- kLIk - kLIk - kLIk - kLIk -

Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

Buku - Riwayat Hidup Puteri-puteri Nabi S.A.W (Muhammad Bahaqi)


Dengan hidung yang masih dihuni virus influenza, buku ini dihabiskan. Setitik demi setitik air mata jatuh. Bukan sebab selesma yang melampau merangsang mata.. tapi jujur, buku ini sangat indah ceritanya. Kasih sayang keluarga yang diceritakan membuat sebak di dada.  Kisah 4 puteri Rasulullah yang menempuh pahit manis kehidupan. Kemanisannya tentang cinta dan mencintai antara insan. Juga kepahitan kerana terpisah daripada suami dan keluarga. Kebapaan Rasulullah sangat menyerlah. Pengorbanan demi pengorbanan mereka lakukan demi agama Allah. Penyatuan kekeluargaan..itulah yang diidamkan oleh sesiapa pun kan. Lepas baca buku ini aku tarik nafas dalam-dalam dan hembus panjang..

~!~!~!~!~!~

Penyanyi : Zzati
Lagu: Lan Laga
Lirik: Ahmad Fedtri Yahya


Jangan sebab lirik lagu di bawah ini aku dicop jiwang tidak kena tempat. Sekadar lagu yang menggamit hati sejak dari petang tadi. Berkumandang di supermarket waktu jalan-jalan cari sabun cuci piring petang tadi. Aku suka. Ok sekian..bye...



Detik indah milik berdua
Detik indah menguntum asmara
Kau bermakna kau bertakhta
Jujur aku lafazkan...sayang...

Sayang tetap sayang
Sayang...

Hati ini hanya milikmu
Hati ini tiada curiga
Ku berjanji kekasih
Aku hanyalah untukmu



Lantera Mustika & Kumpulan Cerpen Di Ufuk fajar.

Alhamdulillah selesai maghrib.. hembus nafas tenang dulu.... hhhh~

Bosan asyik update rebiu movie, maka kali ni terhajat pula hendak cerita pasal buku. Ada beberapa buku sebenarnya saya sudah lama habiskan bacaaan tapi saya pilih dua saja yang menarik minat untuk diberikan komen. 

Okey, lets proceed it...

Dua buku dalam gambar di bawah ini : 



1. Lantera Mustika 

Buku ini adalah sebuah novel cinta dewasa. Maksudnya novel ini bukan novel jenis fairytale yang ramai peminat remaja novel suka. Novel ini berbeza dengan novel-novel cinta lain yang berlambak di pasaran, yang berbunga-bunga atau sarat dengan emosi tu. Lantera Mustika ini berisi dengan ilmu. Sedikit ilmu pantun dan ilmu guaman yang diselitkan oleh Nisah Haron. Di samping terhibur dengan jalan cerita dilema percintaan watak utama (Ainur Mustika), dapatlah juga pembaca mengisi minda dengan cara hak jual beli rumah dan perwarisan harta yang mana ramai tidak tahu. Maka, novel ini bermanfaat.

Walaupun cerita ini bukan genre fairytale, tapi mampu buat kita tersenyum sendiri ketika membacanya. Ianya kisah cinta seorang Prof. yang dilema dengan cinta yang datang dari 3 arah. Bagaimana Ainur Mustika berdepan dengan dilema hatinya itu menunjukkan kematangan seorang muslimah. Lagi yang menarik perhatian saya, duit hantaran daripada bakal suami Ainur Mustika berupa duit dalam akaun simpanan. Duit tu simpanan untuk pasangan suami isteri itu nanti sama-sama menunaikan haji.   Sooo sweeeetttttttttlah. Novel ini pun dihidangkan dengan renca pantun yang mencantikkan bahasa cerita. Memang manis bila baca. 

Tidak perlu menjadi lilin membakar diri sendiri untuk menerangi orang lain, tapi jadilah lantera yang cahayanya tidak akan padam dan sentiasa memberi terang kepada sesiapa yang berada di sisinya. 

^_~


2. Kumpulan Cerpen : Di Ufuk Fajar

Buku ini memuatkan 31 cerpen di dalamnya yang ditulis semua oleh Aminah Mokhtar. Bukan cerpen biasa okeh. Cerpen-cerpennya sastera. Seorang penulis sastera yang merupakan jururawat yang menggunakan tempat beliau bekerja sebagai idea punca untuk bercerita. Dari lantai hospital ceritanya berkembang menjadi beberapa buah cerpen yang digarap dengan penuh kesasteraan. Terdapat beberapa cerpennya yang bercerita tentang insan-insan di hospital. Masa saya membaca buku ini, dari satu cerpen ke satu cerpen mesti ada keluh saya dilepaskan. Keluh untk masyarakat kita..

"Karya-karyanya memanusiakan manusia" <-- ni petikan ayat rebiu daripada Pemenang Sea Write Award 1994. Memang betul cerpen-cerpen yang termuat dalam buku ini betul-betul meninggalkan kesan pada fikiran. Juga lebih kepada sebuah karya muslimah. Saya suka.

Cerpen-cerpen di dalam buku ni kalau baca sekali harung sampai habis 31 buah tu memang peninglah. Adik saya baca dia cakap cerpen2nya pelik! haha.. Apabila bercerita tentang penulisan sastera, perlu ada 'jiwa' untuk membacanya (hayati). Bagi saya Karya Aminah Mokhtar sebuah karya muslimah yang menyuntik fikiran berfikir tentang peradaban.

Okeh, selesai.. ^_^ selebihnya baca sendirilah, dapatkan di pasaran okeh! Amboi...sempat lagi mempromot!



::: Rajin betul dia rebiu buku kan? Buku Pendidikan Kokurikulum kau tak mahu rebiu kah Ct? Pangggg! Lempang muka sendiri... paper kokum 3 hari lagi!! Ok... sila mengulangkaji!


Motivasi ; Buku

Pelajaran tentang hidup bukan hanya melalui pengalaman, juga melalui pembacaan..

Sabtu lepas aku singgah ke 1 kedai buku Islamiah.
Lama sungguh aku tidak jejak kaki ke mana-mana kedai buku semenjak bajet untuk bahan bacaan aku tamatkan 5 bulan lepas.  Maka berjamlah aku melepaskan rindu dengan buku-buku yang ada.
Aku beli dua buku motivasi.

-siapa ulat buku mesti kenal dengan buku ni :



2 Tahun lepas buku ni famous di kalangan kawan-kawan perempuan di kampus.
Kawan sebilik bagi pinjam tapi aku ni liat dengan sikit dengan buku motivasi.
Baca sikit aku tertidur..  Bila aku sedih ditimpa ujian, aku lupa tentang buku ni.
Jadi bila ternampak buku ni hari tu, tanpa baca isi kandungan aku terus sambar buku tersebut dari rak dan bawa ke kaunter.

Alhamdulillah aku sudah memilikinya.

- Bersama dengan buku ini,

18 kisah penuh inspirasi berasaskan kehidupan seharian seorang muslim.

Nantilah kalau sudah habis baca.. ada masa terluang, aku review buku ni. 

Apa yang aku mahu sampaikan di sini ialah, buku ini isinya bagus. So, saya rekemen. ^_^

*Kepada kawan yang mahu pinjam pun boleh. Sila contact saya.