- kLIk - kLIk - kLIk - kLIk -

Terus berjalan

Tiada kata secantik bahasa hati
Tiada rasa seindah cinta suci
Kasih sayang biar terus mengalir
Kesabaran biar terus menggunung

Dalam kekusutan, ketenangan itu seperti harta karun yang kita cari.


 Sesuci air di kali, seindah khazanah bumi, sesejuk hati juga!


Once

Are you really here or am I dreaming
I can’t tell dreams from truth
For it’s been so long since I have seen you
I can hardly remember your face anymore
When I get really lonely and the distance causes only silence
I think of you smiling with pride in your eyes a lover that sighs

If you want me satisfy me
If you want me satisfy me

Are you really sure that you believe me
When others say I lie
I wonder if you could ever despise me
When you know I really tried
To be a better one to satisfy you for you’re everything to me
And I'll do what you ask me
If you let me be free

If you want me satisfy me
If you want me satisfy me

If you want me satisfy me
If you want me satisfy me



Jauh hati


Aku down sangat dua hari ni. 

Ya..dua hari ni..betul-betul lemah
Ambil mc sebab p klinik..semakin mudah jatuh sakit kebelakangan ni
Baru juga demam bulan lepas..sigh~
Antibodi kurang sudah agaknya...

Hmm..ingatkan duduk rumah sehari tidak kerja dapatlah belek-belek buku
Buka buku pun air mata saja basahkan buku, so better aku tutup seketika.
Sedangkan final exam lagi 2 minggu....errrr..
Lepas demam kembali pulih ni, selesma masih tamau berhenti,
kepala pulak masih tidak betul sebab kurang oksigen..pusing2.
Aku perlu 2 hari untuk bangun sihat semula (lamanya!)
sihat fizikal, juga sihat hati dan akal. Macam mengada pula.
Jujur, aku perlukan perhatian lebih..uwaaa..

hmm..ya tidak baik aku merungut apabila jatuh sakit..
aku redha. cuma hati sedikit sensitif sebab lemah.
insyaAllah. semakin dengan dekat tuhan.


~~##%^@!@!#@#*&^(^



Harga Ilmu

Bukan senang kerja sambil belajar. Tapi sofar sampai hari ni aku masih kuat lagi. Alhamdulillah 1 tugasan aku sudah submitted minggu lepas. Lega.

Buat PJJ ni memang berbeza dengan stadi fulltime. Plus dengan kerja sehari 10 jam lagi.
Kesannya..samada kerja effect study atau study yang effect pada kerja.. itu pasti ada berlaku.
Contoh, di opis memang boleh buka buku sambil-sambil..tapi kadang-kadang tu kalau sudah terfokus membaca, atau cari bahan untuk assignment, tiba-tiba bos panggil, tiba-tiba bos tanya pasal dokumen yang lepas-lepas. Aku memang blur lah tetiba kan. Lepas tu bos pun cop kita hilang tumpuan. Tu yang aku malas buka buku di opis. Lepas 8 jam di opis, balik rumah tersekat jem pulak (punca utama aku makin benci dengan KK). Sampai rumah sudah maghrib. Mandi makan solat. Jawapannya : LETIH. Tu kalau tidak mengajar malam. Biasanya tidak balik rumah..terus ke surau Tjg.Aru solat maghrib then ke pusat tuisyen, makan kalau sempat. Jam 9pm baru abis kelas. Drive balik rumah. Jawapannya : Super LETIH. Bila masa aku buka buku?
Tengah Malam. huhu...mulalah lemas dan kurus sebab kurang tidur dan sewaktu dengannya.  

Banyak lagi contoh tapi malas aku buat cerpen di sini. Depend dengan kekuaan mental sendiri juga macam mana hendak handle semua ni.

Bila aku tengok yuran semester tertunggak, pening aku. Tiba-tiba aku jadi emo sebab yuran transfer kredit sampai RM500+. Ah..matiii...




Kau tentukan cuaca hati

:) atau ^_^

Senyum perlukan seri. Betul tidak? (Agaknyalah!)

Asal senyum kita ikhlas, senyum sejahlah biarpun pipi kejang untuk mengukir senyum. Kalau air mata keluar pun, bolehkan kau senyum? (depend orang la kali!)

Ada orang yang menangis hari-hari.. tu lagi dikesahkan. Bukankah itu menyusahkan kalau sampai setiap hari?

Berhentilah menangis dan cuba-cuba bermuhasabah, supaya hati menjadi kebal dan tidak luruh setiap masa.

Bermuhasabah macam mana? Tidak susah. Menulis macam apa yang aku buat ni pun satu muhasabah. Menasihat diri sendiri sambil menghitung nilai diri. Bukan susah pun.



*Kalam Allah (Al-quran) adalah ubat hati..


Draw

Perhaps sangat hodoh saya melukis, but seriously the guy in this potret is khachak. I mean it.





















.

Layu


Semalam aku tidur pukul 3 pagi.

lagi.

Jadi kelawar sudah.

Kelawar oh..oooohhh..kelawar kelawar (sambil nyanyi lagu Dayang Noraini).

Assignment aku yang satu ni memang sudah ada draf sikit-sikit. Jadi semalam struggle lah kunun aku ni untuk memulakan penulisannya. Ya, sampai lewat pagi aku buat baru 1,526 perkataan. Kehendak tugasan soalan adalah sampai 2,500 - 3000 perkataan. Sedangkan dateline submit makin hampir. Masa bukan tidak cukup cuma aku ada 3 assignment untuk dateline submission yang sama. Lagi aku risau macam mana mahu siapkan sedangkan aku sibuk dengan dua pekerjaan. Dub dab dub dab dalam hati ni. 


Terpaksalah korbankan waktu tidur, dan waktu-waktu lain sewaktu dengannya. waktu dating termasuk sekali



Semalam lebih kurang 3 jam saja waktu tidurku.
Tip tap tip tap keyboard laptopku lincah berbunyi membuat tugasan. Sekali aku mula dengan satu ayat penulisan, idea untuk isi tugasan tu tiba-tiba banyak pula datang. Dan aku tidak mahu berhenti sampai ideaku terbantut baru aku take a rest. Rugi nanti, sebab biasanya waktu aku hendakkan idea memang setengah mati juga mahu perah otak.  

Alahai..kesian mak semalam kadang-kadang terjaga tidurnya. Keyboard aku bising, adakalanya aku terganas tekan. Hehee. Mak, i love you..

Aku sampai opis tadi memang dengan muka huduh. Sudahlah aku ni bab mekap memang fail. Aku cover muka huduh ni dengan bedak setipis tipisnya dan mencalit sedikit lipstik yang nazak mahu habis di bibir pucat. Walaupun tidak berseri sekurang-kurangnya tidaklah nampak macam momokkan? Tapi sure si Terrance perasan kedut-kedut dimukaku dengan kening berkerut diawal pagi




 




..aku menantikan keputusan permohonan transfernya dengan sabar..apa juga keputusan yang keluar nanti, semoga itulah yang terbaik untuknya.

.

Bagaikan bahtera tanpa layar dan kemudi

Bisikan rindu di kejauhan
biar pun jelas nyata, tidak dihiraukan

mengalah..tapi tiada yang berubah.
mungkin kita tidak diperlukan, sepertimana kita memerlukannya 

..kasih dan sayang 

Sejuknya dalam ni..

Ya..sejukk banget. Lepas tu nanti keluar opis punyalah panas haba di luar. Ni yang tidak best, sebab boleh rasa demam akibat 'temperature shock'. Sabar sajalah. Untung juga bos tiada dua minggu ni, kerja tidak kelam kabut. Bos dengan wife dia masih cuti anniversary kahwin diorang, sampai dua minggu tuh..oversea lagi..hhhh..banyaklah duit habis..tapi itulah cari duit bukan untuk dibawa mati, untuk hepi jugakkan? Romantik betul diorang. Lenggang jugaklah opis ni sikit, tapiiiiiiiii...bila tiada bos ni staff atas aku pulak bagi kerja-kerja-kerja..sibuk jugak sikit-sikit-sikit.

Blog oh blog...masa sunyi nilah aku buat entri di sini. Kalau tidak memang sebulan sekali pun belum tentu terupdate.

Susahkan bila rasa sebak tidak mahu lega? Minum air 3 botol pun masih tidak turun. Keluar masuk tandas ada la, dimangkin oleh kesejukkan lagi. Muka pucat semacam. Senyum pun susah macam pipi mengejang tidak mahu tertarik. Buat kerja lagi macam tiada perasaan. Sekejap-sekejap teringat wajah orang-orang yang kita sayang...lepas tu tarik nafas...then muka jadi lesu balik, memang hodoh sungguh muka! Sudahlah aircond tu mak bos pasang sampai 16 degree. Uhuu..sejukkkkklahhh Puan Maria :( dalam hati sajalah dapat bersuara. Tapak kaki tapak tangan betul macam baru pegang ais. Menyesal pagi tadi tinggalkan stokin atas katil. Tu la waktu kita tidak guna kita bawa..waktu mahu diguna tertinggal...aaaaaaaa..


Apa bah aku mau cerita sebenarnya ni ya? Oh..otak jem sedangkan dalam hati sesak mahu dimuntah.

Dari dulu aku jenis 'i dont care' bila orang bagi pandangan tentang aku. Sekarang ni jadi sensitif-sensitif pulak. A kata aku tegas bila diusik. B kata aku hipokrit, diam-diam sensitif. C kata dulu aku kelakar. D kata aku sudah berubah jadi pasif.

Kalau fikir kan.....erm..ahh..  tapayah fikir. Biarlah jadi 'i dont care'. Inilah aku seadanya. Yang sifat buruk tu pelan-pelan lah aku buang. InsyaAllah.

Ada yang perlu dibelajar lagi ni;
1. Bila kita menemui sesorang, beberapa orang di sisi kita ada yang akan pergi.
2. Belajarlah bertolak ansur. Hiduplah untuk orang lain, bukan orang lain hidup untuk kita.
3. Belajar tingkatkan level maksimum kesabaran yang ada. Pejam mata dan telan saja rasa sebak itu, dan senyum.
4. Belajar untuk memujuk bukan terus mengharap dipujuk.
5. Berundur untuk beri ruang.
5. Rawat hati dengan zikir.


Semoga yang belum kita faham kita akan faham.


Semoga yang kita salah faham itu kita akan perjelasi

Masanya untuk diam dan bersembunyi di sini. Perlu sedikit masa untuk AKTIF semula. Hehe. Ok!  ^_^

terasa macam mau lari dan baring di padang lavender yang luasss saja..

Hari ini aku bersiap awal pergi kerja..

...sebab hari ini aku menaiki penganggutan awam ke tempat kerja. Aku mesti keluar rumah awal kalau tak mahu lewat tiba di opis. Aku perlu menaiki bas dua kali untuk sampai ke opis. Berjalan kaki dari Rumah ke Bus Stop seperti 'exercise' pagi.

Anjing macik rajin mengekskot dari belakang. Macam berjoging pulak dia. Sempat main kejar-kejar dengan anjing macik tu, sepanjang lorong Taman Sri Utama sampai simpang jalan kami main-main. Dapat aku hirup udara pagi lama-lama, tulah selalunya pagi-pagi sedut aircond kereta. Ada satu Vios putih lalu ntah jiran mana satu, main hon tidak tahu sebab. Bukan aku main tengah jalan raya sangat pun. Memang lain kan jadi pemandu dengan pejalan kaki....

Tunggu bas pagi-pagi senang sebab bas banyak saja untuk ke KK. Sampai bandar KK, aku cari bas ke Jalan Kolam...... TIADA. Tengok jam di tangan, habislah kalau lewat. Dalam kepala fikir teksi. Aku tidak mahu telefon abang/kakak..nanti kena bising. Itu pun kalau lepas bising dia mahu bantu..nasib-nasiblah kalau dibantu. Aku tidak mahu susahkan diorang, semalam pun sudah kena dengan abang. Akhirnya teksi jugaklah walaupun duit dalam wallet cukup-cukup makan. Syukur sampai opis tidak lewat. Tapi kan..pakcik teksi aku naik tu best. Lucu. Gurau-gurau dengan dia sempanjang jalan. Sempat dia pesan dengan aku "besok jangan ko lambat lagi", boleh boleh kan? hahaaa besok tak pasti aku dapat naik teksi lagi ka tidak. Teringat bapaku bah.. :(

Batuk...
Sampai sakit dada sudah. Batuk buat kita jadi lemah.
mo makan power root biskut tiger ni supaya jadi kuat
Sepatutnya waktu lunch ni aku pi maybank pastu pi pejabat pos pastu..pastu..
..bah malas sudah aku mo menaip.
wateber laa

senyumlah..walau macam mana sekalipun.

Hati

Hajatnya untuk berstatus solo 2 tahun...akhirnya bertahan hanya 2 bulan.

pecah rekod peribadi.

Kini hati dia milik siapa?

ishk ishk ishk....


orang tua-tua cakap... bercinta jangan lama-lama...

jumpa pasangan...terus bincang pasal kahwin

ya la kau bercinta untuk apa? untuk tunggu putus?

untuk kahwin kan?

kalau boleh pecah rekod lagi.. kenal sebulan.. terus kahwin.. lol

Kelat

Mengantuk = kualiti kerja kurang

Otak penat = kerja serba tidak kena


Duit buka turun dari langit.. ingat, Allah ada janji untuk yang berusaha

Penat..

sabar..

kudrat perempuan tidak selemah itu kan?



Pernahkah kamu rasa diri kamu tidak berguna?

:::  SELALU

Merubah

Perubahan seseorang mengambil masa.

Apa yang penting, sabar.

Motivasi ; Buku

Pelajaran tentang hidup bukan hanya melalui pengalaman, juga melalui pembacaan..

Sabtu lepas aku singgah ke 1 kedai buku Islamiah.
Lama sungguh aku tidak jejak kaki ke mana-mana kedai buku semenjak bajet untuk bahan bacaan aku tamatkan 5 bulan lepas.  Maka berjamlah aku melepaskan rindu dengan buku-buku yang ada.
Aku beli dua buku motivasi.

-siapa ulat buku mesti kenal dengan buku ni :



2 Tahun lepas buku ni famous di kalangan kawan-kawan perempuan di kampus.
Kawan sebilik bagi pinjam tapi aku ni liat dengan sikit dengan buku motivasi.
Baca sikit aku tertidur..  Bila aku sedih ditimpa ujian, aku lupa tentang buku ni.
Jadi bila ternampak buku ni hari tu, tanpa baca isi kandungan aku terus sambar buku tersebut dari rak dan bawa ke kaunter.

Alhamdulillah aku sudah memilikinya.

- Bersama dengan buku ini,

18 kisah penuh inspirasi berasaskan kehidupan seharian seorang muslim.

Nantilah kalau sudah habis baca.. ada masa terluang, aku review buku ni. 

Apa yang aku mahu sampaikan di sini ialah, buku ini isinya bagus. So, saya rekemen. ^_^

*Kepada kawan yang mahu pinjam pun boleh. Sila contact saya.

Sebuah cerpen. Kalau kau faham bacalah.

Kalau tidak faham. Diam-diam!



Bukan tidak ada lelaki yang cuba mencuri hatiku ketika aku masih berstastus teman wanita orang. Apatah lagi ketika aku single. Aku kata, aku kawan dengan semua orang. Jatuh cinta hanya untuk 1 orang dan biasanya susah untuk jatuh cinta.

Bukan mudah untuk jatuh cinta. Itu sifat hati sejak dulu lagi. Meminati seseorang itu mudah tetapi untuk melahirkan cinta itu terlalu susah untuk seorang gadis yang meletakkan kecurigaan dalam kesetiaan setiap lelaki. Atas sebab-sebab aku dilahirkan dalam keluarga yang tidak sempurna telah menjadikan aku terbentuk begini. Aku tak salahkan takdir. Aku salahkan diriku kerana tidak mampu mengatasi dengan baik ujian yang diberikan itu. 

K orang yang pernah bertakhtah di hatiku selama setahun. Hatinya baik. Dulu dia berjaya memujuk aku membuka hatiku yang tertutup selama 4 tahun dengan janji bahawa dia terima aku seadanya dan akan bimbing aku. Banyak aku lalui hampir mahu mengikat tali pertunangan. Ya, itu impian paling manis.

Tapi sayang. Tiada hasil. Aku yang cepat terasa ini tidak tahan bila diuji dengan cara lelaki melayan wanita.

Bila aku cari dia di sms dan telefon dia tiada. Biasalah kan semua orang ada hari-hari sibuknya. Aku cuba faham, langsung aku tidak marah, merajuk atau mengata macam-macam membuat andaian terhadapnya. Aku tahu aku pun kalau sibuk aku tidak akan menjawab. Normallah. Aku pun tau isikan kebosananku dengan internet dan penulisan tempat aku berlegar-legar untuk mengisi masa ketika ketiadaan dia yang diperlukan.

Tapi sebaliknya pula berlaku terhadapku. Ketika dia sms, dia telefon, dan aku tidak jawab serta merta, sebab maklum, aku kadang-kadang juga sibuk. Seharusnya dia faham sebab sudah berkali-kali aku katakan, terangkan, kalau aku tidak jawab maknanya aku sibuk. Dia mungkin tidak faham, tiada kesabaran. Bila satu sms sapaanya aku tak jawab, 10 sms dia akan hantar lagi selepas itu, penuh dengan kata-kata sindiran, dan ada yang aku rasa diri aku terhina sangat. "Perempuan apa kau ni". "Pergi mampuslah hp". "Bagus tiada gf daripada ada gf."

Aku nangis waktu baca setiap perkataan. Ayat-ayat lain lagi. Aku tau aku bukan perempuan baik, tapi jangan katakan aku macam tu. Tangis dan sakit hatiku tidak lama. Aku jenis yang cepat sembuh sendiri tanpa dipujuk. Bila aku sudah ok, aku anggap saja itu perangai K, biarlah dia..aku terima seadanya. Hati wanita ini sampai manalah kesabaranya mampu bertahan. Sekali dua kali kena, berkali-kali kena. Waktu kena tu memang sakit. Tidak habis di sms, di wall fb nya menyindir. Kawan2 lain nampak. Ada yang tanya. Aku diam. Biarlah orang kata aku salah.

Mungkin baginya itu lawak, tapi aku terasa sangat. Aku cepat sembuh tapi bila kena tu memang sakit sangat. Sekuat-kuat aku tunjukkan diriku, di dalam hati ini sangat cepat terasa. Herdik sedikit pun aku boleh menitiskan air mata. Itu saja kelebihanku, mampu sembuh sendiri. Aku pernah luahkan. Aku minta ditinggalkan. Dia pujuk katanya dia akan berubah, dan itu hanya gurauan. Ok aku terima itu gurauan. Entah sampai bila sikap lelaki seperti itu akan berubah kepada lembut. Bukan sekali aku beri amaran padanya mengajak dia cuba mengawal kemarahan yang tidak sedar ketika marah itu. Malangnya, berulang juga. Hatinya baik, sangat baik. K ada hati yang murni. Cuma aku ni yang tak baik, aku tak mampun menahan satu sikapnya yang suka mengenakan perempuan itu.

Aku juga pernah buat salah. Aku sudah minta maaf takkan ulangi. Dia sudah maafkan. Tapi di lain masa dia akan ungkit dengan sindiran. Jadikan alasan untuk dia marah kalau aku lambat jawab sms atau panggilan telefon dia. Aku tak tahan. Aku diam. Merungut sesekali kata aku tak suka. Dia buat-buat tak faham.

Akhirnya aku meminta untuk berpisah dengan K setelah cuba berbincang tapi tiada hasil. Dia mengalah dengan hubungan ini, dan aku juga mengalah. Aku kata putus, dia kata ok kalau itu yang aku nak. Dia kata jangan menyesal. Dari situ aku berazam untuk tidak menyesal. Kalau ikutkan hati aku tetap akan bersamanya. Aku memang sudah untuk jatuh cinta, tetapi setelah jatuh cinta...bukan mudah untuk aku lupakan dia. Perit untuk melepaskan semuanya. Sukar. Minggu selepas aku minta putus cara baik, kerjaku terganggu sedikit. Aku hiburkan hati dengan radio di internet tapi tak mampu. Aku demam berapa kali. Aku bukan salahkan dia aku demam. Aku demam sebab waktu tu aku lemah sangat. Tiada orang peduli. Aku ambil mc sampai hampir seminggu. Akhirnya Vina telefon aku untuk bertanya, malam itu aku luahkan apa yang aku rasa. Di situlah aku menangis teruk. Lama aku bercakap dengan Vina, dengan siapa aku boleh mengadu kalau bukan Vina yang prihatin. Siangnya aku demam lagi..selesma teruk. MC lagi 3 hari.

Minggu seterusnya aku bangkit semula. Senyum. Waktu itu K telefon aku. Untuk memujuk aku kembali. Aku cuba untuk baiki hati sebab aku mungkin masih sayang dia. Tapi sayang. Rupanya rasa itu tawar. Semakin tawar. Bila kita letih menangis lama, rasa tawar itu akan datang selepas kita abis menangis.

Tambah tawar apabila cara dia memujuk pun kadang kala menyindirku kerana lambat membalas sms atau mesejnya di fb atau tidak mengangkat panggilan telefonnya. Masih macam dulu.

Dari rasa tawar hati aku rasa sedikit benci. Tapi aku cuba padam. Cuba suruh dia berhenti mesej. Ketika aku rasa tenang aku sendiri cari dia tanya khabar. Dia kadang2 jawab kadang-kadang tak jawab sebab sibuk. Aku tak terasa hati pun. Malah waktu tu aku tenang sudah. Tapi itulah, dia mula lagi...dia cuba sms atau kol kalau aku tak jawab dia hantar lagi sms sindir aku. Aku tak mahu benci orang yang pernah aku sayang. Maka aku cuba tidak pedulikan apa-apa kata-katanya.

Aku meminta untuk dilepaskan oleh K kerana kesabaranku sudah tidak mampu ku bendung. Sifat lelaki yang tidak dapat mengawal kata-kata kesat kepada wanita adalah sangat menyakitkan hati. Kadang-kadang menghempas barang ketika marah. Hilang kawalan. Bila ditegur, jawabnya : bila dah kahwin aku berubah. Kenapa tidak saja berubah sebelum kahwin? Letih...letih hati untuk menyoal hati yang ego.

Aku lahir dalam keluarga yang mempunyai sejarahnya sendiri. Aku berdepan dengan beratus-ratus makian, cacian, bahasa kesat mereka ketika bertengkar. Aku tidak mahu suami yang akan buat begitu bila sudah berumah tangga nanti. Impian aku sama macam orang lain, mahukan keluarga bahagia, anak-anak aku tidak rasa dan alami apa yang pernah aku alami. Aku bukan wanita baik untuk mengidamkan lelaki yang baik. Aku sedar diri, aku banyak kelemahan dari segi emosi dan tindakan kurang bijak sebab tumpuanku sudah terganggu dengan pelbagai masalah yang dilayan hati. Kerana itu aku harapkan seorang lelaki yang mampu bimbing aku, tongkat aku, kawal aku, bantu aku, ajar aku cara untuk hidup dengan betul.


Pesan daripada kakakku yang tegas untuk orang yang lembut hati, "carilah jodoh untuk masa depanmu, jangan kerana ikutkan hati."

Aku cuba fikir masa depan. Memilih pasangan hidup hanya untuk sekali.

Air mata yang tiada terlihat biarlah kita saja simpan. 

Santapan Jiwa

Di bawah ni bukan cerita saya. Saya cuma kongsikan hasil perkongsian coretan seorang rakan forum. Bacalah, cerita ini juga buat airmata saya tumpah.

Si Budak Penjual Kuih
Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!



:: Selamat menyambut kedatangan Ramadhan

Detik rasa di atas jangka masa yang mengalah

Rasa itu indah tapi datang dengan kesakitan
Kerana kesabaran sudah mati, kuhukum cinta
Rindu menikam sedikit demi sedikit dinding hati
Perit..ditoreh rindu sedang dinding menebal
Darah yang mengalir bersatu dengan air mata
Curahnya untuk setiap detik kenangan yang melintas
Tiang angan-angan yang ku dirikan sudah runtuh
Hanya doa untuk terus kuat dengan tulang rapuh

Saya rakyat, saya pengundi, maka saya peduli.

HARI INI KITA JAGA KEBERSIHAN

Saya tidak turun padang, tapi saya sokong perjuangan mereka.
Saya rakyat, saya pengundi, maka saya peduli.

Tuisyen

Semalam kelas Sains PMR. Sepatutnya bab yang perlu aku khatamkan murid-murid aku adalah bab tingkatan 2; Water & Solution. Sebelum tu ada sedikitlah ulangkaji pasal evaporation process minggu lepas punya. Ya lah takut diorang lupa pulak, sia-sia aku ajar minggu lepas kalau lupa. Kemudian masuk terus subtopik Solubility, sampai ke reaction acid<->alkali. Kalau ajar ikut buku rujukan atau teks, memang sedikit saja penerangan. Aku mahu mengajar ikut silibus diorang tapi macam terlalu ringkas. Terutama pasal equation2 chemical reaction ringkas tu. Bila aku tanya murid bab yang tu,  diorang cakap 'faham', dan diorang angguk2. Bila aku tanya kenapa equation tu boleh jadi macam tu, diorang punya kening kerut-kerut sedangkan sudah belajar di dalam kelas harian. Terpaksa aku tunjuk sedikit pembelajaran di luar silibus. Tentang pengenalan apa itu ion, cas dan macam mana boleh membentuk persamaan apabila bertindakbalas (bab asas kimia tingkatan 4).  Bila diorang nampak semua ini dengan cepat diorang catch-up itu topik acid-alkali. Sama juga macam tajuk Elektrolisis sebelum ini kalau ikut buku main hafal boleh lah. Dalam buku memang ringkas, sekadar tunjuk apa itu elektrolisisi ; process lisiskan H dan O daripada H2O. Ditunjuk dalam buku tentang ion-ion bergerak ke katod dan anod, seperti disuruh hafal penerangannya sedangkan diorang tidak kenal ion dan cas atom.

Kalau murid belajar main hafal macam ni, ambil masa lama lepas tu kepala diorang pun berputar sebab banyak yang mahu dihafalkan. Lagi, itu ilmu nda akan tahan, sebab lepas waktu exam dia muntah semua dan tiada yang dia 'hadam' dalam kepala dia. (errr...)
Mungkin sebab itulah tuisyen itu perlu untuk mengajar sesuatu yang tidak diajar di dalam kelas harian di sekolah kan..

------------------

Sketsa tambahan di kelas Sains :

Tutor : Siapa orang pertama naik ke bulan?
Murid : Saya tau cikgu, Neil Amstrong.
Tutor : Pandai! kamu sudah belajar sains darjah 6 kan?
Murid : Tidak..saya tengok Transformer 3 kelmarin.
Tutor : ?*$#&!%^$??

terpaksa cerita wayang dulu 5 minit untuk tarik minat murid, baru mula kelas...



Kawan suka Kawan?

Siapa kata lelaki dengan perempuan tidak boleh berkawan kan?

atau

kah salah??

Tanggungjawab Menulis

"Suka aku lah mau tulis style macam mana, ayat macam mana kan? sudah blog aku, kau peduli apa? Asal aku tidak membuat fitnah atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak dan mengundang saman sudahlah."

"Aku menulis untuk lepaskan gian/berkongsi fikiran/saja-saja isi masa.."

Hah itulah ayat-ayat kepuasan namanya. Ayat-ayat untuk kaum "ada aku kesah?".

Macam entri-entri aku sebelum ini, 'sembarang' orang bilang.

Tapi itu dulu. Sekarang ini mari kita kembalikan keskemaan. Skema yang tersusun, ada peraturan supaya kita sendiri tahu apa itu tanggungjawab.

Tanggungjawab yang aku maksudkan adalah tanggungjawab sebagai seorang penulis blog siar (published blog) kepada pembaca.

Tidak bermakna kita ikut peraturan kita tidak bebas dan kepuasan tidak diperoleh. Sebagai seorang penulis awal mungkin kau rasa peraturan-peraturan ni leceh, tapi percayalah bila lama kau berada dalam dunia bahan bacaan ini kau sendiri akan rasa peraturan penulisan itu penting. Kepentingan itu wujud bila kau rasa bertanggungjawab terhadap penulisan yang kau buat.

Itu kalau kau penulis blog atau laman yang dibuat untuk disiar saja. Kalau blog peribadi (private) yang dihadkan untuk bacaan umum, kau menulislah suka hati, tiada orang peduli.

Ok ini contoh, aku gogle search untuk perkataan "Rebiu Transformer 3", ada beberapa blog yang buat rebiu (review) untuk filem ini. Ada yang menulisnya dengan kemas, ada yang tulis dengan ayat suka hati dia siap ada bahasa kanak-kanak gagal BM yang suka tulis 'yew', 'kew', 'sayeww', tax sukeww..kalau Sabahan pulak suka tukar 'bah' jadi 'va' atau 'vha' dan lagi boleh jadi 'wa'. Apa susah tulis saja 'bah' bah. Ayooo..banyak pening mau baca woh. Automatik terus cursor aku tekan 'close' window page blog yang menulis dengan bahasa tidak betul. Blog yang senang baca jadi pilihan. Aku akan baca bahan yang minimakan penggunaan bahasa slanga.

Sekali lagi, menulis ikut peraturan tidak bermaksud penulisan itu terbatas. Aku pun menulis juga, jadi aku faham..orang yang menulis paling pantang disekat-sekat. Idea titu tidak pernah disekat. Cuma bahasa penyampaian itu kalau mahu dibaca oleh orang lain buatlah yang kemas.

Penulisan yang seronok adalah menulis dengan idea yang bebas, mengikut landasan penggunaan bahasa yang betul.

Buat campur-campur ni boleh, tapi biar cantik dipandang dan 'sedap dihadam'.  Macam rojak, mesti mahu buat rojak yang boleh dimakan. Kalau main hentam buat, itu tu bukan rojak..itu sampah.

Memang orang suka baca bahan bacaan yang penyampaiannya santai. Sesantai-santai mana pun jagalah bahasa.

Lebih lagi kalau mahu buat isi blog yang ilmiah. Lebih skema apabila buat satu entri, menulis dalam Bahasa Melayu, buat keseluruhan entri dalam Bahasa Melayu. Kalau English, satu entri tu biar semua dalam English. Boleh buat campuran dua atau tiga bahasa dalam 1 entri tapi biarlah ikut etika. Letakkan pengikat kata "" atau italickan pada perkataan bahasa asing. 

:)

tet tet..henpon berbunyi..

1 message received..

"erm frankly speaking, ok actualy i like u. k i realy like u. if u allow me, i want u 2be my gf,hehe itu kalau ble la" sender A.....

HAH..kalau kau tiba-tiba suatu pagi dapat sms seperti di atas daripada seorang kawan yang single yang superhensem, hati baik budiman, tinggi menepati citarasa, lelaki idaman, apa yang kau punya reaksi?

"ohhhh, bestnyaaa! bestnyaaa!" sambil lari-lari keliling lompat-lompat.

the react shud be like that kan? kah? apa? atau? macam mana? ada cadangan?

whatever..i tidak boleh..not natural..buat-buat bolehlah.

aduhai mr.A, ini just kidding kah apa? mau dibaling anak teruna orang ni p jalan raya, mamai baru bangun tidur agaknya sampai tetiba hantar mesej tanpa salam tanpa selamat pagi.

erm..oh, maybe jugak dia seriuskan? tapi seriuslah, dia memang berani...mati.
kebanyakan lelaki agak pemalu (kah dia ego?) untuk cerita bab perasaan. kan? agaknyalah kan? apa-apalah..  Oklah..jujurlah what my pandangan on him now, kalau dia serius dengan mesej itu, memang dia agak gentleman..berani. Tapi agak bertindak melulu. Belum selidik dulu betul-betul sebelum propose orang..tu lah dia belum tahu ini hati sudah dimiliki..dan kesetiaan itu dipegang dengan kuat. Dia ni terlalu awal untuk jatuh hati dengan perempuan yang dia baru kenal tidak sampai 1 minggu..dia belum tahu aku ni ahli sihir jahat. LOL

ok done. sudah replied dia cara baik. harap-harap dia tidak segan dengan aku bila terserempak di mana2. kawan stil kawan..i love my friends.

To survive


kenapa saya belum tidur? (jeling2 jarum jam sudah 2am) 

ahh...biasa..normal for me..

just spend time to think and repair a life.


pembelajaran..itukan kehidupan..

whatever la..just share this piece of someone's mind.

it is about LIFE.

There is a sentence to study;



do not hold a glass with only 3 fingers
hold tightly with all five to minimize the risk of falling/break/drop down.


such as a life, to hold it we should have all five in 'fine' condition to survive.


 











5-spiritual (kerohanian yang kuat..-iman-)  
4-mental (prepare it to be richness of knowledge)
3-physical (well healhty)
2-emotion (good control of heart/feeling)
1-socialism (having friends/relationship) 


so jari mana yang sangat diperlukan? ibu jari kan? see what is that?
and the rest jari jari tu masing-masing represent tahap keperluannya. 
you study lah sendiri...i pun in learning of myself..


this is not a philosophy to believe
just it can use as basis to learn and understand a life and also our own-self. 
FOR...build STRENGTH

yes la..it is hard to be strong while u forgot to identify the weaknesses..

ok la enough...time to rest...and mimpi indah indah..


bye blog..

Relationship : Menghargai

Kalau ya pun ucaplah TERIMA KASIH. Dua perkataan ni susah sangatkah mahu diungkap?

Mungkin orang kata sebab ego dia jarang ucap terima kasih untuk perkara-perkara yang kecil. Ego? what the hell la..pergi matilah dengan ego yang over kalau setakat ucapan terima kasih pada cashier di kaunter pun berat mulut mau ucap..

"Tidak payah berterima kasih, memang tugas dia. Dia dibayar gaji pun." < Ada jenis orang aku kenal macam ni. Fikiran dia advance macam-macam hebat but good attitude dia kurang. Terus aku pandang dia tidak hebat.

Put yourself in this situation; after you done something for a person even u done it dengan hati yang berbelah bagi (paksa rela buat), then the person in the end say thanks with a smile. what do you feel? sangat berharga? smile and thanks can make your heart cold for some time. Apatah lagi kalau buat dengan sedaya upaya dengan stress dan letih menyiapkan. I am not showing the attitude of tamakkan penghargaan dalam setiap tugas sampai keihklasan itu hilang. Just to show it is the heart nature..fitrah hati manusia. Kita buat kerja dengan ikhlas, sungguh-sungguh..dan ucapan terima kasih itu sebenarnya adalah mangkin untuk lebih ikhlas dan sungguh-sungguh.

So kalau kau di pihak yang memberi tugas pada seseorang yang rasa terpaksa untuk buat atau memang tugas dia perlu buat, jangan lupa itu perkataan terima kasih. Budayakanlah dalam diri.

Aku suka tengok my boss cakap terima kasih pada kakak cleaner selepas dia siap bersihkan pejabat. Kakak tu sudah penat tapi boleh tersenyum manis sebelum meninggalkan pejabat.

Sama juga seperti mak. Kenapa kita perlu mengucapkan terima kasih pada mak? sedangkan memang tanggungjawab mak untuk didik asuh kita sebagai anak dia..

Terima kasih mudah diucap, sangat bermakna dan kesannya besar.

diusik rindu...lagi

kira-kira dengan jari, jam berapa mata 'kan lena?
atau..sebenarnya..
kira-kira pada hari, akhir rindu hujungnya di mana?
**
 

Musim Kahwin

Ya, sekarang musim kahwin.

Tapi si Nur sekarang di musim mengawan (apakah?) Eh..eh..mengarut!

ok abaikan..

Menjelang umur 25, selayaknya minda itu ditujah-tujah dengan soalan:;
"bila kau mahu kahwin?"

kan?

lebih-lebih lagi musim cuti sekolah macam ni,
ada saja jemputan majlis kahwin daripada kawan-kawan lama.

Fikiran kau pun terusik..
Lepas tu mulalah mengeluh..
kalaulah umur tu boleh diberhentikan sekejap,
tunggu aku stabilkan hidup dulu, boleh?


........

p/s : kepada kawan yang bernama Shah, SORRY..aku memang ada masalah kronik dalam mengenal jalan dan simpang. arrhhh..sigh.. dan THANKS sebab bagi pinjam masa dan dirimu Sabtu lepas. Walaupun kadang2 aku sakit hati dengan ko, tapi jujur aku cakap kau kawan yang boleh harap. Lebiulah..THANKS.

Selamat makan tengahari


Saya ada donut!
Itu pun mau bagitau! ceh!

okelah ini bukan donut mahal, ini kueh gelang macik taman jumbo

 Silalah jeles..nyum..nyum..



buduh kan entri ini langsung tiada ilmu...




aku cuma mau bagitau hari ini aku bawa bekal..mari berjimat saving untuk kahwin!..hahahhaaaha..

Lirik : Aku Permata (Salma Mentor 5)

Terdampar jauh dihempas badai ku hanyut
hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan

Di sudut kecil hatiku sering berkata
apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya
Ku beranikan diri menongkah arus yang deras
demi hari esok ku relakan

ohhhhhh……

chorus:

Walau tiada tangan menghulur
kan ku tetap berdiri teguh
ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
perjalanan hidup seorang insan
kini ku jauh memetik bintang di langit
berakhir musim dingin
kini mekar bunga indah
tinggallah memori terpahat di dalam dada
terjawab sudah segalanya


Aku hanya ingin merasa
kemanisan hidup di dunia yang kudambakan
Tuhan hanya engkau mengerti
perjalanan hidup seorang insan
walau tiada tangan menghulur
kan ku tetap berdiri teguh
ku bangkit semula
Hanya titipkanlah doa
agar permataku terus bersinar.


Aku suka lagu ini bukan sebab aku minat Salma. Tapi lebih kepada jalan cerita liriknya.
Jujur air mata tumpah bila dengar. Lepas tu rasa macam memberi semangat.

rindu yang tidak terucap

Berbantal kapas beralas baldu
unggas malam berlagu merdu,
ku cari ruang untuk mengadu
kerana ku punya segunung rindu..

Bermain hujan kepalang basah
ke sungai juga akhirnya menyelam
ku tuang sayang ke lembah resah
bertakung rindu semakin dalam..


nur,
1 Jun 2011, Luyang

Bukan kau saja ada masalah

Kadang-kadang kita terlalu merungut dengan dugaan hidup. Kita tidak sedar keterlaluan itu kerana hanya mahu melayan kerenah hati.

"Bukan kau saja ada masalah."

itulah..


Mengadu itu perlu. Orang biasa kata 'meluah', tapi aku lebih senang dengan 'mengadu' sebab naluri. Mengadulah dengan siapa-siapa jika itu yang mampu buat kau dapatkan sedikit kelegaan. Cuma, janganlah sampai meroyan sana sini. Dalam tidak sedar, kita mengadu boleh jadi sampai kita merungut dengan itu ini. Seperti kita marah dengan dugaan Tuhan. Jangan menyangkal, sebab kadang kita sendiri tidak sedar.

Untuk legakan hati, bandingkan dugaan sendiri dengan dugaan orang-orang susah yang lain...


*tarikh nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan sampai habis..

Bedak kompak dan lipstik

Di bawah ni entri yang agak kelainan sikit. Ada sesetengah ayat yang akan menimbulkan rasa menyampah pada pembacanya. Proceed with your own risk.

Bila dia ditanya, anda tidak bermekap?

..maka berikut pilihan jawapan sesuai  :

- saya tidak pandai. saya malas mahu belajar
- saya rimas bila jadi perhatian
- saya nampak sungguh remaja tanpa make up
- saya bukan kerja sebagai artis/selebriti/pengacara tv/penyambut tetamu/pramugari/pegawai perhubungan pelanggan/tunasusila. Kecualilah kalau saya mahu mengurat bos.
- kalau hari-hari bermekap tebal, nanti di hari majlis kahwin orang tengok saya biasa
- nanti kulit muka cepat rosak (cepat tua woo)

Eiiiiihhhhh!.. Siapa kata saya tidak mahu bermekap?? Nantilah saya akan bermekap

bila,

- jumpa buah hati (eh eh eh..)
- sesi bergambar (memori ni ofkos. di hari tua nanti boleh tunjuk dekat cucu, nenek dia ketika zaman muda amatlah jelita)
- Majlis (waktu malam biasanya). warna warni di wajah tidak sesuai di siang hari, orang tengok nanti macam momok.
- hari saya kahwin
- dan hari-hari selepas kahwin (ini sudah lebih! LOL)







"I need a horse"

Jika anda pencinta lelaki hensem, memanglah anda sudah sedia maklum akan kejelitaan Chris Hemsworth.

Tapi bila dia jadi Thor kan kan kan..saya pun spontan kata "wow" untuk ke'hot'annya.

if you focus on his body (yes his chest) and his pair of blue eyes..aaaahh.. (ok ini gilak).

Lubang hidung Mr.Hemsworth nampak besar dalam filem ni. But its ok..kelemehan itu dikecilkan dengan kehebatan dadanya yang berketul-ketul..mesti dia work hard on it kan? Macam wrestler pun ada.

Oh ya..dia agak comel sebab ada aksesori sebuah tukul.

Oit..sepatutnya saya review filem Thor kan, tapi terover teruja terhadap hero dia pulak. Saya saja kot yang rasa Hero lebih menarik daripada jalan cerita. Btw, ikhlaslah..tidak perlu untuk merebiu lah ini filem, sebab jalan cerita Thor ni sci-fi yang cliche sugguhlah..tiada twist langsung. Itu storyline 3.5 bintanglah. Kalau persembahan boleh kasi 4 bintang..seronok tengok sesuatu yang mengujakan di layar panggung.

"I need a horse!" it is just a line of comedy script spoken by Thor. Memang babak tu lucu. Dengan satu lagi dialog agent gov pasal xena, jackie chan bagai..hahaha ok ketawa sekejap bila ingat.

U watch your own la, malas saya cerita.

Ok, saja bagi tip untuk orang yang mahu tonton - Disebabkan filem ini adaptasi daripada komik Thor, so when you watch it you have to pay attention to every dialoges baru you dapat enjoy lebih sikit, not only the actions.

Filem ni boleh direkomendasi untuk bawa family pergi tengok. Anak-anak pun sesuai sebab ada elemen kekeluargaan (anak-bapa). Tapi sila tutup mata anak-anak untuk satu babak kissing dalam klimaks cerita.

Kesimpulan, Filem ini bagus-tidak berat-seronok sebab ada komidi. Saya bagi rate 3.8 bintang.

Soalan cepuperak : Apakah yang menarik kau tengok dalam filem ini?
Jawapan skema : animasi CGI untuk pemandangan alam Asgard. 
Jawapan peribadi : renungan Thor tembus skrin panggung, macam real dia tengok aku makan popcorn.




.


Alert

atau dalam bahasa, PEKA. (saja mengada-ngada)

Selalu peka itu penting.

Kalau sampai lupa tarikh luput lesen itu memang bahaya.

Lagi-lagi dengan keadaan bajet bulan ini yang ciput. Kalau kau kena saman sebab lesen mati, memang kau lah pemenang anugerah gadis paling malang bulan May.

Kau orang ada cek tidak? Bukan lesen memandu saja, cek semua-semua kad atau apa-apa saja yang berdaftar. Yang mana perlu diperbaharui sila perbaharui sebelum anda jadi miskin di hujung bulan.

expired date 24/4/2011
doakan semoga tiada road block. terima kasih~

Dating dengan isteri-isteri orang

Tajuk bukan main catchy.

Tapi betul semalam aku hang out dengan 3 isteri orang.

Bukan senang mau buat temu janji mereka yang bergelar isteri.
Walaupun sekejap, tetap bermakna untuk erti sebuah persahabatan.

Dua daripadanya aku kenal sejak mereka anak dara lagi. Betullah, lepas jadi isteri ni tidak boleh sewenang-wenangnya keluar huha huha seperti orang bujang.

Tidak bermakna juga jadi isteri itu terkongkong. Aku tengok diorang ni bahagia jak ada penjaga masing-masing. Apa-apa hal ada orang ambil berat, ada orang prihatin.

Semalam si Fie dan Kak Sinta pun berapa kali pegang handphone buat laporan kepada tuan besar masing-masing.

Aku pun hebat jugak, handphone aku berbunyi banyak kali. Mak aku balik-balik telefon untuk ingatkan aku beli minyak petrol 1 gelen!

~

resam

Seperti seekor burung yang terbang dari satu hinggapan ke hinggapan yang lain. Matanya pasti meliar. Hatinya akan berdetik seiring detak jantung yang selang saat tiada henti untuk mengumpul rasa pengalaman hidup. Adalaka dia terperosok masuk ke dalam satu terowong panjang yang tidak tahu di mana penghujung. Dia langsung marah. Itukan lumrah hati yang tiada hasil. Maka diakur saja untuk redha. Lalu airmata meneutral rasa. Sesekali gentar itu datang, dia berpaut pada keyakinan untuk terus gagah menguak sayap. Genggamnya pada kesabaran untuk mampu bernafas tanpa lelah. "terowong gelap itu pasti ada hujung". Jika sering patah sayap, itu biasa. Tersungkur pada bumi berlantaikan serpih kaca juga pernah. Kenapa dia tidak mati? Jangan tanya. Itulah..hakikat insan, masih bernadi mencari jalan-jalan bahagia selagi ada harapan pada nyawa.

Ada satu perasaan dinamakan keinginan.
Perasaan itu seperti perasaan mencari air di saat kau diletakkan di kawasan padang pasir yang tandus dan kontang.

Bilang saja ok

Bila kau tertengok orang yang kebiasaaanya berseluar panjang tiba-tiba berskirt, kau mesti tengok lebih dari dua kali bukan? Atau orang yang selalu bersandal tiba-tiba berkasut tumit tinggi 2 inci, kau akan pandang bukan sekilas tapi seketika atau meneliti sekejap. Kemudian kau tegur atau bertanya.

Aku bukan mahu cerita tentang fesyen. Aku pun belum terniat untuk memakai skirt ketika di luar rumah. Ini cerita keluarbiasaan. Maksudnya sesuatu yang jarang kau buat.

Kadang kala kehendak sesorang itu boleh jadi di luar habit yang tercop di dahinya. Kan?

So normal.

Contoh, aku kadang-kadang rimas berada di tempat ramai. Aku tiba-tiba diam, bukan aku lupa kawan. Ada satu-satu masa aku diam.

Layan lagu ni 

Bila benda yang sama berulang..

..dan tiada hasil, kita akan rasa menyampah.

Aku malas chat dengan mood yang begini.



p/s : period pengaruh emosi.

Lexband - Main Bubut-bubut / Main Tapuk-tapuk


Sekarang main bubut-bubut


Dulu main tapuk-tapuk


nda lama ada lagu minta puji..

pandai betul diorang buat lagu buat kita senyum..




 

Nota kaki : Bubut - Kejar ; Tapuk - Sembunyi

Sembunyikan duit untuk kecemasan

Tips ini berguna untuk orang yang pelupa atau cuai. macam aku

Letakkan sejumlah wang bukan di beg duit anda. Contoh RM10 letak dalam bag laptop. Atau RM10 selit dalam drawer kereta. Boleh juga letak RM50 dalam poket kecil dalam beg sandang. Atau mana-mana tempat yang anda rasa agak tersembunyi dan sentiasa bersama anda.

Ini kegunaannya untuk kecemasan. Kalau tiba-tiba beg duit anda tertinggal, atau hilang dan ketika itu anda terdesak perlu duit, ianya boleh jadi penyelamat.

Contoh, tadi waktu lunch saya mengutip duit syiling yang saya tabung di drawer kereta saya untuk membeli sebungkus bun sosej sebab beg duit saya tiada bersama saya.

sekian.

--------------

Aku lupa semalam aku temankan mak ke pasar pakai kereta kakak. Pelupa! Aku lupa beg duit aku dalam kereta kakak! Super duper pelupa!

Sekarang ni aku risau.  Beg sandang aku ada RM10 ja duit kecemasan seperti selalunya. Dan beg laptop, hari ni aku tidak bawa (lap-lap air mata). Sedangkan minyak kereta aku turun 1 bar tadi, hajat-hajat mahu isi minyak petang nanti. Tiada duit rupanya. (nangis lagi)

Kalau tiba-tiba telefon kamu orang berdering selepas pukul 5.30, harap-harap bukan aku yang minta tolong di jalan raya.

Itu hati tahu penat

Untuk kali yang ke 40+ dia melenting dan mengeluarkan kata-kata kesat.
hanya sebab mak aku tutup hp aku semalam sebab aku terlelap awal.
awal pagi tadi aku on hp, hadiah sakit hati aku dapat.
dia sembur aku dengan kata-kata kesat.
dia lupa aku perempuan.
hati aku sensitif. kau tahu kan???
tapi sebab kau tahu aku jenis yang cepat autotreat hati sendiri, jadi kau tidak kesah.
selagi aku mampu sabar, hubungan ini akan aku jaga.
Satu saja pesanku,
aku fikirkan masa depan...kalau kau terus keluarkan kata-kata kesat tidak bertamadun kerana tidak sedar ketika marah, aku tidak mahu kau jadi ayah kepada anak-anakku.



.....

Dinner with mr. bawa kapal terbang~

"You're normal, you just behave abnormal. Its about to control your mind. Definately your bad experiences hang dah dalam kepala you."

"You hypocryte dan sikit paranoid?" sambungnya.

Aku tersengih.

"You less of confident to talk honestly about your problem. And you just answer me as respon for my question. Sepatah-sepatah."

'Senyum.' Kalau hal lain aku kuat membebel lah. Soalan-soalan yang mengena diriku aku susah mau jawab.

"You stil terikat dengan jalan hidup you nur. The matter is the wall..u stil hide everything inside. Just break it, keluar, then you become a normal woman.."

"You are normal."

"Normal.. yes you are."

Haaa.. aku saja yang fikir aku ni weird kan? kan? kan?  (ketuk kepala sendiri!)

Conversation aku dengan mr.p malam tu betul-betul seperti sesi kaunseling informal. Mungkin sebab dia 21 tahun lebih tua dan lebih dulu makan garam lebih dulu kena tekanan darah tinggi juga kan?.  Share and advice. Lebih kurang macam tu lah. Thank you sir! Aye!

I am normal... yes normal!

Go away my weirdo!



Wuuhoo.com - Online Magazine

If you're a bookworm like me u're suppose to love online magazine/book (e-book/e-megazine) becouse its free. Memang we prefer more on online novels/shortstories, tapi kadang-kadang busan jugak asyik baca novel, cerpen, etc kan. Sekali sekali baca lawak hilang stress jugak..

This cheapy-easy one u can enjoy ketika busan busan..

tak payah bayar..its FREE.


Busan-busan di opis boleh selak-selak kain skrin

Sedikit rebiu Scream 4

Tidak perlu ke karaoke untuk mensarutkan suara, panggung wayang sudah memadai. 2 in 1 ; u enjoy with da movie in da same time u can scream as laud as u want (naturally), tapi buat-buat menjerit takut konon-konon tu pun boleh jugak. Tapi tengok jenis movie, genre horror dan thriller saja boleh aaaaaaaaaaahhhhhh di panggung. Kalau cerita komidi or love memang buang tabiat sungguhlah menjerit-jerit. Sila bawa rakan anda yang kuat menjerit..contoh terbaik CLA. Lepas tu dia akan ketawakan anda sebab asyik tutup muka dengan 5 jari.

Sabtu petang Cla (Pricilla) ajak tengok wayang. Tiada dalam perancangan sebenarnya. Percayakah anda? Cla yang bukan kaki wayang itu ajak tengok wayang? (Sila percaya kalau tidak saya akan bunuh anda ala-ala cerita sream 4!)

Saya belum pernah tengok Scream 1, 2 dan 3..just tengok yang 4 ni jak.
Sedikit rebiu Scream 4,
  • Storyline biasa. Seperti baca buku penyiasatan bersiri.
  • Idea biasa yang ditwist banyak kali sampai jadi sedikit luar biasa.
  • Ending dia buat anda ketawa sambil berkata"eh?" "Aik!" "Ah, nda logik.." "Gilak ni wayang.." dan seumpamanya.
  • Cerita ini bukan horror..sudah namanya thriller kan..so tiada pun seram..lucu ada la. Comidy thriller yang enjoyable.
  • Saya suka aksi dalam cerita ni. Best watak-watak girl fighting.
  • Salah satu pelakon saya suka Emma Roberts berlakon dalam cerita ni. Saya minat lakonan Emma sejak layan cerita Wild Child dulu dan beberapa lagi movie dia..apa sudah tajuk cerita 1 lagi yang ada anjing tu ya..
  • Saya namo jadi spoiler cerita untuk anda yang belum tengok. For those yang intend to watch it, this is the hint : Psychopath.  
...yang akhirnya kepala dia kena mesin defibrillator beribu kilojoule..

overall..cerita ni biasa-biasa saja..jangan high estimatelah..btw, its fun..


forget about tiredness

What do you feel when you're sick?

Do you feel that your heart becomes too sensitive?

Do you feel you need full of attention? love? from someone that you love most?

Then your tears show it..








p/s : when you sick..your mind always think of Allah..try to get closer..

Salma Mentor 5

Aku jarang tengok tv.
Aku tak minat tonton rancangan reality tv
Tapi lately aku tengok pulak Mentor. Sebab si Salma.
Salma mana? 
ini dia,


Entahlah..
sebab dia dari Sabah, so setiap hari Ahad, my nenek, bapa tua dan si Winnie melekat depan tv menyaksikan si Salma ni punya persembahan. Siap komen itu ini mengalahkan juri. Aku ni pun yang sudah jadi penduduk di rumah nenek, join sekalilah jadi peminat Salma.

Tadi aku ronda-ronda youtube, nama Salma is rising up.
Ada pulak comparekan Salma dengan penyanyi terkenal Charice. 
Aku tak tahu orang yang buat dan upload video comparing tu tujuan dia apa.
Kalau mahu tunjukkan yang Salma mampu menyanyi lagu Charice dengan vokal tersendiri, itu ok..fine.
If to compare just beritahu 1 dunia yang Salma lebih baik dari Charice, that is stupid!

To Salma, serius..namamu macam nama orang dulu-dulu, nda komersial sungguh, aku suka.

dan 1 lagi, Salma sila nyanyi bagus-bagus..jangan kasi kisiwa my nenek yang setia tonton Mentor. 



Petua : Ubati cirit birit cara tradisi.

Kau cirit biritkah? Pil chi-kit teck aun kan ada..

Zaman serba serbi ni ubat klinikal di farmasi pun memang berlambak.

Saya pun bukan mau cerita pasal synthetic medicine..tapi saya mahu kongsi cara tradisional ubati cirit birit yang mak saya ajar dulu. Rasanya belum ramai tahu cara ni.
  • Ambil segenggam beras dan basuh beras tersebut. 
  • Letakkan beras di dalam kuali tanpa minyak, dan goreng sampai sedikit kehitaman (kira ada hangus sikit-sikitlah). 
  • Masukkan beras hangus tadi ke dalam gelas dan isikan dengan air minum. 
  • Kacau di dalam gelas tu macam buat kopi.                                                                                         
Silalah minum macam minum kopi..hah hah. Itu hampas beras dekat bawah gelas pun kalau mau kunyah digalakkan sangat..macam makan tahi kopi. Memanglah pahit. Tapi mujarab. Mujarab untuk saya dan adik beradik yang lain. Terima kasih mak! kredit jugalah untuk mak saya.

Saya tidak tahu apa chemical dalam beras itu yang bertindakbalas membuatkan cirit birit hilang. Btw, yakin dan percaya sajalah kuasa Tuhan, bukan pada kuasa beras hangus tu. So, saya cadangkan anda bacalah selawat sebelum minum dengan niat untuk sembuh..insyaAllah dengan izinNya.

------

Satu lagi petua daripada my lovely friend (Honey Sweet), time ni memang saya cirit birit sedikit ni di opis. Honey cadangkan minum kopi pahit tanpa gula. Saya ke pantri tapi tiada kopi, habis stokkk..neskepe adalah tapi yang packet tu bukan pahit. So, tidak dapat untuk mencuba. Nasib ini perut pulih sediakala selepas lebih 5 kali ke toilet.


p/s : Kalau cirit birit yang luar biasa dinasihatkan terus jumpa doktor.

Bos jaga hati pekerja.

   Teknik bos jaga hati pekerja... : kerja kasi kurang, letak kuih (rasuah ni1) atas meja pekerja  

(jangan ketawa..ini real punya.)

ceritanya macam ni,

Hari ini aku kenyang makan kuih. Tart telur, popia ubi, bun turkey roll..  Mengunyah-mengunyah sajalah sampai waktu pulang.

Ada saja bungkusan tidak dikenali atas mejaku. Belum sempat aku cakap apa-apa, sudah Madam M bersuara, "Itu kuih halal punya..tiada bab1..beli di bakery bawah.."   Hah! Itu ayat dia setiap kali letak kuih atas meja. Aku tak tanya pun..dan aku mana la berani tanya depan-depan pasal halal ka tidak..syukurlah family bos ni pemaham.

Kenapa bos tiba-tiba baik sangat? (sebelum ni pun dia memang baik..hari ini saja terlebih baik.)

Sabtu lepas aku hantar surat resign.

Surat resign aku kena tolak. Panjang ceritanya, malas aku cerita sini.

Satu saja sebelum aku balik ni (sambil jeling jam hampir pukul 6 ptg),  cara paling berkesan jaga hati pekerja yang juga mampu buat pekerja teruja adalah.... NAIKKAN GAJI.

sekian, bye..

Ringkas updated

Updated issue : Program amal rakan-rakan online KFM

Firstly, maaf sebab lambat update the progress. Anywhere program sudah pun proceed dgn jumlah RM450. Finally, semalam hamper2 (38 bungkus) sudah sampai di lantai bilik penjaga asrama SKPKT (Sek. Keb. Pendidikan Khas Tuaran). CT dan Kak Sinta ke sana dalam pukul 8.30. Ceria saja adik2 tu bila nampak kami bawa barang. :) Time kami mo balik tu kena serbu..rasa mau bawa balik ja sorang tu sebab dia melekat peluk kita..hehee

Sungguh seronok cuma agak kelam kabut sikit sebab ada miskomunikasi antara penjaga asramanya yang blur dengan pihak pengurusan yg CT hubungi. Diorang tidak dimaklumkan pun kedatangan kami sedangkan CT sudah telefon dan beritahu dengan Cikgu Taufik petang itu juga. Ustazah Suzana yang Cikgu Taufik suruh CT rujuk malam itu pun tidak ada di situ.

Lagi, yang agak sedih jugaklah, jumlah pelajar asrama sebenarnya adalah 59 orang. Tidak seperti yang pen.kanan beritahu (38 orang). Semalam kalau boleh Kak Sinta dan CT serahkan sendiri satu-satu dengan adik-adik kurang upaya yang comel belaka tu ,tapi hamper tak cukup maka kami suruh penjaga asrama simpan dulu.

Sedikit report kewangan ringkas,

- Budget yg terkumpul drp sumbangan fasa 1 tu : RM420. (8 orang penyumbang saja, syukurlah semua muarah hati)

- Memang semua sedia maklum tak sampai target kita untuk dapatkan RM600 kutipan (RM15 untuk 1 hamper).


- so, dengan RM420 yang ada devide by 38  = RM 11.05 saja / hamper. Mujur CT jumpa cari kedai jimat untuk dapatkan barang-barang.

- 1 hamper = tuala mandi, ubat gigi, berus gigi, minuman kotak, 2 bungkus kek. :)







Sekarang ni, CT dan Kak Sinta mau survey pendapat kawan-kawan, ada lagikah yang berhati mulia yang mahu menyumbang lagi untuk hamper 22 orang (dalam rm250)? Jika ada, CT akan teruskan buat untuk 22 hamper lagi. Jika tidak ada sumbangan, CT akan terus maklumkan saja pada Cikgu di SKPKT bagi hamper pada pelajar yang betul-betul layak saja.

Itu sajalah buat masa ni. Selanjutnya nanti CT buat laporan penuh.

HARAP MAAF, GAMBAR2 SEMASA KAMI HANTAR HAMPER KE SKPKT TAK SEMPAT TANGKAP SEBAB HAMPER BELUM SERAH PADA ADIK-ADIK LAGI.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------


P/S : Sempat bah cari makan on the way hantar Kak balik. hahaa..

Penat dan lapar, so singgah di restoran seafood Gaya Utama Jalan Kionsom

Kak Sinta yang bawa DUA perut..babynya mau ikan saja.

muka penat lepas balik kerja...~