- kLIk - kLIk - kLIk - kLIk -

Ikhlas itu Mutiara dalam hati


Dalam kehidupan ini kita berdepan dengan ribuan pilihan. Yang sebenarnya adalah ujian-ujian yang perlu kita selesaikan dengan membuat pilihan. Redha dan sabar pula keperluan dalam menyelesaikannya supaya kita tidak tersalah pilihan. Itulah yang kita faham. Sabar.. Redha.. Tapi kenapa masih mengeluh..



You're the one who always forget to be grateful for every tests in your life. So stop sighing. IKHLASlah. Keep learning and loving nur. 



...leraian di hujung simpulan.

kembalimu untuk mencantum semula serpihan yang telah runtuh
usai 3 tahun berlalu
kenapa tidak dalam 3 tahun itu kau kembali
kenapa tidak dalam tempoh itu kau pujuk
ketika setiap bintang di langit ada wajahmu
yang ingin ku petik menjadi lampu di sisi gelapku
kenapa tidak ketika aku menangisi cinta dalam hati
ketika ku peluk asmara rindu bersendiri

kenapa hari ini.. 
baru maaf kau pohon..
kenapa hari ini hatimu kembali
mengelus pipi kering
merayu pada kenangan
ketika marahku sudah hilang
ketika sesal pun jadi tawar 

cinta telah pergi
sekarang kosong
kupaksa hadir tidak mungkin

kerana Ramadhan lalu memberi aku petunjuk
melihat dalam-dalam diri seorang umat  
dalam memilih seorang pemimpin untukku

di sini, airmata kali ini lain 
menangisi kehadiranmu
yang ingin mendirikan semula impian 
daripada serpihan konkrit yang jelas telah jadi pasir
harapan itu sudah tiada sayang
doaku, tulus untuk bahagiamu
larutkan kenangan kita


Naluri





“Kak, boleh Eka tanya sesuatu?”

Hana menoleh kemudian tersenyum mengangguk. Menanti kata seterusnya dari bibir adik iparnya yang kelihatan tenang tapi tersembunyi kesuraman itu.

“Dulu kak kahwin, waktu itu abang masih belajar. Lepas kahwin abang belajar macam mana?”

“Semakin gigih abang kamu, sampai cemerlang tau!” Sambil tergelak Hana menjawab. Terkenang keputusan cemerlang suaminya sehingga mendapat anugerah dekan untuk semester akhir.

“Ramai yang masih berpandangan negatif, perkahwinan akan mengganggu pembelajaran.” Tutur Eka mengeluh.

“Kahwin ketika masih belajar tidak salah Eka. Perkahwinan itu rezeki, bukan bebanan.”

Eka diam. Benar kata kakak iparnya itu tapi tidak semua orang berfikir macam tu. Direnung dalam kopinya di atas meja, terbayang peristiwa-peristiwa semasa reunion sekolahnya beberapa bulan lepas. 

Hana di sisi meja menggeleng perlahan. Seperti ada kekecewaan yang sangat dalam dipendam oleh Eka.

“Akak faham, kamu tidak macam dulu lagi boleh berjuang seorang diri.”

“Maksud kak?”

“Bagi seorang wanita, peningkatan umur sering mengubah keperibadian dan emosi. Semakin meningkat usia, semakin naluri hati kita kuat untuk memerlukan seorang lelaki di sisi.”

Berkerut kening Eka.

“Kamu mahu berjuang dengan suami di sisi. Bukan begitu?”

Eka terkesima. Kemudian suram kembali menghiasi wajahnya.

Hana mengusap bahu Eka perlahan. Kasihan Eka. Umurnya mencecah akhir 30 tapi masih belum berumah tangga. Mak dan ayah menjadikan pelajaran Eka yang belum tamat sebagai penyebab Eka tidak dibenarkan berumah tangga. Kebelakangan ini Hana perasan perlakuan Eka. Perubahan demi perubahan terhadap adik iparnya itu ketara sangat. Seperti kehilangan semangat. Dia tidak seperti dahulu yang suka bercerita perihal pelajarannya dan tempat kerjanya. Lebih banyak tidur dan berdiam apabila berkumpul dalam keluarga.

“Eka. Sudahlah. Jangan fikir banyak pasal ni, buat hilang keceriaan saja dilayan.”

Eka memberi senyum kelat mengangguk. Kakinya yang longlai diatur ke pintu dapur.

“Kamu yang tentukan hidup kamu Eka. Buatlah yang terbaik untuk hidup kamu, akak dan abang sentiasa sokong kamu.” Ucap Hana mengakhiri perbualan.


Survive

Ayam perlu survive ketika banjir. Padi perlu survive ketika kemarau. Perlu. Kerana banjir dan kemarau bukan selamanya. Sama halnya juga dengan hati. Kita sedar dan faham tentang hati kita sangat lemah. Tapi kita tidak peduli hal bahawa hati itu mampu survive.

Nasihat berguna untuk tuan blog dan sehumor dengannya..


X bukan Y

Kenyataanya,
Kehidupan yang mengajar X berfikir secara kompleks.
Y tidak akan pernah merasa menjadi X
Ringkas. Hebat. Itu Y, yang cukup indah dan tenang pada mata X.
Mengetahui perbezaan ini buat X diam.
Tidak bersuara kerana rasa kosong yang besar.
Bersendirian lebih baik daripada terus merasa sangat rendah di sisi Y.


  



Menggemuk

Berdiri di atas penimbang berat badan di malam hari raya ke 4 boleh membuatkan pemikiran terusik. Hati juga terusik sikit-sikit. 

Kalau dulu gembira jika naik berat badan, kali ini sudah terbalik.. menjadi suatu kerisauan. Sebab naik berat badan efeknya pada bahagian tertentu saja. Sangat terkilan. Terkilan dengan siapa? dengan selulit?  

Ok ini perasaan merajuk pada diri sendiri sebenarnya.

Tidurlah.. esok cari sayur-sayur dan buah-buahan.. 

Hidup ini adalah pilihan.. begitu juga halnya jodoh..

Bercinta selepas kahwin?

Fikir-fikir, aku pandai takut.

Orang cakap kalau takut kahwin tak usah kahwin. Kawin hanya untuk orang yang berani.

Hmm..

Kalau aku jawab “ya”, dalam tahun ini juga aku akan jadi isteri orang.

Terkejut?

Aku sendiri pun terkejut juga. 

Mak dalam nada bergurau tadi bagitau aku ada orang merisik. Sudah lama sebenarnya dirisik. “Kau mau ka?” soal mak bulat-bulat. Aku ketawa sajalah. Lepas tu tunjuk tidak berminat. Dalam hati takut sebenarnya.

Anak buah kepada saudara kepada saudara kepada saudara. Aku tidak kenal yang mana satu orangnya.  Aku pun bukan jenis yang suka bercampur dengan orang sekeliling. Info sikit saja dapat. Seorang ustad.
Kalau aku tolak jodoh yang ini, apakah peluang jodoh semakin menjauhi aku sehingga aku jadi anak dara tua?

Sekarang ni perasaan aku = geram. Sebab adik aku ketawakan aku.

Silap Faham

Share

10. Muslim adalah Arab


Silap Faham : Semua orang Islam adalah orang Arab



Imej biasa seorang muslim dalam pemikiran Barat adalah seorang lelaki berserban gelap Arab dengan janggut yang panjang. Walau bagaimanapun, imej ini adalah sebahagian daripada minoriti umat Islam. Arab terdiri daripada hanya 15% daripada penduduk Islam di dunia. Fakta menunjukkan bahawa penganut agama Islam di Timur Tengah adalah yang ketiga, dengan Asia Timur pada tangga pertama (69%) dan kawasa benua Afrika (27%) pada tangga ketiga. Satu lagi salah faham yang biasa ialah bahawa semua orang Arab beragama Islam. Yang sebenarnya, walaupun majoriti orang Arab Islam (75%), terdapat banyak agama-agama lain yang diamalkan oleh orang Arab termasuk Kristian dan Yahudi.


9. Muslims dan Jesus

Silap Faham : Orang Muslim membenci Jesus 

Sebenarnya banyak persamaan fakta sejarah diantara Kristian dan Islam. Sebenarnya ramai yang tak tahu bahawa orang Islam mengakui bahawa Jesus adalah salah seorang daripada utusan Tuhan (Allah), iaitu dikenali sebagai Nabi Isa. Seseorang muslim itu harus beriman dan percaya kepada kelahiran suci Maryam dan mukjizat-mukjizat yang terdapat pada Nabi Isa (Jesus). Nabi Isa (Jesus) turut disebut di dalam kitab suci Al-Quran di dalam pelbagai surah dan baginda (Nabi Isa / jesus) sering dirujuk contoh tauladan yang mulia dan terpuji. Walaubagaimanapun, perbezaan utama diantara kepercayaan penganut Kristian dan Islam, adalah Islam tidak meletakkan Jesus sebagai tuhan. 

8. Hak Kanak-Kanak


Silap Faham : Kanak – kanak tidak mempunyai hak

Kanak-kanak, mengikut undang-undang Islam, mempunyai hak yang pelbagai. Salah satunya ialah hak dipelihara dan dibesarkan dengan baik dan diberi pendidikan. Islam menggalakkan kanak-kanak dibesarkan dengan baik kerana ia adalah tanggungjawab seorang dewasa untuk membesarkan anaknya untuk menjadi seorang dewasa yang bermoral dan beretika. Anak-anak juga perlu diberi layanan yang adil. Apabila memberi hadiah wang, mereka semua harus mendapat jumlah yang sama dan tidak harus ada pilih kasih di kalangan mereka. Kanak-kanak dibenarkan untuk mengambil sedikit daripada harta ibu bapa mereka untuk menampung perbelanjaan bagi diri, walaupun jika ibu bapa enggan memberikan mereka perbelanjaan yang sepatutnya untuk hidup. Seorang kanak-kanak juga tidak dibenarkan untuk dipukul di muka atau dirotan oleh apa-apa lebih besardaripada sebatang pensil.

7. Agama Yang Tiada Toleransi

Silap Faham : Islam tidak boleh bertolak ansur kepada agama-agama lain

‘Bunuh orang kafir’ adalah frasa yang ramai orang percaya bahawa ini adalah ideologi orang Islam terhadap orang bukan Islam. Ini adalah satu gambaran yang tidak betul undang-undang agama Islam. Islam sentiasa diberi penghormatan dan kebebasan beragama kepada semua agama. 

Dalam Al-Quran mengatakan:
‘Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa’. (Surah al-Ma’idah : 8)

Terdapat banyak contoh sejarah toleransi Islam terhadap agama lain. Salah satu contoh adalah apabila Khalifah Umar menjadi penguasa Jerusalem dari 634 hingga 644 Masihi. Dia memberikan kebebasan kepada semua lapisan masyarakat agama dan berkata bahawa penduduk bandar adalah selamat dan tempat ibadat mereka tidak akan diambil dari mereka. 

Beliau juga telah menubuhkan mahkamah yang telah ditetapkan kepada minoriti bukan Islam. Apabila beliau akan melawat kawasan suci (holy areas) beliau akan meminta ketua Kristian, bapa Sophronius untuk menemaninya.

6. Jihad

Silap Faham : Jihad bermaksud membunuh demi tuhan


Makna sebenar bahasa Arab perkataan jihad adalah perjuangan. Terdapat banyak bentuk jihad tetapi yang paling penting adalah jihad al-nafs (jihad melawan nafsu diri), jihad bil-lisan (jihad dengan menjaga percakapan), yad bil jihad (jihad dengan menggunakan tindakan), dan Jihad bis Saif (jihad dengan menggunakan pedang). Setiap jihad berada pada kedudukan berbeza dan ia telah diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad pulang dari pertempuran dan berkata, ”Kita telah pulang dari jihad yang lebih kecil (yang pergi ke medan peperangan) kepada jihad yang lebih besar (perjuangan jiwa).
Ini bermakna bahawa Islam mementingkan berjuang menentang nafsu diri dan jiwa, lebih penting daripada jihad dalam perang. Mati syahid tidak hanya mati di medan perang. Seseorang yang meninggal dunia semasa menunaikan haji di Mekah, seorang wanita yang meninggal dunia semasa melahirkan anak, atau seseorang yang mati dalam kemalangan kereta ketika beliau dalam perjalanan ke masjid, semuanya diberi kemuliaan syahid.

5. Perkahwinan Kanak-Kanak


Salah faham: Nabi Muhammad adalah pedophile ( bermaksud sumbang
mahram / salah laku seks terhadap kanak-kanak)


Walaupun ia adalah benar bahawa baginda berkahwin dengan Aisyah yang pada usia sembilan tahun, tetapi itu bukanlah sesuatu yang dipanggil pedophilia. Sejarah pada waktu itu menunjukkan, dan juga didalam Islam, umur di mana seorang perempuan telah dianggap bersedia untuk berkahwin adalah setelah mencapai akil baligh. 

Perkara ini juga adalah terdapat dalam Bible, dan masih digunakan hari ini untuk menentukan umur perkahwinan di banyak kawasan di dunia. Ini adalah sebahagian daripada norma manusia.
Aisyah (Isteri Nabi Muhamad) berkahwin setelah baligh 3 tahun sebelum perkahwinan. Dia telah mencapai umur akil baligh. 

Dan lelaki atau perempuan, menurut di sisi undang-undang Islam, mereka bertanggungjawab atas segala tindakan mereka di bawah undang-undang Islam. Pada waktu ini, mereka dibenarkan untuk membuat keputusan sendiri dan bertanggungjawab terhadap tindakan mereka. 

Dalam Islam juga, adalah menyalahi undang-undang untuk memaksa seseorang untuk berkahwin dengan seseorang jika mereka tidak mahu berkahwin. Tidak ada sebarang petunjuk bahawa masyarakat pada zaman itu mengkritik atau mengecam gadis yang berkahwin pada usia muda. Sebaliknya, perkahwinan telah digalakkan oleh keluarga gadis dan telah disambut oleh masyarakat umum.

4. Keganasan Tentera Muslim


Salah faham: tentera Islam adalah orang yang tidak bertamadun dan
biadab semasa perang



Ini agak berlawanan kerana terdapat sepuluh peraturan perang yang setiap tentera Islam mesti patuhi:

1. Jangan melakukan pengkhianatan
2. Tidak menyimpang dari jalan yang lurus
3. Jangan merosakkan mayat
4. Jangan membunuh kanak-kanak
5. Jangan membunuh wanita
6. Jangan membunuh lelaki tua
7. Tidak memudaratkan atau membakar pokok
8. Jangan memusnahkan bangunan-bangunan
9. Tidak memusnahkan tanaman musuh, melainkan jika digunakan untuk makanan
10. Membiarkan orang yang menumpukan hidup mereka kepada perkhidmatan monastik

Semasa perang salib, apabila Salahuddin menewaskan tentera Frank, baginda memberi penghormatan kepada tentera Frank yang dikalahkan dan membekalkan mereka dengan makanan dan semasa perang salib ketiga apabila musuh Salahuddin, raja Richard jatuh sakit, Salahuddin menghantar kepada baginda hadiah buah-buahan dan kuda.


3. Hak Wanita

Salah faham: Wanita tidak mempunyai hak dalam Islam


Imej bagi seorang wanita memakai tudung dari kepala ke kaki, adalah seorang wanita yang mendapat tidak mendapat keadilan. Dan terdapat negara-negara Islam di dunia yang melaksanakan banyak hukuman yang keras terhadap wanita, ini tidak harus digambarkan sebagai undang-undang Islam. Kebanyakan negara-negara ini mempunyai perbezaan budaya yang bertentangan dengan ajaran Islam. Perkara ini harus diperhatikan bahawa semasa zaman sebelum ketibaan Islam, wanita telah digunakan untuk memuaskan nafsu sahaja dan tidak mempunyai kebebasan. Kelahiran anak perempuan dalam keluarga dianggap penghinaan dan amalan pembunuhan bayi perempuan adalah tidak terkawal.
Apabila Islam datang, agama ini melarang keras amalan pembunuhan bayi perempuan. Islam telah memberikan kembali hak asasi manusia yang banyak kepada wanita. Seorang wanita Islam dibenarkan untuk menolak dan menerima apa-apa pinangan untuk berkahwin dan mempunyai hak untuk memohon perceraian. Juga dalam segi pendidikan, seorang wanita yang bertanggungjawab dan diwajibkan untuk mencari ilmu demi kebaikan dirinya dan masyarakat.
Pada waktu ini, banyak wanita telah dieksploitasi dengan iklan produk yang mendedahkan aurat. Manakah yang lebih melindungi wanita? Islam atau undang-undang ciptaan manusia?

2. Disebarkan Melalui Pedang

Salah faham : Islam telah tersebar dengan pedang

Sejarawan De Lacey O’Leary mengatakan “Sejarah menjelaskan bahawa legenda tentera Islam fanatik yang menyerang dunia dan memaksa memeluk Islam dengan pedang terhadap bangsa yang ditawan adalah salah satu mitos yang paling hebat yang tidak masuk akal dalam sejarah dunia yang pernah terjadi. “
Tidak ada catatan dalam sejarah yang menunjukkan orang yang dipaksa oleh mata pedang untuk memeluk agama Islam. 

Apabila Islam tersebar melalui negara, mereka akan menubuhkan gereja persendirian dan rumah-rumah ibadat untuk orang bukan Islam yang tinggal dibawah pentadbiran mereka dan kerana akhlak yang baik yang mereka telah terima, mereka sendiri tertarik untuk menukar agama. 

Orang yang melihat sejarah dan gemar berfikir akan menyedari bahawa satu kumpulan kecil orang tidak boleh memaksa orang lain untuk menjadi ahli-ahli agama mengikut kehendak mereka.

Dan yang paling menarik untuk direnungkan, adalah apabila tentera Mongol menyerang dan menakluki sebahagian besar empayar Islam, dan tentera Mongol tersebut bukannya memusnahkan agama Islam, malah mereka pula menerima pakai ajaran Islam dalam kehidupan mereka.

1. Islam Itu Pengganas

Salah faham: Islam adalah pengganas


Ini merupakan salah tanggapan terbesar Islam, memandangkan media memberikan imej tidak adil oleh dan sikap stereotaip awam (barat). Kenapa tentera Amerika atau Israel yang menembak orang awam yang dilabelkan sebagai ’ pembenci jenayah’, tetapi apabila seorang Muslim membuat tembakan balas untuk mempertahankan diri atau keluarga mereka, akan cepat dianggap sebagai ’keganasan’?

Pihak media juga telah menggambarkan Islam sebagai suatu kultus atau kumpulan dimana jika kita menyertai kita menjadi seorang pengganas dan yang kini merupakan sebahagian daripada agenda. Walau bagaimanapun, di seluruh dunia, Islam dalam bentuk sebenar adalah sebagai satu cara hidup. 

Terdapat banyak ayat di dalam al-Quran yang menentang idea keganasan. Antara ayat-ayat ini termasuk ”berperang di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu tetapi tidak melampaui batas-batas SyariatNya. Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” 

Tiada tempat dalam Islam, sama ada dalam al-Quran atau ajaran Rasulullah, yang menggalakkan pembunuhan orang yang tidak berdosa.

Tersasar




Di internet, kadang-kadang dalam mencari bahan resepi untuk membuat assignment manusia pandai tersasar. Terutama dapat topik assignment yang melibatkan isu semasa yang hangat. Mahu tidak mahu wajib meninjau isu tersebut di mainstream, laman pengamal media yang lain, blogs dan paling malang kalau perlu mencari bahan di Facebook. Jadi si manusia pun mulalah tersasar daripada plan masa yang diaturkan.  Tadi dia teruja menonton video.

Berkadang-kadang ini bahaya juga. Kalau asyik berkadang-kadang asyik berkadang-kadang maka jadi selalu lah jawabnya. Muahaha. Ada juga perasaan mahu tembak kepala ni dengan m16!






Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W

Klik gambar untuk baca. 
Baca ulang dan ulang supaya kita tidak lupa pesanan baginda. 
Baginda mungkin bersedih dengan ummatnya yang semakin jahil dan alpa tika ini.
Ya, Allah.. jangan biarkan sekalipun aku alpa pada suruhanMu..




7 ekor anak dan ibu yang malang..

Apalah kau ni, esok kerja tapi masih berpusing-pusing atas katil tidak tidur! Ibu kucing yang kehilangan anak, kau pula yang tidak dapat tidur! Pedulilah kucing tu ibu dia jumpa juga nanti!

Ya Allah, aku tahu aturanmu akan nasib kehidupan kucing-kucing ini. Tapi makbulkanlah doaku, semoga si ibu dan anak-anak kucing itu bertemu dan di tempat yang sebaiknya untuk mereka....amin..





Petang tadi...


seekor ni mo bunuh diri

5 ekor di sini bermanja2




Kau sibukkah? Eh tidak, sangatlah freee selalu.


Sedang sibuk-sibuk basuh kain yang sebaldi ais kerim, terdengar orang bagi salam.
Nasib sedang berkemban maka adik yang menyambut. Dalam bilik air dapat dengar suara tetamu. Sebab yang datang adalah makcik full volume. Menasihati menasihati juga, tapi jangan guna ayat mengata. Salah caranya. Terasa tapi apa boleh buatlah. 

Makcik, InsyaAllah petang saya pergilah. Saya sudah rancang mahu pergi pun walau sekejap. Makcik, kalau saya ambil cuti pagi esok maka minggu depannya saya tidak dapat cuti untuk pergi kelas sebab saya kena ganti offday saya untuk kelas-kelas seterusnya. Makcik, jadual saya memang tidak pernah seragam. Kelas dengan alternate offday silih berganti. Apakah makcik faham kalau saya cerita panjang lagi?? Ah, siapa peduli aku punya cerita. Oh ya makcik yang cantik, saya rasa habit menbanding-banding ni perlu dilenyapkan. Makcik kena tahu kerjaya setiap orang tidak sama makcik. Aduh.. pening kepala juga macam ni. Sekarang sudah 2013.. tapi kadang-kadang rasa masih di tahun 90an..  

Sesudahlah merungut bah. Ampun makcik makcik. Mujur makcik tidak pandai baca blog dan facebook.

Selayaknya



Menunggu
atau mencari cinta

bersabarlah

kerana selayaknya dirimu
yang sudah dewasa

bunuh saja kecil hatimu






Tuhan, tunjukkanlah cahaya kebenaran

Thinkin Bout You




A tornado flew around my room before you came
Excuse the mess it made, it usually doesn't rain
In Southern California, much like Arizona
My eyes don't shed tears, but, boy, they bawl

When I'm thinkin' 'bout you (ooh, no, no, no)
I've been thinkin' 'bout you (you know, know, know)
I've been thinkin' 'bout you
Do you think about me still?
Do ya, do ya?

Or do you not think so far ahead (ahead)?
'Cause I been thinkin' 'bout forever (Oooh, oooh)

Or do you not think so far ahead (ahead)?
'Cause I been thinkin' 'bout forever (Oooh, oooh)

No, I don't like you, I just thought you were cool
Enough to kick it
Got a beach house I could sell you in Idaho
Since you think I don't love you, I just thought you were cute
That's why I kissed you
Got a fighter jet, I don't get to fly it, though

I'm lyin' down thinkin' 'bout you (ooh, no, no, no)
I've been thinkin' 'bout you (you know, know, know)
I've been thinkin' 'bout you
Do you think about me still?
Do ya, do ya?

Or do you not think so far ahead (ahead)?
'Cause I been thinkin' 'bout forever (Oooh, oooh)

Or do you not think so far ahead (ahead)?
'Cause I been thinkin' 'bout forever (Oooh, oooh)

Yes, of course
I remember, how could I forget (how could I forget)?
How you feel (how you feel)?
You know you were my first time (time).
A new feel (a new feel)
It won't ever get old, not in my soul,
Not in my spirit, keep it alive (spirit, keep it alive)
We'll go down this road
'Til it turns from color to black and white

Or do you not think so far ahead (ahead)?
'Cause I been thinkin' 'bout forever (Oooh, oooh)

Or do you not think so far ahead (ahead)?
'Cause I been thinkin' 'bout forever (Oooh, oooh)


Final Exam Week vs. Wedding Week




Not my wedding. I still underage to be a wife (cehh!). Actually my elder sister punya. Finally kan, she will be a wife before 30 as what she wish. Syukran. Hopefully everything will be great during the big day. Amin ya Allah.

So sadly for me. As a sister. During her ijab kabul, I will be sitting in exam hall.

Whatever.. I will be fine. Like what Amir Khan said in 3 Idiots, 'all is well'.





Keep me strong ya Rabb..

Sibuk yang sikit-sikit-sikit-sikit-sikit-sikit-sikit

Bukan ku tidak mencarimu
Aku terjunam dalam pencarian sendiri
mencari di mana kedudukanku padamu

Waktu ini 
pengalaman kita ku nikmati
tetapi cuma sedikit
tidak seindah rasa ketika melalui

Terima kasih sebuah perkenalan



I was hurt because I love u


Dont be so selfish because u'll be lack of love. Learn how to love others much more, then u'll get the feedback. Everyone has love inside their heart. Just ur love only for yourself and too much. And, when u gave something to someone, dont take it back when u are in anger. It will hurts someone and it proves that u never have love. Remember dear, love is a share feeling. It is sweet and pleasant when u are in love.

For today, its little bit hurt. But sincerely from the bottom of my heart, i will forget it like before.. i still love u whatever ur are.. 



Fuh... lega

Dont make my smile vanish..keep smilling Nur..


CNY Holiday

Last night of course I firmly asleep after 12 a.m. Fireworks were everywhere. Hepi CNY to them ^_^. This morning is different. Too calm with the nice spreading of sunrise light..it is so beautiful. Subahanallah. No sounds of either cars nor people voices. Maybe the resident of A. A. are still swimming on their bed and creating a big big big world map.

And I alone in a house. It's 4 a.m when my dear queen sister left me to go to Telupid for settlement her old school. I suppose to be her partner, as usual kan, as the 2nd driver or a noisy passenger on her car. Yeslah, I am a best lovely partner of her! But now she has a boyfriend. = (  I will be the ubat nyamuk if I follow them in a car. So I refuse to go even they never ask me to join..huhu. So I take my position. Stay at home to be a cleaner and finish my assignments. Actually I miss traveling on the long road, enjoy the fresh air of Kundasang, watching lembu-lembu Kundasang feeding, put legs in Sungai Tagal.. o.k. o.k. enough..  

It is suckss to feel lonely and emptiness and then sad. I practice this, everytime I feel alone I say to myself. There are many things I can do and nicely do when I do it alone. Lots of works to do okeh. So make yourself busy!

Firstly, of course makanlah. =P Macam mana mahu buat kerja tanpa makanan haishhh.

Here we go...   

Ini namanya Tom yam mee orang bujang.. 


Happy holiday and happy CNY again. :)

Membebel

Aku pantang tengok orang ambil barang (dan guna) kemudian tidak letak semula di tempatnya. Aku tegur tapi buat lagi. Lepas tu aku tegur lagi. Lama-lama aku kena tegur balik,

"kau ni kuat membebel!"

Ambik kau. Terdiam sekejap bila kena tegur balik. Sejak dari itu aku jadi sedikit pendiam. Sekian =)