bisik dekat telinga ni kutuk pakaian diorang. Itu suka hati dioranglah kan. Rambut trojan kah, baju terbalik kah. Itu dipanggil fashion. Kan? Lagipun non-muslim. Kalau adik aku yang pakai macam tu lainlah.. memang tarik telinga dia di situ juga. Ada satu group di hadapan kami waktu itu memang smart jugalah trend fashion diorang. Pada hemat mata ni, agaknya diorang ni art student ataupun memang dancer. Tidak kurang juga budak-budak lain yang macam betul-betul budak 'street'. Apa tidaknya dalam dewan duduk belakang kami pastu mulut punya bising. Asal tengok aksi tarian diorang bersorak. Macam bukan dalam panggung wayang ja. Macam tengok konset! Geram jugak. 

"TWICE AS HOT" itu yang terpamer dekat poster kan? Bagi saya, "Jangan overestimate sebelum tengok."  .. ingat tu. 

Storyline mengecewakanStreet Dance 1 lebih  baik ploting dia. Kalau bukan kerana persembahan salsa si Eva dengan team dia tu, cerita ni tidak best pun. Salsa memang awesome. Tidak berkelip mata tengok. Plot agak mendatar. Konflik macam bukan konflik pun. Tidak berbaloi tengok di panggung. Lagi satu, eloklah kalau cerita ni diletakkan label 18 ke atas. Remaja di bawah 18 tidak sesuai. Pengaruh macam-macam dalam cerita ni kalau belum cukup matang untuk berfikir. Kesimpulan, baik cari dvd sajalah atau tengok online di laptop.

John Carter






Sebut saja nama John Carter, saya akan tersenyum sendiri macam kerang busyuk. Sebab teringat kehenseman John teringat sceen kepala John Carter kena tampar oleh Tark Tarkas sebab salah serang kubu. Cerita John Carter ni ala-ala filem Thor, iaitu fiksi lama yang berunsur komedi. Pelakon cerita ni? Ok, kacaklah! Taylor Kitsch, masa dia pegang watak Gambit dalam X-Man the wolverine pun memang kacak dan smart. Dan watak Princess Dejah pula Lynn Colline, dulu pegang watak girlfriend Wolverine. Jalan cerita John Carter ni kira bolehlah. Fiksi kan, jadi banyak tidak masuk akal. Cukup panjang dan penuh komedi. Ada twist pada ending cerita. So, ok seronok tengok. Kalau bawa murid sekolah menengah tengok ramai2 pun syok ni.

Prince of Mars yang baru sampai dari Earth. Kecik sungguh dia.


hensemkan?



Princess Dejah


..... 11 hb ni keluar Battleship. Ha, boleh pergi tengok tapi kena struggle betul-betul untuk paper PE & HE Education 10 April. Ct oh Ct ~~

Cek sebelum post/share


Mungkin ramai tidak endahkannya.

"Cek sebelum post/share."

Ok, saya bercakap tentang informasi. Yang kita peroleh daripada ruang internet samada memalui facebook, twitter atau blog yang kita follow. (kecuali akbar, majalah, official web, jurnal, tesis,) 

Pertama sekali, sejauh mana kita meletakkan rasa kepercayaan kepada sumber bacaan di internet ini? Adakah lepas baca terus bertindak untuk klik share? Atau adakah kita membuat sedikit searching info berkenaan sebelum berfikir untuk berkongsi dengan orang lain?  

Saya sejak dulu lagi tidak boleh menerima bulat-bulat apa yang dishare oleh rakan-rakan di blog dan di facebook. Sebab internet ni lebih banyak rumors, hoax, gossip berbanding fakta.

Sebagai contoh facebook. Kita baca, kita 'like' kemudian kita 'share'. Ramai buat begitu kan? Ada satu tabiat orang kita di internet ni, terlalu exited untuk kongsi di 'wall' facebook masing-masing info yang dikongsi oleh orang lain. Kalau bloggers pula exited untuk berebut siapa post entri paling cepat berkenaan info berkenaan untuk dapat rating viewers ramai.

Asal baca saja info agama, atau info kesihatan, ajaran2 kebaikan, petua2, terus saja dikongsi. Memang info-info tersebut nampak bermanfaat tapi ada yang perlu dititikberatkan. Iaitu kebenararan info berkenaan dan sumbernya, itu tidak harus diabaikan.
   
Ramai tidak suka searching sumber dan kesahihan informasi yang dibaca. Mungkin alasannya malas, leceh, atau memang anda jenis naïf percaya bulat-bulat? Tahukah risiko tidak buat searching sumber ini?

Satu, menanggung dosa kalau informasi itu tidak betul.

Kedua, mengundang saman jika ianya berkaitan individu atau pertubuhan tertentu.

So?

Bukan susah pun sebenarnya untuk menguatkan kesahihah bahan yang kita baca, info berkenaan kan biasanya ada link ke link sampailah ke akar sumbernya (orang pertama post/original post). Rujuk saja di situ. Kalau individu yang pertama post itu memang ustad/doktor/pakar kesihatan/pakar bidang2 tertentu, maka info kita andaikan sebagai berkualiti dan keraguan diabaikan. Kalau individu yang post info itu pun orang yang biasa membaca bahan-bahan internet, haaa.. itu susah.  Jadi apa perlu dibuat?

Apa guna enjin carian goggle tu? Taip saja sumber yang diletakkan pada info tersebut di enjin gogle.  Cek kewujudan sumber dan kualitinya sekali. Kalau tidak wujud, maka info itu sudah diragui kan? Hendak percaya atau tidak itu satu hal, hendak share atau tidak pun satu hal kan? Jawabnya, baik jangan share. Sebab sudah diragui.

Pesan saya, kongsilah sesuatu yang bermanfaat dan benar-benar belaka ilmu/beritanya.


How you feel when u already share the info, but later you find the info was hoax?  
don’t tell me…

So I repeat,  "Cek sebelum post/share."