"Tiga bulan aku tiada sini, jaga diri ok." ucap Alexander tenang.
Redup matanya tidak seperti selalu. Kemudian mata itu dipejam kelopaknya
menahan sesuatu yang tersekat di kerongkong. Seketika, pandangannya
dialih kepada Kimberly di sisi. Kimberly kaku. Sedikit pun tidak berubah
duduknya sedari tadi, tidak mahu memalingkan muka menghadap Alexander.
"Kau merajuk?"
Serta merta Kimberly menggeleng. Terasa tangkai hatinya yang rapuh
dijentik, hampir patah daripada dahan ego. Ke mana saja dia pergi
Alexander ada di sisi. Tapi sampai hari ini saja. Mulai esok, dunianya
akan kembali bersendiri. Sejak mendapat mesej Alexander semalam tetang
pemergiannya ke tanah besar, hatinya diserang gelisah tiba-tiba. Kenapa
susah hati! Bukankah sebelum kedatangan Alexender dia pergi ke mana-mana
sentiasa bersendiri? Kenapa takut untuk kembali seperti sediakala?
Kenapa susah untuk menerima perpisahan?! Soalan demi soalan bersusun
menanti jawapan dalam fikirannya. Soalan-soalan yang sebenarnya cuba
membantah kehadiran rajuk yang semakin bermukim dalam hati.
"Bisu pula. Ah, malas aku bercakap dengan tunggul."
Suara Alexander keras. Dia berdiri sambil membersihkan punggungnya
yang penuh pasir. Tangan bercekak pinggang sambil anak mata meliar ke
sekeliling. Ada sedikit keluh dibuang.
"Sekarang kau marah kata aku bisu. Dulu kau juga yang marah aku suka
bebel, bukankah?" Hati Kimberly yang merajuk, merungut-rungut tidak puas
hati. Serba serbi tidak puas hati. Kalau waktu itu ada anak ketam muncul di
atas batu di hadapannya mesti sudah jauh terpelanting dijentik oleh
tangan kasarnya. Alexender tunduk. Tersengih melihat Kimberly yang duduk
memeluk lutut. Akhirnya menjawab juga kau. Kalau kau tahan tidak bercakap
dalam sehari, nama kau bukan Kimberly.
"Kim, perpisahan bukanlah suatu kesedihan." Alexander dengan nada
tenang semula bersuara. Kimberly masih diam. Tapi nyata hatinya terusik
lagi. Perasaan yang bersarang dalam hati, mahu dirungkai pula oleh
Alexander. Itu, perasaan sedih untuk berpisah. Kimberly menarik nafas
panjang. Kalau kata-kata Alexander itu dapat meleraikan semuanya dalam
masa yang singkat pertemuan hari ini, teruskanlah. Pujuk hatinya untuk
berdiam dan mendengar saja.
"Tiga bulan tidak lama. Ambillah kesempatan masa itu untuk mengenang
hari-hari yang kita habiskan bersama. Kenanglah pahit manis dan
kelarkarnya hari-hari itu."
"Kim, jangka masa berpisah itulah sebenarnya waktu emas. Kerana waktu
yang kita habiskan bersama hanya manis dikenang bila kesunyian. Waktu
itu kita dapat menilai di hati dengan menghitung taburan kenangan."
"Ambillah kesempatan masa itu untuk mengumpul rindu. Aku dapat bayangkan bagaimana rasanya waktu kita bertemu semula nanti.."
Alexander menghembus nafas panjang setelah terluah apa yang ingin disampaikannya.
"Kimberly?" Panggil Alexender. Kimberly mendongak tersenyum.
"Kau ni merepeklah Alex." Kimberly menggumam. Alexander serta merta tergamam.
"Hahahaa.." ketawa besar dia. Bukan main penuh perasaan dia
mengungkap kata-kata berunsur ke arah cinta..ya penuh cinta yang sebenarnya tersirat, cuma
diungkap dalam bentuk kerinduan, sekali dituduh merepek. Malu sendiri jadinya. Namun dia kemudiannya mengukir senyum selamba, ketika
melihat senyuman di wajah Kimberly. Kau tahu aku tidak merepek Kim...
"Esok hantar aku ke airport ya." ucap lembut Alexender.
"Eeeee, kau pergilah sendiri!" jawab Kimberly seraya bangkit dari
duduknya. Dia bongkok sedikit meluruskan kaki yang lenguh. Ditepuk kain
labuhnya menyingkir pasir pantai.
"Oiii!" Bercekak pinggang Alexender dengan kening berkerut.
"Banyak cantek muka kau, kau ingat aku ni dreba kau kah?" tambah Kimberly. Matanya dijegilkan tanda protes sambil tangan cekak di pinggang.
Melihat Alexander yang tercengang, sepantas kilat tangan Kimberly
mengambil segenggam pasir. Lalu dituang dia atas rambut Alexander. Serta
merta dia buka langkah seribu.
"Cis! Jaga kau Kim! Jangan lariiiiiii!!" Sambil membersihkan rambut
Alexander mengejar Kimberly yang ketawa berdekah-dekah sambil berlari.
Truttttttttt.. bunyi reminder alarm komputer yang dikunci bergema di
ruang bilik Kimberly. Terpapar besar windows kecil reminder di skrin
komputernya. Termati lamunan sedari tadi. Tidak sedar senyumnya terukir
panjang terkenang aksi kejar mengejar di tepi pantai hujung minggu
lepas. Manis. Betul kata kau Alex, perpisahan ini manis bila kita
melihat pada sudut yang berlainan. Terbisik di hatinya.
BUZZ! Komputer bersuara lagi. Kali ini memberi tahu instant message masuk. Bersama bunyi, windows yahoo messengger menerjah skrin komputer.
LexArmada : 'Kim Possible.. buat apa tu? Terkenangkan aku lah tu kan?'
Ah sudah. Mesej menggeramkan hati. Memerlilah tu. Tahu-tahu saja dia aku teringatkan dia. Ngumam Kimberly sendiri-sendiri.
Kimmysweet : 'Kau pakai ilmu hitam ka.. sampai boleh tahu apa aku buat di sini..'
Kimmysweet : 'dan sejak bila kau layan kartun Kim Possible pulak?''
Pantas jemari Kimberly membalas YMnya dengan rasa geli hati. Terasa
seperti ada ikan lumba-lumba berenang-renang dalam perutnya. Instant messaging
mereka berlanjutan sehingga masing-masing mengadu menguap. Kimberly
sendiri pun sudah hampir 10 kali menguap. Sempat Alexender terbaca ayat
terakhir Kimberly sebelum dia jatuh terlelap. 'manisnya berjauhan..kita lebih rapat begini..'
* * * *
p/s : Kalau diikutkan kan... cerita di atas tu Alex dan Kim berpisah zahir saja, perhubungan masih berterusan selagi ada komunikasi.... kan? Baca sajalah.. penat aku tulis.
Ok.. sekian...
....dari mejaku yang huru hara,
Telipok.