- kLIk - kLIk - kLIk - kLIk -

Hari ini aku bersiap awal pergi kerja..

...sebab hari ini aku menaiki penganggutan awam ke tempat kerja. Aku mesti keluar rumah awal kalau tak mahu lewat tiba di opis. Aku perlu menaiki bas dua kali untuk sampai ke opis. Berjalan kaki dari Rumah ke Bus Stop seperti 'exercise' pagi.

Anjing macik rajin mengekskot dari belakang. Macam berjoging pulak dia. Sempat main kejar-kejar dengan anjing macik tu, sepanjang lorong Taman Sri Utama sampai simpang jalan kami main-main. Dapat aku hirup udara pagi lama-lama, tulah selalunya pagi-pagi sedut aircond kereta. Ada satu Vios putih lalu ntah jiran mana satu, main hon tidak tahu sebab. Bukan aku main tengah jalan raya sangat pun. Memang lain kan jadi pemandu dengan pejalan kaki....

Tunggu bas pagi-pagi senang sebab bas banyak saja untuk ke KK. Sampai bandar KK, aku cari bas ke Jalan Kolam...... TIADA. Tengok jam di tangan, habislah kalau lewat. Dalam kepala fikir teksi. Aku tidak mahu telefon abang/kakak..nanti kena bising. Itu pun kalau lepas bising dia mahu bantu..nasib-nasiblah kalau dibantu. Aku tidak mahu susahkan diorang, semalam pun sudah kena dengan abang. Akhirnya teksi jugaklah walaupun duit dalam wallet cukup-cukup makan. Syukur sampai opis tidak lewat. Tapi kan..pakcik teksi aku naik tu best. Lucu. Gurau-gurau dengan dia sempanjang jalan. Sempat dia pesan dengan aku "besok jangan ko lambat lagi", boleh boleh kan? hahaaa besok tak pasti aku dapat naik teksi lagi ka tidak. Teringat bapaku bah.. :(

Batuk...
Sampai sakit dada sudah. Batuk buat kita jadi lemah.
mo makan power root biskut tiger ni supaya jadi kuat
Sepatutnya waktu lunch ni aku pi maybank pastu pi pejabat pos pastu..pastu..
..bah malas sudah aku mo menaip.
wateber laa

senyumlah..walau macam mana sekalipun.

Hati

Hajatnya untuk berstatus solo 2 tahun...akhirnya bertahan hanya 2 bulan.

pecah rekod peribadi.

Kini hati dia milik siapa?

ishk ishk ishk....


orang tua-tua cakap... bercinta jangan lama-lama...

jumpa pasangan...terus bincang pasal kahwin

ya la kau bercinta untuk apa? untuk tunggu putus?

untuk kahwin kan?

kalau boleh pecah rekod lagi.. kenal sebulan.. terus kahwin.. lol

Kelat

Mengantuk = kualiti kerja kurang

Otak penat = kerja serba tidak kena


Duit buka turun dari langit.. ingat, Allah ada janji untuk yang berusaha

Penat..

sabar..

kudrat perempuan tidak selemah itu kan?



Pernahkah kamu rasa diri kamu tidak berguna?

:::  SELALU

Merubah

Perubahan seseorang mengambil masa.

Apa yang penting, sabar.

Motivasi ; Buku

Pelajaran tentang hidup bukan hanya melalui pengalaman, juga melalui pembacaan..

Sabtu lepas aku singgah ke 1 kedai buku Islamiah.
Lama sungguh aku tidak jejak kaki ke mana-mana kedai buku semenjak bajet untuk bahan bacaan aku tamatkan 5 bulan lepas.  Maka berjamlah aku melepaskan rindu dengan buku-buku yang ada.
Aku beli dua buku motivasi.

-siapa ulat buku mesti kenal dengan buku ni :



2 Tahun lepas buku ni famous di kalangan kawan-kawan perempuan di kampus.
Kawan sebilik bagi pinjam tapi aku ni liat dengan sikit dengan buku motivasi.
Baca sikit aku tertidur..  Bila aku sedih ditimpa ujian, aku lupa tentang buku ni.
Jadi bila ternampak buku ni hari tu, tanpa baca isi kandungan aku terus sambar buku tersebut dari rak dan bawa ke kaunter.

Alhamdulillah aku sudah memilikinya.

- Bersama dengan buku ini,

18 kisah penuh inspirasi berasaskan kehidupan seharian seorang muslim.

Nantilah kalau sudah habis baca.. ada masa terluang, aku review buku ni. 

Apa yang aku mahu sampaikan di sini ialah, buku ini isinya bagus. So, saya rekemen. ^_^

*Kepada kawan yang mahu pinjam pun boleh. Sila contact saya.

Sebuah cerpen. Kalau kau faham bacalah.

Kalau tidak faham. Diam-diam!



Bukan tidak ada lelaki yang cuba mencuri hatiku ketika aku masih berstastus teman wanita orang. Apatah lagi ketika aku single. Aku kata, aku kawan dengan semua orang. Jatuh cinta hanya untuk 1 orang dan biasanya susah untuk jatuh cinta.

Bukan mudah untuk jatuh cinta. Itu sifat hati sejak dulu lagi. Meminati seseorang itu mudah tetapi untuk melahirkan cinta itu terlalu susah untuk seorang gadis yang meletakkan kecurigaan dalam kesetiaan setiap lelaki. Atas sebab-sebab aku dilahirkan dalam keluarga yang tidak sempurna telah menjadikan aku terbentuk begini. Aku tak salahkan takdir. Aku salahkan diriku kerana tidak mampu mengatasi dengan baik ujian yang diberikan itu. 

K orang yang pernah bertakhtah di hatiku selama setahun. Hatinya baik. Dulu dia berjaya memujuk aku membuka hatiku yang tertutup selama 4 tahun dengan janji bahawa dia terima aku seadanya dan akan bimbing aku. Banyak aku lalui hampir mahu mengikat tali pertunangan. Ya, itu impian paling manis.

Tapi sayang. Tiada hasil. Aku yang cepat terasa ini tidak tahan bila diuji dengan cara lelaki melayan wanita.

Bila aku cari dia di sms dan telefon dia tiada. Biasalah kan semua orang ada hari-hari sibuknya. Aku cuba faham, langsung aku tidak marah, merajuk atau mengata macam-macam membuat andaian terhadapnya. Aku tahu aku pun kalau sibuk aku tidak akan menjawab. Normallah. Aku pun tau isikan kebosananku dengan internet dan penulisan tempat aku berlegar-legar untuk mengisi masa ketika ketiadaan dia yang diperlukan.

Tapi sebaliknya pula berlaku terhadapku. Ketika dia sms, dia telefon, dan aku tidak jawab serta merta, sebab maklum, aku kadang-kadang juga sibuk. Seharusnya dia faham sebab sudah berkali-kali aku katakan, terangkan, kalau aku tidak jawab maknanya aku sibuk. Dia mungkin tidak faham, tiada kesabaran. Bila satu sms sapaanya aku tak jawab, 10 sms dia akan hantar lagi selepas itu, penuh dengan kata-kata sindiran, dan ada yang aku rasa diri aku terhina sangat. "Perempuan apa kau ni". "Pergi mampuslah hp". "Bagus tiada gf daripada ada gf."

Aku nangis waktu baca setiap perkataan. Ayat-ayat lain lagi. Aku tau aku bukan perempuan baik, tapi jangan katakan aku macam tu. Tangis dan sakit hatiku tidak lama. Aku jenis yang cepat sembuh sendiri tanpa dipujuk. Bila aku sudah ok, aku anggap saja itu perangai K, biarlah dia..aku terima seadanya. Hati wanita ini sampai manalah kesabaranya mampu bertahan. Sekali dua kali kena, berkali-kali kena. Waktu kena tu memang sakit. Tidak habis di sms, di wall fb nya menyindir. Kawan2 lain nampak. Ada yang tanya. Aku diam. Biarlah orang kata aku salah.

Mungkin baginya itu lawak, tapi aku terasa sangat. Aku cepat sembuh tapi bila kena tu memang sakit sangat. Sekuat-kuat aku tunjukkan diriku, di dalam hati ini sangat cepat terasa. Herdik sedikit pun aku boleh menitiskan air mata. Itu saja kelebihanku, mampu sembuh sendiri. Aku pernah luahkan. Aku minta ditinggalkan. Dia pujuk katanya dia akan berubah, dan itu hanya gurauan. Ok aku terima itu gurauan. Entah sampai bila sikap lelaki seperti itu akan berubah kepada lembut. Bukan sekali aku beri amaran padanya mengajak dia cuba mengawal kemarahan yang tidak sedar ketika marah itu. Malangnya, berulang juga. Hatinya baik, sangat baik. K ada hati yang murni. Cuma aku ni yang tak baik, aku tak mampun menahan satu sikapnya yang suka mengenakan perempuan itu.

Aku juga pernah buat salah. Aku sudah minta maaf takkan ulangi. Dia sudah maafkan. Tapi di lain masa dia akan ungkit dengan sindiran. Jadikan alasan untuk dia marah kalau aku lambat jawab sms atau panggilan telefon dia. Aku tak tahan. Aku diam. Merungut sesekali kata aku tak suka. Dia buat-buat tak faham.

Akhirnya aku meminta untuk berpisah dengan K setelah cuba berbincang tapi tiada hasil. Dia mengalah dengan hubungan ini, dan aku juga mengalah. Aku kata putus, dia kata ok kalau itu yang aku nak. Dia kata jangan menyesal. Dari situ aku berazam untuk tidak menyesal. Kalau ikutkan hati aku tetap akan bersamanya. Aku memang sudah untuk jatuh cinta, tetapi setelah jatuh cinta...bukan mudah untuk aku lupakan dia. Perit untuk melepaskan semuanya. Sukar. Minggu selepas aku minta putus cara baik, kerjaku terganggu sedikit. Aku hiburkan hati dengan radio di internet tapi tak mampu. Aku demam berapa kali. Aku bukan salahkan dia aku demam. Aku demam sebab waktu tu aku lemah sangat. Tiada orang peduli. Aku ambil mc sampai hampir seminggu. Akhirnya Vina telefon aku untuk bertanya, malam itu aku luahkan apa yang aku rasa. Di situlah aku menangis teruk. Lama aku bercakap dengan Vina, dengan siapa aku boleh mengadu kalau bukan Vina yang prihatin. Siangnya aku demam lagi..selesma teruk. MC lagi 3 hari.

Minggu seterusnya aku bangkit semula. Senyum. Waktu itu K telefon aku. Untuk memujuk aku kembali. Aku cuba untuk baiki hati sebab aku mungkin masih sayang dia. Tapi sayang. Rupanya rasa itu tawar. Semakin tawar. Bila kita letih menangis lama, rasa tawar itu akan datang selepas kita abis menangis.

Tambah tawar apabila cara dia memujuk pun kadang kala menyindirku kerana lambat membalas sms atau mesejnya di fb atau tidak mengangkat panggilan telefonnya. Masih macam dulu.

Dari rasa tawar hati aku rasa sedikit benci. Tapi aku cuba padam. Cuba suruh dia berhenti mesej. Ketika aku rasa tenang aku sendiri cari dia tanya khabar. Dia kadang2 jawab kadang-kadang tak jawab sebab sibuk. Aku tak terasa hati pun. Malah waktu tu aku tenang sudah. Tapi itulah, dia mula lagi...dia cuba sms atau kol kalau aku tak jawab dia hantar lagi sms sindir aku. Aku tak mahu benci orang yang pernah aku sayang. Maka aku cuba tidak pedulikan apa-apa kata-katanya.

Aku meminta untuk dilepaskan oleh K kerana kesabaranku sudah tidak mampu ku bendung. Sifat lelaki yang tidak dapat mengawal kata-kata kesat kepada wanita adalah sangat menyakitkan hati. Kadang-kadang menghempas barang ketika marah. Hilang kawalan. Bila ditegur, jawabnya : bila dah kahwin aku berubah. Kenapa tidak saja berubah sebelum kahwin? Letih...letih hati untuk menyoal hati yang ego.

Aku lahir dalam keluarga yang mempunyai sejarahnya sendiri. Aku berdepan dengan beratus-ratus makian, cacian, bahasa kesat mereka ketika bertengkar. Aku tidak mahu suami yang akan buat begitu bila sudah berumah tangga nanti. Impian aku sama macam orang lain, mahukan keluarga bahagia, anak-anak aku tidak rasa dan alami apa yang pernah aku alami. Aku bukan wanita baik untuk mengidamkan lelaki yang baik. Aku sedar diri, aku banyak kelemahan dari segi emosi dan tindakan kurang bijak sebab tumpuanku sudah terganggu dengan pelbagai masalah yang dilayan hati. Kerana itu aku harapkan seorang lelaki yang mampu bimbing aku, tongkat aku, kawal aku, bantu aku, ajar aku cara untuk hidup dengan betul.


Pesan daripada kakakku yang tegas untuk orang yang lembut hati, "carilah jodoh untuk masa depanmu, jangan kerana ikutkan hati."

Aku cuba fikir masa depan. Memilih pasangan hidup hanya untuk sekali.

Air mata yang tiada terlihat biarlah kita saja simpan.