- kLIk - kLIk - kLIk - kLIk -

Showing posts with label Penulisan. Show all posts
Showing posts with label Penulisan. Show all posts

Perpisahan yang manis


"Tiga bulan aku tiada sini, jaga diri ok." ucap Alexander tenang. Redup matanya tidak seperti selalu. Kemudian mata itu dipejam kelopaknya menahan sesuatu yang tersekat di kerongkong. Seketika, pandangannya dialih kepada Kimberly di sisi. Kimberly kaku. Sedikit pun tidak berubah duduknya sedari tadi, tidak mahu memalingkan muka menghadap Alexander.

"Kau merajuk?"

Serta merta Kimberly menggeleng. Terasa tangkai hatinya yang rapuh dijentik, hampir patah daripada dahan ego. Ke mana saja dia pergi Alexander ada di sisi. Tapi sampai hari ini saja. Mulai esok, dunianya akan kembali bersendiri. Sejak mendapat mesej Alexander semalam tetang pemergiannya ke tanah besar, hatinya diserang gelisah tiba-tiba. Kenapa susah hati! Bukankah sebelum kedatangan Alexender dia pergi ke mana-mana sentiasa bersendiri? Kenapa takut untuk kembali seperti sediakala? Kenapa susah untuk menerima perpisahan?! Soalan demi soalan bersusun menanti jawapan dalam fikirannya. Soalan-soalan yang sebenarnya cuba membantah kehadiran rajuk yang semakin bermukim dalam hati.

"Bisu pula. Ah, malas aku bercakap dengan tunggul."

Suara Alexander keras. Dia berdiri sambil membersihkan punggungnya yang penuh pasir. Tangan bercekak pinggang sambil anak mata meliar ke sekeliling. Ada sedikit keluh dibuang.

"Sekarang kau marah kata aku bisu. Dulu kau juga yang marah aku suka bebel, bukankah?" Hati Kimberly yang merajuk, merungut-rungut tidak puas hati. Serba serbi tidak puas hati. Kalau waktu itu ada anak ketam muncul di atas batu di hadapannya mesti sudah jauh terpelanting dijentik oleh tangan kasarnya. Alexender tunduk. Tersengih melihat Kimberly yang duduk memeluk lutut. Akhirnya menjawab juga kau. Kalau kau tahan tidak bercakap dalam sehari, nama kau bukan Kimberly.

"Kim, perpisahan bukanlah suatu kesedihan." Alexander dengan nada tenang semula bersuara. Kimberly masih diam. Tapi nyata hatinya terusik lagi. Perasaan yang bersarang dalam hati, mahu dirungkai pula oleh Alexander. Itu, perasaan sedih untuk berpisah. Kimberly menarik nafas panjang. Kalau kata-kata Alexander itu dapat meleraikan semuanya dalam masa yang singkat pertemuan hari ini, teruskanlah. Pujuk hatinya untuk berdiam dan mendengar saja.

"Tiga bulan tidak lama. Ambillah kesempatan masa itu untuk mengenang hari-hari yang kita habiskan bersama. Kenanglah pahit manis dan kelarkarnya hari-hari itu."

"Kim, jangka masa berpisah itulah sebenarnya waktu emas. Kerana waktu yang kita habiskan bersama hanya manis dikenang bila kesunyian. Waktu itu kita dapat menilai di hati dengan menghitung taburan kenangan."

"Ambillah kesempatan masa itu untuk mengumpul rindu. Aku dapat bayangkan bagaimana rasanya waktu kita bertemu semula nanti.."

Alexander menghembus nafas panjang setelah terluah apa yang ingin disampaikannya.

"Kimberly?" Panggil Alexender. Kimberly mendongak tersenyum.

"Kau ni merepeklah Alex." Kimberly menggumam. Alexander serta merta tergamam.

"Hahahaa.." ketawa besar dia. Bukan main penuh perasaan dia mengungkap kata-kata berunsur ke arah cinta..ya penuh cinta yang sebenarnya tersirat, cuma diungkap dalam bentuk kerinduan, sekali dituduh merepek. Malu sendiri jadinya. Namun dia kemudiannya mengukir senyum selamba, ketika melihat senyuman di wajah Kimberly. Kau tahu aku tidak merepek Kim...

"Esok hantar aku ke airport ya." ucap lembut Alexender.

"Eeeee, kau pergilah sendiri!" jawab Kimberly seraya bangkit dari duduknya. Dia bongkok sedikit meluruskan kaki yang lenguh. Ditepuk kain labuhnya menyingkir pasir pantai.

"Oiii!" Bercekak pinggang Alexender dengan kening berkerut.

"Banyak cantek muka kau, kau ingat aku ni dreba kau kah?" tambah Kimberly. Matanya dijegilkan tanda protes sambil tangan cekak di pinggang.

Melihat Alexander yang tercengang, sepantas kilat tangan Kimberly mengambil segenggam pasir. Lalu dituang dia atas rambut Alexander. Serta merta dia buka langkah seribu.

"Cis! Jaga kau Kim! Jangan lariiiiiii!!" Sambil membersihkan rambut Alexander mengejar Kimberly yang ketawa berdekah-dekah sambil berlari.

Truttttttttt.. bunyi reminder alarm komputer yang dikunci bergema di ruang bilik Kimberly. Terpapar besar windows kecil reminder di skrin komputernya. Termati lamunan sedari tadi. Tidak sedar senyumnya terukir panjang terkenang aksi kejar mengejar di tepi pantai hujung minggu lepas. Manis. Betul kata kau Alex, perpisahan ini manis bila kita melihat pada sudut yang berlainan. Terbisik di hatinya.

BUZZ! Komputer bersuara lagi. Kali ini memberi tahu instant message masuk. Bersama bunyi, windows yahoo messengger menerjah skrin komputer.

LexArmada : 'Kim Possible.. buat apa tu? Terkenangkan aku lah tu kan?' 

Ah sudah. Mesej menggeramkan hati. Memerlilah tu. Tahu-tahu saja dia aku teringatkan dia. Ngumam Kimberly sendiri-sendiri.

Kimmysweet : 'Kau pakai ilmu hitam ka.. sampai boleh tahu apa aku buat di sini..' 
Kimmysweet : 'dan sejak bila kau layan kartun Kim Possible pulak?''

Pantas jemari Kimberly membalas YMnya dengan rasa geli hati. Terasa seperti ada ikan lumba-lumba berenang-renang dalam perutnya. Instant messaging mereka berlanjutan sehingga masing-masing mengadu menguap. Kimberly sendiri pun sudah hampir 10 kali menguap. Sempat Alexender terbaca ayat terakhir Kimberly sebelum dia jatuh terlelap. 'manisnya berjauhan..kita lebih rapat begini..'

 

*  *  *  *

p/s : Kalau diikutkan kan... cerita di atas tu Alex dan Kim berpisah zahir saja, perhubungan masih berterusan selagi ada komunikasi.... kan? Baca sajalah.. penat aku tulis.

Ok.. sekian...

....dari mejaku yang huru hara,
Telipok.

Tanggungjawab Menulis

"Suka aku lah mau tulis style macam mana, ayat macam mana kan? sudah blog aku, kau peduli apa? Asal aku tidak membuat fitnah atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak dan mengundang saman sudahlah."

"Aku menulis untuk lepaskan gian/berkongsi fikiran/saja-saja isi masa.."

Hah itulah ayat-ayat kepuasan namanya. Ayat-ayat untuk kaum "ada aku kesah?".

Macam entri-entri aku sebelum ini, 'sembarang' orang bilang.

Tapi itu dulu. Sekarang ini mari kita kembalikan keskemaan. Skema yang tersusun, ada peraturan supaya kita sendiri tahu apa itu tanggungjawab.

Tanggungjawab yang aku maksudkan adalah tanggungjawab sebagai seorang penulis blog siar (published blog) kepada pembaca.

Tidak bermakna kita ikut peraturan kita tidak bebas dan kepuasan tidak diperoleh. Sebagai seorang penulis awal mungkin kau rasa peraturan-peraturan ni leceh, tapi percayalah bila lama kau berada dalam dunia bahan bacaan ini kau sendiri akan rasa peraturan penulisan itu penting. Kepentingan itu wujud bila kau rasa bertanggungjawab terhadap penulisan yang kau buat.

Itu kalau kau penulis blog atau laman yang dibuat untuk disiar saja. Kalau blog peribadi (private) yang dihadkan untuk bacaan umum, kau menulislah suka hati, tiada orang peduli.

Ok ini contoh, aku gogle search untuk perkataan "Rebiu Transformer 3", ada beberapa blog yang buat rebiu (review) untuk filem ini. Ada yang menulisnya dengan kemas, ada yang tulis dengan ayat suka hati dia siap ada bahasa kanak-kanak gagal BM yang suka tulis 'yew', 'kew', 'sayeww', tax sukeww..kalau Sabahan pulak suka tukar 'bah' jadi 'va' atau 'vha' dan lagi boleh jadi 'wa'. Apa susah tulis saja 'bah' bah. Ayooo..banyak pening mau baca woh. Automatik terus cursor aku tekan 'close' window page blog yang menulis dengan bahasa tidak betul. Blog yang senang baca jadi pilihan. Aku akan baca bahan yang minimakan penggunaan bahasa slanga.

Sekali lagi, menulis ikut peraturan tidak bermaksud penulisan itu terbatas. Aku pun menulis juga, jadi aku faham..orang yang menulis paling pantang disekat-sekat. Idea titu tidak pernah disekat. Cuma bahasa penyampaian itu kalau mahu dibaca oleh orang lain buatlah yang kemas.

Penulisan yang seronok adalah menulis dengan idea yang bebas, mengikut landasan penggunaan bahasa yang betul.

Buat campur-campur ni boleh, tapi biar cantik dipandang dan 'sedap dihadam'.  Macam rojak, mesti mahu buat rojak yang boleh dimakan. Kalau main hentam buat, itu tu bukan rojak..itu sampah.

Memang orang suka baca bahan bacaan yang penyampaiannya santai. Sesantai-santai mana pun jagalah bahasa.

Lebih lagi kalau mahu buat isi blog yang ilmiah. Lebih skema apabila buat satu entri, menulis dalam Bahasa Melayu, buat keseluruhan entri dalam Bahasa Melayu. Kalau English, satu entri tu biar semua dalam English. Boleh buat campuran dua atau tiga bahasa dalam 1 entri tapi biarlah ikut etika. Letakkan pengikat kata "" atau italickan pada perkataan bahasa asing. 

:)