- kLIk - kLIk - kLIk - kLIk -

Survive

Ayam perlu survive ketika banjir. Padi perlu survive ketika kemarau. Perlu. Kerana banjir dan kemarau bukan selamanya. Sama halnya juga dengan hati. Kita sedar dan faham tentang hati kita sangat lemah. Tapi kita tidak peduli hal bahawa hati itu mampu survive.

Nasihat berguna untuk tuan blog dan sehumor dengannya..


X bukan Y

Kenyataanya,
Kehidupan yang mengajar X berfikir secara kompleks.
Y tidak akan pernah merasa menjadi X
Ringkas. Hebat. Itu Y, yang cukup indah dan tenang pada mata X.
Mengetahui perbezaan ini buat X diam.
Tidak bersuara kerana rasa kosong yang besar.
Bersendirian lebih baik daripada terus merasa sangat rendah di sisi Y.


  



Menggemuk

Berdiri di atas penimbang berat badan di malam hari raya ke 4 boleh membuatkan pemikiran terusik. Hati juga terusik sikit-sikit. 

Kalau dulu gembira jika naik berat badan, kali ini sudah terbalik.. menjadi suatu kerisauan. Sebab naik berat badan efeknya pada bahagian tertentu saja. Sangat terkilan. Terkilan dengan siapa? dengan selulit?  

Ok ini perasaan merajuk pada diri sendiri sebenarnya.

Tidurlah.. esok cari sayur-sayur dan buah-buahan.. 

Hidup ini adalah pilihan.. begitu juga halnya jodoh..

Bercinta selepas kahwin?

Fikir-fikir, aku pandai takut.

Orang cakap kalau takut kahwin tak usah kahwin. Kawin hanya untuk orang yang berani.

Hmm..

Kalau aku jawab “ya”, dalam tahun ini juga aku akan jadi isteri orang.

Terkejut?

Aku sendiri pun terkejut juga. 

Mak dalam nada bergurau tadi bagitau aku ada orang merisik. Sudah lama sebenarnya dirisik. “Kau mau ka?” soal mak bulat-bulat. Aku ketawa sajalah. Lepas tu tunjuk tidak berminat. Dalam hati takut sebenarnya.

Anak buah kepada saudara kepada saudara kepada saudara. Aku tidak kenal yang mana satu orangnya.  Aku pun bukan jenis yang suka bercampur dengan orang sekeliling. Info sikit saja dapat. Seorang ustad.
Kalau aku tolak jodoh yang ini, apakah peluang jodoh semakin menjauhi aku sehingga aku jadi anak dara tua?

Sekarang ni perasaan aku = geram. Sebab adik aku ketawakan aku.