- kLIk - kLIk - kLIk - kLIk -

Ikhlas itu Mutiara dalam hati


Dalam kehidupan ini kita berdepan dengan ribuan pilihan. Yang sebenarnya adalah ujian-ujian yang perlu kita selesaikan dengan membuat pilihan. Redha dan sabar pula keperluan dalam menyelesaikannya supaya kita tidak tersalah pilihan. Itulah yang kita faham. Sabar.. Redha.. Tapi kenapa masih mengeluh..



You're the one who always forget to be grateful for every tests in your life. So stop sighing. IKHLASlah. Keep learning and loving nur. 



...leraian di hujung simpulan.

kembalimu untuk mencantum semula serpihan yang telah runtuh
usai 3 tahun berlalu
kenapa tidak dalam 3 tahun itu kau kembali
kenapa tidak dalam tempoh itu kau pujuk
ketika setiap bintang di langit ada wajahmu
yang ingin ku petik menjadi lampu di sisi gelapku
kenapa tidak ketika aku menangisi cinta dalam hati
ketika ku peluk asmara rindu bersendiri

kenapa hari ini.. 
baru maaf kau pohon..
kenapa hari ini hatimu kembali
mengelus pipi kering
merayu pada kenangan
ketika marahku sudah hilang
ketika sesal pun jadi tawar 

cinta telah pergi
sekarang kosong
kupaksa hadir tidak mungkin

kerana Ramadhan lalu memberi aku petunjuk
melihat dalam-dalam diri seorang umat  
dalam memilih seorang pemimpin untukku

di sini, airmata kali ini lain 
menangisi kehadiranmu
yang ingin mendirikan semula impian 
daripada serpihan konkrit yang jelas telah jadi pasir
harapan itu sudah tiada sayang
doaku, tulus untuk bahagiamu
larutkan kenangan kita


Naluri





“Kak, boleh Eka tanya sesuatu?”

Hana menoleh kemudian tersenyum mengangguk. Menanti kata seterusnya dari bibir adik iparnya yang kelihatan tenang tapi tersembunyi kesuraman itu.

“Dulu kak kahwin, waktu itu abang masih belajar. Lepas kahwin abang belajar macam mana?”

“Semakin gigih abang kamu, sampai cemerlang tau!” Sambil tergelak Hana menjawab. Terkenang keputusan cemerlang suaminya sehingga mendapat anugerah dekan untuk semester akhir.

“Ramai yang masih berpandangan negatif, perkahwinan akan mengganggu pembelajaran.” Tutur Eka mengeluh.

“Kahwin ketika masih belajar tidak salah Eka. Perkahwinan itu rezeki, bukan bebanan.”

Eka diam. Benar kata kakak iparnya itu tapi tidak semua orang berfikir macam tu. Direnung dalam kopinya di atas meja, terbayang peristiwa-peristiwa semasa reunion sekolahnya beberapa bulan lepas. 

Hana di sisi meja menggeleng perlahan. Seperti ada kekecewaan yang sangat dalam dipendam oleh Eka.

“Akak faham, kamu tidak macam dulu lagi boleh berjuang seorang diri.”

“Maksud kak?”

“Bagi seorang wanita, peningkatan umur sering mengubah keperibadian dan emosi. Semakin meningkat usia, semakin naluri hati kita kuat untuk memerlukan seorang lelaki di sisi.”

Berkerut kening Eka.

“Kamu mahu berjuang dengan suami di sisi. Bukan begitu?”

Eka terkesima. Kemudian suram kembali menghiasi wajahnya.

Hana mengusap bahu Eka perlahan. Kasihan Eka. Umurnya mencecah akhir 30 tapi masih belum berumah tangga. Mak dan ayah menjadikan pelajaran Eka yang belum tamat sebagai penyebab Eka tidak dibenarkan berumah tangga. Kebelakangan ini Hana perasan perlakuan Eka. Perubahan demi perubahan terhadap adik iparnya itu ketara sangat. Seperti kehilangan semangat. Dia tidak seperti dahulu yang suka bercerita perihal pelajarannya dan tempat kerjanya. Lebih banyak tidur dan berdiam apabila berkumpul dalam keluarga.

“Eka. Sudahlah. Jangan fikir banyak pasal ni, buat hilang keceriaan saja dilayan.”

Eka memberi senyum kelat mengangguk. Kakinya yang longlai diatur ke pintu dapur.

“Kamu yang tentukan hidup kamu Eka. Buatlah yang terbaik untuk hidup kamu, akak dan abang sentiasa sokong kamu.” Ucap Hana mengakhiri perbualan.


Survive

Ayam perlu survive ketika banjir. Padi perlu survive ketika kemarau. Perlu. Kerana banjir dan kemarau bukan selamanya. Sama halnya juga dengan hati. Kita sedar dan faham tentang hati kita sangat lemah. Tapi kita tidak peduli hal bahawa hati itu mampu survive.

Nasihat berguna untuk tuan blog dan sehumor dengannya..


X bukan Y

Kenyataanya,
Kehidupan yang mengajar X berfikir secara kompleks.
Y tidak akan pernah merasa menjadi X
Ringkas. Hebat. Itu Y, yang cukup indah dan tenang pada mata X.
Mengetahui perbezaan ini buat X diam.
Tidak bersuara kerana rasa kosong yang besar.
Bersendirian lebih baik daripada terus merasa sangat rendah di sisi Y.