“Kak, boleh Eka tanya sesuatu?”
Hana menoleh kemudian tersenyum
mengangguk. Menanti kata seterusnya dari bibir adik iparnya yang kelihatan tenang
tapi tersembunyi kesuraman itu.
“Dulu kak kahwin, waktu itu abang
masih belajar. Lepas kahwin abang belajar macam mana?”
“Semakin gigih abang kamu, sampai
cemerlang tau!” Sambil tergelak Hana menjawab. Terkenang keputusan cemerlang
suaminya sehingga mendapat anugerah dekan untuk semester akhir.
“Ramai yang masih berpandangan
negatif, perkahwinan akan mengganggu pembelajaran.” Tutur Eka mengeluh.
“Kahwin ketika masih belajar
tidak salah Eka. Perkahwinan itu rezeki, bukan bebanan.”
Eka diam. Benar kata kakak
iparnya itu tapi tidak semua orang berfikir macam tu. Direnung dalam kopinya di
atas meja, terbayang peristiwa-peristiwa semasa reunion sekolahnya beberapa
bulan lepas.
Hana di sisi meja menggeleng
perlahan. Seperti ada kekecewaan yang sangat dalam dipendam oleh Eka.
“Akak faham, kamu tidak macam
dulu lagi boleh berjuang seorang diri.”
“Maksud kak?”
“Bagi seorang wanita, peningkatan
umur sering mengubah keperibadian dan emosi. Semakin meningkat usia, semakin naluri hati kita kuat untuk memerlukan
seorang lelaki di sisi.”
Berkerut kening Eka.
“Kamu mahu berjuang dengan suami
di sisi. Bukan begitu?”
Eka terkesima. Kemudian suram
kembali menghiasi wajahnya.
Hana mengusap bahu Eka perlahan.
Kasihan Eka. Umurnya mencecah akhir 30 tapi masih belum berumah tangga. Mak dan
ayah menjadikan pelajaran Eka yang belum tamat sebagai penyebab Eka tidak
dibenarkan berumah tangga. Kebelakangan ini Hana perasan perlakuan Eka.
Perubahan demi perubahan terhadap adik iparnya itu ketara sangat. Seperti
kehilangan semangat. Dia tidak seperti dahulu yang suka bercerita perihal
pelajarannya dan tempat kerjanya. Lebih banyak tidur dan berdiam apabila
berkumpul dalam keluarga.
“Eka. Sudahlah. Jangan fikir
banyak pasal ni, buat hilang keceriaan saja dilayan.”
Eka memberi senyum kelat
mengangguk. Kakinya yang longlai diatur ke pintu dapur.
“Kamu yang tentukan hidup kamu
Eka. Buatlah yang terbaik untuk hidup kamu, akak dan abang sentiasa sokong
kamu.” Ucap Hana mengakhiri perbualan.
No comments:
Post a Comment