- kLIk - kLIk - kLIk - kLIk -

Telenovela zaman sekolah



Salam Ramadhan blog ku yang bersawang. Kalau ada labah-labah ni penat juga mahu bersihkan. Banyak cerita sebenarnya, tapi tidak banyak yang mampu dikongsikan.  .....

Tadi ronda-ronda terjumpa cerita lama-lama telenovela. Ini perihal untuk 10 tahun yang lepas.  Ada satu masa tu sekitar tahun 1999-2003, cerita di kaca TV yang popular berkisarkan tentang cerita telenovela dari Amerika Selatan. Apabila 1 cenel tayangkan drama bersiri latin ni, cenel lain pun ikutlah.  Macam trend..

Mungkin ramai yang ingat bila tengok gambar-gambar di bawah ni ; 


La usur padora... 


El amor no escomo lo pintan


Maria Mercedes


 La Intrusa


MistressHermanas


Rossalinda


Paling suka tengok dulu 3 cerita paling atas tu, yang lain-lain tengok tak tengok. Sebab sibuk dengan study. Dulu ditayangkan di TV lepas balik dari sekolah sesi pagi. Jadi petang-petang sedialah angkut bantal letak depan tv, sebab tidak mahu ketinggalan tonton telenovela ni. Yang lucunya, esok di sekolah jadi bahan cerita dengan kawan-kawan. Seronok ingat zaman sekolah. Masuk univ. pula terus tinggalkan tv. Di univ. lain, kena sindrom Korean/Japanese drama lah pula.  




*Usap-usap perut sambil jeling jam di skrin...

10 minit lagi berbuka puasa! Jom p dapur ^_^