- kLIk - kLIk - kLIk - kLIk -

Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W

Klik gambar untuk baca. 
Baca ulang dan ulang supaya kita tidak lupa pesanan baginda. 
Baginda mungkin bersedih dengan ummatnya yang semakin jahil dan alpa tika ini.
Ya, Allah.. jangan biarkan sekalipun aku alpa pada suruhanMu..




7 ekor anak dan ibu yang malang..

Apalah kau ni, esok kerja tapi masih berpusing-pusing atas katil tidak tidur! Ibu kucing yang kehilangan anak, kau pula yang tidak dapat tidur! Pedulilah kucing tu ibu dia jumpa juga nanti!

Ya Allah, aku tahu aturanmu akan nasib kehidupan kucing-kucing ini. Tapi makbulkanlah doaku, semoga si ibu dan anak-anak kucing itu bertemu dan di tempat yang sebaiknya untuk mereka....amin..





Petang tadi...


seekor ni mo bunuh diri

5 ekor di sini bermanja2




Kau sibukkah? Eh tidak, sangatlah freee selalu.


Sedang sibuk-sibuk basuh kain yang sebaldi ais kerim, terdengar orang bagi salam.
Nasib sedang berkemban maka adik yang menyambut. Dalam bilik air dapat dengar suara tetamu. Sebab yang datang adalah makcik full volume. Menasihati menasihati juga, tapi jangan guna ayat mengata. Salah caranya. Terasa tapi apa boleh buatlah. 

Makcik, InsyaAllah petang saya pergilah. Saya sudah rancang mahu pergi pun walau sekejap. Makcik, kalau saya ambil cuti pagi esok maka minggu depannya saya tidak dapat cuti untuk pergi kelas sebab saya kena ganti offday saya untuk kelas-kelas seterusnya. Makcik, jadual saya memang tidak pernah seragam. Kelas dengan alternate offday silih berganti. Apakah makcik faham kalau saya cerita panjang lagi?? Ah, siapa peduli aku punya cerita. Oh ya makcik yang cantik, saya rasa habit menbanding-banding ni perlu dilenyapkan. Makcik kena tahu kerjaya setiap orang tidak sama makcik. Aduh.. pening kepala juga macam ni. Sekarang sudah 2013.. tapi kadang-kadang rasa masih di tahun 90an..  

Sesudahlah merungut bah. Ampun makcik makcik. Mujur makcik tidak pandai baca blog dan facebook.

Selayaknya



Menunggu
atau mencari cinta

bersabarlah

kerana selayaknya dirimu
yang sudah dewasa

bunuh saja kecil hatimu






Tuhan, tunjukkanlah cahaya kebenaran