- kLIk - kLIk - kLIk - kLIk -

Bagaimana meracuni mak mertua

How To Poison Your Mother-in-Law - A China Story

A long time ago in China, a girl named Li-Li got married and went to live with her husband and mother-in-law. In a very short time, Li-Li found that she couldn't get along with her mother-in-law at all.

Their personalities were very different, and Li-Li was angered by many of her mother-in-law's habits. In addition, she criticized Li-Li constantly.

Days passed, and weeks passed. Li-Li and her mother-in-law never stopped arguing and fighting. But what made the situation even worse was that, according to ancient Chinese tradition, Li-Li had to bow to her mother-in law and obey her every wish. All the anger and unhappiness in the house was causing Li-Li's poor husband great distress.

Finally, Li-Li could not stand her mother-in-law's bad temper and
dictatorship any longer, and she decided to do something about it.

Li-Li went to see her father's good friend, Mr. Huang, who sold herbs. She told him the situation and asked if he would give her some poison so that she could solve the problem once and for all.

Mr. Huang thought for awhile, and finally said, "Li-Li, I will help you solve your problem, but you must listen to me and obey what I tell you."

Li-Li said, "Yes, Mr. Huang, I will do whatever you tell me to do."

Mr. Huang went into the back room, and returned in a few minutes with a package of herbs. He told Li-Li,

"You can't use a quick-acting poison to get rid of your mother-in-law, because that would cause people to become suspicious. Therefore, I have given you a number of herbs that will slowly build up poison in her body. Every other day prepare some delicious meal and put a little of these herbs in her serving. Now, in order to make sure that nobody suspects you when she dies, you must be very careful to act very friendly towards her. Don't argue with her, obey her every wish, and treat her like a queen."

Li-Li was so happy. She thanked Mr. Huang and hurried home to start her plot of murdering her mother-in-law.

Weeks went by, and months went by, and every other day, Li-Li served the specially treated food to her mother-in-law. She remembered what Mr. Huang had said about avoiding suspicion, so she controlled her temper, obeyed her mother-in-law, and treated her like her own mother. After six months had passed, the whole household had changed.

Li-Li had practiced controlling her temper so much that she found that she almost never got mad or upset. She hadn't had an argument with her mother-in-law in six months because she now seemed much kinder and easier to get along with.

The mother-in-law's attitude toward Li-Li changed, and she began to love Li-Li like her own daughter. She kept telling friends and relatives that Li-Li was the best daughter-in-law one could ever find. Li-Li and her mother-in-law were now treating each other like a real mother and daughter.

Li-Li's husband was very happy to see what was happening.

One day, Li-Li came to see Mr. Huang and asked for his help again. She said,
"Dear Mr. Huang, please help me to keep the poison from killing my mother-in-law! She's changed into such a nice woman, and I love her like my own mother. I do not want her to die because of the poison I gave her."

Mr. Huang smiled and nodded his head.
"Li-Li, there's nothing to worry about. I never gave you any poison. The herbs I gave you were vitamins to improve her health. The only poison was in your mind and your attitude toward her, but that has been all washed away by the love which
you gave to her."

HAVE YOU REALIZED that how you treat others is exactly how they will treat you? There is a wise Chinese saying:
"The person who loves others will also be loved in return."

God might be trying to work in another person's life through you.

Hadiah apa ya?

Mus yang ulang-alik  depan meja pun akhirnya mengadu menggigil katanya kena angin dingin, sejuk sangat. Memanglah, tertera nombor 17 pada remote penghawa dingin di atas meja. Sengaja sebenarnya. Agar tiada yang lama lepak di meja J. Tersengih sekejap, merenung J yang kosong di sebelah.  Kalau dia ada, boleh juga tanya pendapat dia tentang hadiah yang sesuai untuk kawan.

Haih terbantut kejap menulis ni. Si Kausar kalau tiada bos, merayau sajalah kerja dia. Asyik suruh aku naik aras 2. Aku tolak. Malaslah naik. Meja aku di atas tu membelakangkan meja bos HR. Taulah suasananya kerja tu macam mana. Lagi seronok duduk bawah ni melihat gelagat staff marketing terkejar-kejar. Ok sambung balik cerita tentang hadiah.

Ok, finally!  Dengan ini kuputuskan untuk hadiahkan spender saja untuk dia. Hehe..padan muka asyik tagih aku hadiah kan.. 

Eh jam 1 sudah.. off dulu.


 



Telenovela zaman sekolah



Salam Ramadhan blog ku yang bersawang. Kalau ada labah-labah ni penat juga mahu bersihkan. Banyak cerita sebenarnya, tapi tidak banyak yang mampu dikongsikan.  .....

Tadi ronda-ronda terjumpa cerita lama-lama telenovela. Ini perihal untuk 10 tahun yang lepas.  Ada satu masa tu sekitar tahun 1999-2003, cerita di kaca TV yang popular berkisarkan tentang cerita telenovela dari Amerika Selatan. Apabila 1 cenel tayangkan drama bersiri latin ni, cenel lain pun ikutlah.  Macam trend..

Mungkin ramai yang ingat bila tengok gambar-gambar di bawah ni ; 


La usur padora... 


El amor no escomo lo pintan


Maria Mercedes


 La Intrusa


MistressHermanas


Rossalinda


Paling suka tengok dulu 3 cerita paling atas tu, yang lain-lain tengok tak tengok. Sebab sibuk dengan study. Dulu ditayangkan di TV lepas balik dari sekolah sesi pagi. Jadi petang-petang sedialah angkut bantal letak depan tv, sebab tidak mahu ketinggalan tonton telenovela ni. Yang lucunya, esok di sekolah jadi bahan cerita dengan kawan-kawan. Seronok ingat zaman sekolah. Masuk univ. pula terus tinggalkan tv. Di univ. lain, kena sindrom Korean/Japanese drama lah pula.  




*Usap-usap perut sambil jeling jam di skrin...

10 minit lagi berbuka puasa! Jom p dapur ^_^



Kawan Sekolah Menengah


Termengah-mengah aku menuruni escalator CP tu ke ground floor. Escalator tu bukannya tidak bergerak, saja aku melajukan diri dengan melangkah sendiri. Semakin turun ke bawah, semakin ku lihat kelibat Cha dan Tina di dalam restoran McD. Mereka duduk di meja tengah, memang mudah dari jauh aku dapat menangkap kelibat mereka. Paling menarik perhatianku lagi, sebuah kerusi kanak-kanak di sebelah mereka. Pasti anak Cha! Teka ku dalam hati. Ya Allah seronoknya!

Sampai saja kakiku di lantai ground floor, kulihat dari jauh Tina berpaling. Tina manis dengan penampilan 'ladies'nya'. Semakin slim dan putih si Teacher Tina ni. Tahu-tahu saja dia aku tiba di situ, dia terus melambai. Serta merta ku hadiahkan senyuman sambil turut melambai. Cha di sebelahnya tersengih. Cha masih putih melepak macam dulu, cuma agak berisi sedikit. Almaklumlah sudah jadi isteri dan mak orang kan. Aku tersenyum dalam hati. Masuk saja McD aku terus meluru mendapatkan kanak-kanak kecik yang duduk di kerusi kanak-kanak di sebelah Cha. Akibat geram yang amat sangat, aku tak sedar tingkahku yang spontan mencium anak itu dengan gelojohnya, kemudian mengakhiri dengan cubitan sebelum  aku melabuhkan punggung di salah sebuah kerusi kosong di situ. 

"Nur!!"

Tina membulatkan matanya sambil menampar bahuku. Aku pun buat muka hairan. Apa halnya? Ya, Allah.. tiba-tiba juga anak perempuan Cha yang aku cubit tadi meraung-raung.

"Kuat tu kau cubit Nia tadi." Marah Tina. 

Aku menutup mulut. Aduh... Cepat-cepat aku mendapatkan Nia. Comel juga nama anak Cha ni, Nia. Bungkusan plastik berisi baju kanak-kanak perempuan terus ku hulur pada Cha. Itu sajalah hadiah aku terfikir hendak bagi buat masa ni. Mak Nia atau lebih akrab ku namakan Cha, tergelak besar. Diusap-usap pipi anak kecilnya sambil memujuk-mujuk. Aku dan Tina pun ikut memujuk. Satu restoran McD tu tersengih-sengih melihat ke meja kami disebabkan raungan Nia yang nyaring. Beberapa saat dipujuk dengan anak patung, Nia pun senyap. Nia ni mahu mak dia juga yang pujuk baru diam. Harapkan aku dengan Tina manalah berkesan. Lagi-lagi belum jadi mak budak. Tergelak aku dalam hati. Mengeluh pun ada.

Aku kembali ke tempat dudukku selepas mengambil order. Happy Meal! Ya itu menu makan tengahariku sampai Tina ketawakan aku yang menyantap hidangan kanak-kanak itu. Macam budak-budak katanya. Tak kesahlah, janji aku suka burger tu dan dapat free gift patung "Alex" (watak Madagascar). Aku bagi patung tu pada Nia. Lucu. Terkekekeke Nia ketawa tengok patung Alex boleh bergerak-gerak. Comel sungguh anak Cha. Lama ku renung anak berusia 11 bulan itu. Jauh sekali mirip maknya.

"Itulahkan, Nia ni muka bapanya kan.." Tina menjawab saat aku ajukan pendapatku. Cha ketawa saja.

"Aku lupa macam mana muka bapa Nia ni Cha." Tuturku lagi. Tina membuntang pandang aku. Sungguh, aku lupa wajah suami Cha. Kali terakhir aku jumpa pun waktu majlis persandingan mereka dua tahun lepas.

Tina menampar bahuku lagi sambil ketawa. Tina ni masih macam dulu bab tampar-tampar bahu orang ni memang 'stail' dia. Bab cubit-cubit pula 'stail' Sue. Rindu juga pada Sue. Sayang Sue tidak ada disaat kami berkumpul lagi kali ni. 

Seketika Cha menghulurkan handphonenya padaku. Gambar suami Cha bersama Nia terpampang di skrin. Barulah mindaku mengimbas kembali wajah suami Cha yang juga putih melepak macam dia. Betullah rupa Nia acuan ayahnya, manis. Cha tergelak lagi bila mengatakan Nia langsung tak ada rupa dia. Aku dan Tina ikut sama ketawa. Ketawa masing-masing pun macam dulu juga. Cha dengan ketawa kuatnya. Tina ketawa kuat tapi sikit-sikit. Aku pula ketawa "cover-cover" pakai tangan. Kontrol konon kan. Lama juga tidak ketawa dengan mereka macam dulu-dulu. 

Tidak banyak yang kami cerita hari tu. Ada pun soalan-soalan perkembangan masing-masing. Sesekali bertanya tentang rakan lama dan mengimbas kisah-kisah lama di sekolah dulu. Kisah di asrama, kisah menempuh STPM, tragedi-tragedi di Makmal Bio..macam-macam..

Ada yang mencuit hati ada juga yang menghadirkan rasa sebak. Kenangan.. ya semuanya kenangan. Cha, Sue, Tina dan aku sudah macam adik beradik. Selepas kisah keluarga ku beberapa tahun dulu, aku semakin menjauhkan diri dari mereka. Sue yang banyak tahu ceritaku sebab dulu rumahnya selang beberapa rumah saja dari rumahku sebelum dia pindah ke KL. Tabah dan sabar saja nasihat mereka. Semua masalah berlalu  dengan cepat. Akhirnya masing-masing punya kehidupan sendiri untuk ditelusuri. Tapi aku terharu juga, hari lahirku dua tahun lepas Tina dan Cha buat kejutan. Setelah lama tidak berjumpa, mereka datang ke ofis aku waktu lunch semata-mata mahu sambut hari lahirku. Sungguh air mata pun tidak dapat gambarkan rasa hati waktu itu. Terima kasih untuk kasih sayang mereka yang tidak pernah putus walau pun senyap sesama sendiri sekian lama. Selepas perjumpaan di hari lahir ku itu, kami masing-masing senyap lagi. Aku dengan Tina jenis yang tidak suka berfacebook. Sue dengan Cha saja yang masih berhubung.

Kini masing-masing punya ruang hidup sendiri. Dua dari pada kami sudah pun bergelar isteri dan ibu. Tak sangka lawak jenaka yang kami reka waktu di bangku sekolah dulu seperti menjadi saja. Cha akan kahwin dulu, diikuti oleh Sue, Tina dan akhir sekali aku. Rekaan ini berdasarkan bulan kelahiran, siapa lahir dulu.  Memang betullah Cha kahwin dulu kemudian Sue. Dengar cerita daripada Cha, Sue sekarang dalam pantang. Dia bersalin anak pertama bulan Februari lepas. Syukurlah rezeki bunting pelamin. Kini Tina pun katanya mahu tamatkan zaman bujang hujung tahun ni, cuma calon masih samar-samar. Inilah masalahnya kalau ramai pilihan kan. Masalah hendak pilih mana satu. Aku ni pun masalah besar juga. Sedangkan berpasangan pun aku sudah fobia, apatah lagi alam perkahwinan. Takut aku dibuatnya. Jodoh kuserahkan pada Allah. 

Kelmarin hari yang betul-betul membahagiakan. Pertemuan semula dengan Cha dan Tina. Seronok jalan-jalan walaupun setakat pusing-pusing masuk kedai keluar kedai. Berjalan-jalan saja tak penat, tapi yang penatnya tu mendukung si kecil Nia. Bergilir-gilir aku dengan Tina dukung. Cha pula tergelak-gelak. kata padan muka. Lastly dia juga dukung balik. Sempat kami pergi karaoke. Nia yang kecil tu turut 'melalak' dalam bilik karoke tu. Tak banyak lagu kami sempat nyanyi sebab pampers Nia penuh. Habis basah seluar dia. Maka perjumpaan kami dengan Cha berakhir di tempat letak kereta. Cha tukar pampers Nia di situ juga. Sempat juga dia sindir aku dengan Tina, "Mahu anak, buatlah sendiri!" Aku tersengih-sengih saja dengan Tina, dalam hati semestinya kami ketawa besar.

Kami hantar Cha sampai di situ saja. InsyaAllah Cha cuti lagi boleh jumpa. Cha pun sudah pindah ke Imegresen airport, lagi mudah hendak jumpa. Aku dan Tina tak terus berpisah di situ. Aku habiskan masa dengan Tina mencari kain untuk baju rayanya. Pertemuan hari itu akhirnya ditamatkan di gerai mak Tina. Entah bila lagi dapat berjumpa. Tina tu cikgu di luar kawasan KK, bukan selalu dapat cuti panjang balik K.K. Tapi kami sudah berjanji.. insyaAllah kalau Sua balik Sabah dan Tina dapat cuti, berjumpa lagi kami. Semoga.

Daun selasih buah bidara
Kayu manis bercabang tiga
Kasih teman bagai saudara
Sampai ke hayat dikenang juga




Main Layang-Layang

Jemari runcing itu menyisir ke belakang rambutnya yang jatuh menutupi sebahagian wajah kecilnya. Pandanganya tertumpu pada kedamaian pantai Tanjung Rindu, yang sedikit terhalang dek gangguan angin pantai yang semakin bertiup kencang. Sudah sejam Indah duduk di atas batang pokok ara tumbang di tepian itu. Sengaja menyendiri sambil menunggu sesuatu yang dia sendiri masih berkira-kira apakah yang harus ditunggunya.

Sesekali terdengar jeritan kanak-kanak lain yang seronok dengan permainan masing-masing. Ada yang berlari-lari di gigi air dan ada juga yang bermain pasir membina blok-blok rumah. Ada yang bermain buaian di bawa pokok ruh yang rendang. Hairan, semuanya berpasangan.

Indah sahaja bersendiri.

Matanya yang bundar dialih ke dada langit. Pada sesuatu yang menarik perhatiannya. Helaian biru berjalur kuning sedang menari-nari menerjah awan. Matanya menjeling pada sepasang kanak-kanak yang keriangan yang menarik-narik tali helaian benda biru yang terbang semakin tinggi mengikut hala angin pantai itu. Si kanak-kanak lelaki yang berkaca mata memberikan gegelung tali yang mengikat benda biru itu kepada si gadis di sisinya yang terlonjak kecil sudah tidak sabar. Si anak gadis pun tersenyum manis serta merta gegelung itu sampai di tapak tangannya. Si kanak-kanak lelaki itu mengajarnya mengawal tali. Dua-dua menikmati permainan mereka. Semakin tinggi semakin mereka bersorak riang.

Berkerut kening Indah. Kemudian satu keluhan kecil dilepaskan.

"Layang-layang.."   tiba-tiba satu suara asing memecah suasananya.

Dia serta merta menoleh ke tepi. Seorang budak lelaki berdiri di sebelahnya. Berbaju putih terlukis gambar kartun power rangers, berseluar pendek hitam sedikit kebasahan di bawahnya dan bersadur pasir. Kakinya berselipar jepun lain sebelah. Mukanya comot terpalit dengan tanah pantai. Di tangannya pula ada sebuah layang-layang. Bila dialihkan matanya pada wajahnya, dia mengukir senyum. Indah membalas senyumnya sambil tersengih. Comot tapi manis.

"Kau tahu main layang-layang?" Soal budak lelaki itu tiba sambil mata tidak berganjak pada langit, pada benda biru berjalur kuning yang semakin tinggi terbangnya. Indah diam seketika sebelum menjawab.

"Pernah."

"Kiranya kau tahu mainlah?"

"Tahu sikit-sikit tapi tidak pandai."

Remaja lelaki itu tersenyum lagi sambil menatap seketika muka Indah yang tiba-tiba hilang tiada riak. Kosong. Rambutnya saja yang berubah-ubah kedudukan ditiup bayu pantai.

Budak lelaki berbaju putih itu perlahan melangkah mara ke tepian pantai. Kepalanya mendongak sambil sebelah tangannya ke dahi, menghalang silau sang matahari. Mata Indah mengekor pergerakannya sambil memerhati layang-layang hijau di tangan kirinya.

"Seronokkan main layang-layang?" soalnya lagi sambil menoleh ke arah Indah. Indah mengangguk.

"Sudah lama tidak main." Balas Indah.

"Masih dapat rasa keseronokkannya.." Sambung budak lelaki itu. Indah diam. Budak lelaki itu turut membisu. Ombak yang memercik ke kelikir pantai saja yang bersuara. Lama suasana jadi jeda.

"Kau mahu main?" tiba-tiba budak lelaki itu bertanya lagi.

"Mahu! Tapi...

.. aku takut."

"Takut?"

"Sebab aku tidak pandai main. Aku takut terputus tali dan nanti aku menangis berhari-hari." Balas Indah sambil mengusap sikunya.

"Luka apa tu?" tanya budak lelaki itu merujuk pada siku Indah.

"Luka lama sebab main layang-layanglah."

"Jatuh?"

Indah mengangguk.

"Tali layang-layangku putus, layang-layangku hilang. Waktu tu aku tersandung batu dan tersembam ke bumi."  Indah cuba menahan sebaknya. Namun jelas kedengaran dalam nada suaranya yang bergetar.

Budak lelaki itu pun ketawa. Indah serta merta menarik muka. Dimasamkan riak wajahnya. Budak lelaki itu semakin ketawa. Tapi tidak lama. Bila merenung wajah Indah yang masih murung dia juga hilang senyum tiba-tiba. Dia mendekati Indah semula dan mengambil tempat duduk di sisinya. Pandangannya jauh ke infiniti lautan. Seperti ada sesuatu yang dikenang.

"Itu layang-layang kamu, pergilah main." Soal Indah mematikan lamunannya.

"Tak boleh main sendiri. Mesti ada kawan. Siapa mahu tolong aku pegang layang-layang ni untuk dinaikkan?"

"Mana kawan kau?"

"Macam kau, aku di sini tiada kawan."

"Carilah kawan baru."

"Kaulah!"

Indah tersentak. Disugulkan muka.

"Mari.." Perlahan juga budak lelaki itu bangkit dan menghadap Indah. Tangannya di hulurkan.

"Jangan pernah takut untuk mencuba lagi.." ucapnya cuba menyakinkan.

Indah kaku walaupun matanya bersinar.







satira hati.
by -ct-
August 2011, Petagas

Lockout, The Cabin In The Woods, Avengers

Salam.


Dengan ini dimaklumkan bahawa cik ct sudah gilak jatuh cinta dengan..... hero tamil filem matsaleh.. 













ok..abaikann..



Lagi... pasal movie...ini hendak buat ulasan sikit (sungguh sikit) pasal 3 filem orang puteh ni. Cipta rekod baru sudah si ct, 3 movies dalam 2 minggu..oh tidakkkkk.. tu lah si ct macam saja panggung wayang tu rumah dia kan kan kan?? *ketuk kepala atas meja!

Okehlah.. berikut 3 filem tersebut;


1.










Haa...ok lawak movie ni ada unsur 18sx. Oppss.. jangan bawa kanak-kanak tengok. Cerita genre action ni memang syok apatah lagi bab perang kan.. tapi filem yang ini.. erm erm.. ermmm.. cerita laju sungguh macam kelam kabut jak. Kurang 'umph'. 3.5 bintang! Bila banduan di penjara di angkasa dapat tebusan anak pm US.. hahaa.. ok..cukup.. 'zipp mouth'



















2. 




The idea - Best, sepasukan engineers korbankan 5 nyawa pelajar kolej utk ritual menenangkan hantu purba; macam main game. Storyline - ok ada la twists sikit2. Main bubut2 dulu dgn zombies sekali at the ending... tergantung. (kan jadi spoiler movie sudah). 3.9 bintang.












3.















Tahun ni tahun filem pasal alien lah agaknya~
The "Avengers ".. is enjoyable. Cerita ni superbest jika sudah pernah tengok filem Iron Man II (kemunculan Black Widow), Captain America, Incredible Hulk dan paling penting filem Thor. The Avengers adalah kesinambungan filem Thor. (Thor tetap HENSEM walaupun sungguh kecil di sisi Hulk!)
















bestnya kalau dapat peluk Thor kan.. syok syok syok.. aumm.. aaaaa.. 




Ok sekian.

Ya.. betullah tu.. ulasan kontot di atas tu memang daripada status facebook saya. Terus terang, saya MALAS. 


:: Lain-lain, klik sini