- kLIk - kLIk - kLIk - kLIk -

Santapan Jiwa

Di bawah ni bukan cerita saya. Saya cuma kongsikan hasil perkongsian coretan seorang rakan forum. Bacalah, cerita ini juga buat airmata saya tumpah.

Si Budak Penjual Kuih
Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!



:: Selamat menyambut kedatangan Ramadhan

Detik rasa di atas jangka masa yang mengalah

Rasa itu indah tapi datang dengan kesakitan
Kerana kesabaran sudah mati, kuhukum cinta
Rindu menikam sedikit demi sedikit dinding hati
Perit..ditoreh rindu sedang dinding menebal
Darah yang mengalir bersatu dengan air mata
Curahnya untuk setiap detik kenangan yang melintas
Tiang angan-angan yang ku dirikan sudah runtuh
Hanya doa untuk terus kuat dengan tulang rapuh

Saya rakyat, saya pengundi, maka saya peduli.

HARI INI KITA JAGA KEBERSIHAN

Saya tidak turun padang, tapi saya sokong perjuangan mereka.
Saya rakyat, saya pengundi, maka saya peduli.

Tuisyen

Semalam kelas Sains PMR. Sepatutnya bab yang perlu aku khatamkan murid-murid aku adalah bab tingkatan 2; Water & Solution. Sebelum tu ada sedikitlah ulangkaji pasal evaporation process minggu lepas punya. Ya lah takut diorang lupa pulak, sia-sia aku ajar minggu lepas kalau lupa. Kemudian masuk terus subtopik Solubility, sampai ke reaction acid<->alkali. Kalau ajar ikut buku rujukan atau teks, memang sedikit saja penerangan. Aku mahu mengajar ikut silibus diorang tapi macam terlalu ringkas. Terutama pasal equation2 chemical reaction ringkas tu. Bila aku tanya murid bab yang tu,  diorang cakap 'faham', dan diorang angguk2. Bila aku tanya kenapa equation tu boleh jadi macam tu, diorang punya kening kerut-kerut sedangkan sudah belajar di dalam kelas harian. Terpaksa aku tunjuk sedikit pembelajaran di luar silibus. Tentang pengenalan apa itu ion, cas dan macam mana boleh membentuk persamaan apabila bertindakbalas (bab asas kimia tingkatan 4).  Bila diorang nampak semua ini dengan cepat diorang catch-up itu topik acid-alkali. Sama juga macam tajuk Elektrolisis sebelum ini kalau ikut buku main hafal boleh lah. Dalam buku memang ringkas, sekadar tunjuk apa itu elektrolisisi ; process lisiskan H dan O daripada H2O. Ditunjuk dalam buku tentang ion-ion bergerak ke katod dan anod, seperti disuruh hafal penerangannya sedangkan diorang tidak kenal ion dan cas atom.

Kalau murid belajar main hafal macam ni, ambil masa lama lepas tu kepala diorang pun berputar sebab banyak yang mahu dihafalkan. Lagi, itu ilmu nda akan tahan, sebab lepas waktu exam dia muntah semua dan tiada yang dia 'hadam' dalam kepala dia. (errr...)
Mungkin sebab itulah tuisyen itu perlu untuk mengajar sesuatu yang tidak diajar di dalam kelas harian di sekolah kan..

------------------

Sketsa tambahan di kelas Sains :

Tutor : Siapa orang pertama naik ke bulan?
Murid : Saya tau cikgu, Neil Amstrong.
Tutor : Pandai! kamu sudah belajar sains darjah 6 kan?
Murid : Tidak..saya tengok Transformer 3 kelmarin.
Tutor : ?*$#&!%^$??

terpaksa cerita wayang dulu 5 minit untuk tarik minat murid, baru mula kelas...



Kawan suka Kawan?

Siapa kata lelaki dengan perempuan tidak boleh berkawan kan?

atau

kah salah??

Tanggungjawab Menulis

"Suka aku lah mau tulis style macam mana, ayat macam mana kan? sudah blog aku, kau peduli apa? Asal aku tidak membuat fitnah atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak dan mengundang saman sudahlah."

"Aku menulis untuk lepaskan gian/berkongsi fikiran/saja-saja isi masa.."

Hah itulah ayat-ayat kepuasan namanya. Ayat-ayat untuk kaum "ada aku kesah?".

Macam entri-entri aku sebelum ini, 'sembarang' orang bilang.

Tapi itu dulu. Sekarang ini mari kita kembalikan keskemaan. Skema yang tersusun, ada peraturan supaya kita sendiri tahu apa itu tanggungjawab.

Tanggungjawab yang aku maksudkan adalah tanggungjawab sebagai seorang penulis blog siar (published blog) kepada pembaca.

Tidak bermakna kita ikut peraturan kita tidak bebas dan kepuasan tidak diperoleh. Sebagai seorang penulis awal mungkin kau rasa peraturan-peraturan ni leceh, tapi percayalah bila lama kau berada dalam dunia bahan bacaan ini kau sendiri akan rasa peraturan penulisan itu penting. Kepentingan itu wujud bila kau rasa bertanggungjawab terhadap penulisan yang kau buat.

Itu kalau kau penulis blog atau laman yang dibuat untuk disiar saja. Kalau blog peribadi (private) yang dihadkan untuk bacaan umum, kau menulislah suka hati, tiada orang peduli.

Ok ini contoh, aku gogle search untuk perkataan "Rebiu Transformer 3", ada beberapa blog yang buat rebiu (review) untuk filem ini. Ada yang menulisnya dengan kemas, ada yang tulis dengan ayat suka hati dia siap ada bahasa kanak-kanak gagal BM yang suka tulis 'yew', 'kew', 'sayeww', tax sukeww..kalau Sabahan pulak suka tukar 'bah' jadi 'va' atau 'vha' dan lagi boleh jadi 'wa'. Apa susah tulis saja 'bah' bah. Ayooo..banyak pening mau baca woh. Automatik terus cursor aku tekan 'close' window page blog yang menulis dengan bahasa tidak betul. Blog yang senang baca jadi pilihan. Aku akan baca bahan yang minimakan penggunaan bahasa slanga.

Sekali lagi, menulis ikut peraturan tidak bermaksud penulisan itu terbatas. Aku pun menulis juga, jadi aku faham..orang yang menulis paling pantang disekat-sekat. Idea titu tidak pernah disekat. Cuma bahasa penyampaian itu kalau mahu dibaca oleh orang lain buatlah yang kemas.

Penulisan yang seronok adalah menulis dengan idea yang bebas, mengikut landasan penggunaan bahasa yang betul.

Buat campur-campur ni boleh, tapi biar cantik dipandang dan 'sedap dihadam'.  Macam rojak, mesti mahu buat rojak yang boleh dimakan. Kalau main hentam buat, itu tu bukan rojak..itu sampah.

Memang orang suka baca bahan bacaan yang penyampaiannya santai. Sesantai-santai mana pun jagalah bahasa.

Lebih lagi kalau mahu buat isi blog yang ilmiah. Lebih skema apabila buat satu entri, menulis dalam Bahasa Melayu, buat keseluruhan entri dalam Bahasa Melayu. Kalau English, satu entri tu biar semua dalam English. Boleh buat campuran dua atau tiga bahasa dalam 1 entri tapi biarlah ikut etika. Letakkan pengikat kata "" atau italickan pada perkataan bahasa asing. 

:)