CC.C.CT

sisisiti

- kLIk - kLIk - kLIk - kLIk -

Kalah pada rindu

hati yang kalah pada rindu telah lemah
lalu ku menangis di tengah-tengah timbunan kenangan manis
cinta tidak bertuan masih ku simpan
ternyata harapan masih melekat rapi di dinding hati
sekeliling meriah tapi ku sunyi 
yang ku mahu hanya kesederhanaan malam ini
untuk kelegaan hati dan merasa tenangnya dunia




Posted by nur at 11:45 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Heart, Puisi

Hulurkan Bantuan


Aku ketiadaan kata-kata manis untuk menyeru hati-hati di luar sana supaya menghulurkan bantuan kepada anak-anak Gaza yang comel-comel tapi sedang menangis, juga saudara-saudara seIslam kita di negara bergolak. 

Di bawah ini, beberapa akaun bank Tabung Kemanusiaan Palestin yang aku search tadi.  
 

Tabung Kemanusiaan dan Pendidikan Palestin ABIM : 
RHB Islamic 21401360010196

Bank Islam (M) Berhad: 12029010047880

Maybank (M) Berhad: 562263010787

Bank Muamalat (M) Berhad: 12070005133717

RHB Islamic Bank: 21245760004907

Bank Rakyat: 22-080-619592-2

Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95

Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad :  Maybank 5642 7651 0331. 


(sumber) 

 

Semoga mereka terus berjuang hidup dengan bantuan kita semua.








Posted by nur at 9:11 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Heart, Religious, share

Burung Saya


Sebenarnya aku mahu buat cerita bergambar yang bertajuk : "Burung Saya"

Heh! macam tiada cerita lain jak. 

Tiba-tiba teringat lagu permainan zaman sekolah..

saya ada burung,
burung saya besar, 
kalau bukan besar, 
bukan burung saya..


Oklah cerita bergambar


 

Ini sepasang anak merpati yang sempat disnap sewaktu hantar mereka ke rumah nenek di Tuaran. Tidak sampai seminggu pun di rumah, terpaksa kuangkut keluar ke tempat lebih selesa. Sebab, puan besar di rumah sudah bising setiap kali terserempak burung ni dalam raga tepi peti sejuk. Sempatlah juga main-main.. picit2-cekik2-garu2-cium2.. merpati-merpati ni beberapa malam saja. Rumah nenek memang paling sesuai pelihara burung. Luas, ada kebun ada reban, ada kandang... ada kolam kalau boleh buat zoo pun boleh..hehe! Maka dihantarlah mereka berhijrah ke sana...  




Ini pula burung jenis apa ntah. Lagi kecil dari anak merpati yang dulu tu. Seekor saja. Baru dapat, bapa bagi beberapa seminggu lepas. Oleh kerana belum ada sangkar, diberikanlah rumah hamster untuknya ahahaaha. Kesian kan..



 
Tengok tu, snap muka pun tamao tunjuk. Merajuk tu dapat rumah hamster. Aku agak kalau burung ni tinggal lama-lama dalam kandang hamster ni lama-lama pembesaran dia pun terbantut..kesian.. Jaaaaadiiiii............



 Jum pindah!



TADAAAAAAAAAAAA


Aisehman.. dapat rumah baru. Kaler pink pulak tu. 



Ini baru namanya sangkar burung. Seronok dia dapat rumah baru yang besar. Ni aku snap masa aku simpan dalam bilik aku untuk bawa main-main sekejap. Temankan aku buat assignments hehe.. 


Burung dan Manusia

Hubungan kita dengan haiwan ni kadang-kadang sukar diterangkan. Kita yang merasa saja yang tahu. Aku suka binatang di rumah. Berbeza dengan puan besar yang tidak suka. Hehe.. apa boleh buat kuasa veto maharani tidak dapat menandingi kuasa sailormoon kecik. Sedangkan kucing pun tiada sudah.. semua beri pada orang.. T_T sedih.

Kalau letih penat balik dari kerja atau tiba-tiba kebosanan melanda, binatang-binatang ni lah jadi sasaran. Boleh usik-usik. Jentik-jentik cium-cium, bawa bercakap pun boleh. Aku selalu usik adik aku waktu bosan tapi adik aku ni garang. Usik sampai ke dapur dia balas balik. Penat. Tapi binatang ni lain. dia kalau kita bebel dia dengar jak, mana dia tahu membalas. Macam kucing, kita marah kita mengadu, kita merungut, kita kita gigit-gigit, kita sayang-sayang... dia mengiau ja. Pastu gesel-gesel di kaki minta kena tendang. Haha.. Serius, aku belum pernah tendang kucing. Marah dan ketuk pakai kayu penyapu pernahlah, sebab nakal. Eh, pukul pakai kayu lagi sakit daripada tendang tau..hihi. Cuma tendang ni macam kurang ajar..kesian kucing oii..


Dari cerita burung cerita pasal kucing pula daa.. Ntah lah. Kalau karangan UPSR ni mesti kira terpesong keluar tajuk. Belum masuk tatabahasa hampeh orang bilang. Tapi perbendaharaan kata aku tinggi kan? kan? kan?

Ya lah tu marah cikgu BM habis rosak bahasa. 

Ok, penutup. 

Kesimpulannya, pihak sewajarnya haruslah menggembleng tenaga untuk memberi kasih sayang kepada para binatang. Andai rumah kita luas, bolehlah kita menampung seberapa ramai binatang untuk kesejahteraan alam. Seperti kata pujangga, binatang juga punya perasaan.








120 patah kata.





::: teringin jugak perlihara anak harimau... 




Posted by nur at 8:45 PM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: bebel, haiwan, Relationship

........



di dalam dunia terbuka luas
ada satria-satra kerdil 
berjuang sangat besar 
demi hidup
titis-titis darah
titis-titis air mata
di setapak setapak langkahnya


















Posted by nur at 10:55 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Heart, Puisi

Rindu bertingkat-tingkat

ibu, aku tidak pernah menyatakan berdepan bahawa aku rindukanmu...walaupun hari-hari bersua..aku tak mahu menangis di depan ibu macam budak-budak.

Waktu sendiri-sendiri jugalah rindu itu dilayan
Rindu mahu peluk semua
yang disayang
Mungkin semua sudah tidur



ya Allah..rindu padaMu jua tiada kesudahan.. syukurku adalah milikMu...



Posted by nur at 10:27 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Ini kali lah

Aku bukanlah suka cakap-cakap hal politik ni. Tapi terkesan juga daripada persekitaran. Kalau sudah sampai berbual hal politik dalam ofis, bukankah itu sudah jadi satu kempen?

Staff A : Mo tukar kerajaan kah?
Staff B : Ntahlah. Aku baca internet semalam hutang kerajaan sampai setengah billion. Nda lama bengkrap.
Driver X, Y, Z dan beberapa driver lain sedang berurusan dgn HR di tepi (yang kurang membaca IT) pun ternganga.

Driver X : bah.. "Ini Kali Lah!"

HR yang pasang telinga pun sengih-sengih menggeleng. Internet macam-macam ada. Opis pun macam-macam kerenah.

Kempen..oh kempen..
Posted by nur at 10:41 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: bebel
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

~human time~


"Rak"

  • animation (1)
  • Art (2)
  • bebel (9)
  • Bloggy (4)
  • Buku (3)
  • Butir-butir mutiara (8)
  • Facebook (2)
  • Food and Beverage (1)
  • Hadiah (1)
  • haiwan (1)
  • Health (1)
  • Heart (8)
  • Internet (1)
  • Jari-jari (5)
  • Kawan (1)
  • Kreatif (2)
  • Lesson/pengajaran (1)
  • Lirik/Lagu (7)
  • Memori (2)
  • Motivation (5)
  • Movie (6)
  • Music. (5)
  • Mutiara kata (3)
  • Office (4)
  • Penulisan (2)
  • Prosa (3)
  • Puisi (5)
  • Relationship (16)
  • Religious (5)
  • Rias (41)
  • Santapan Jiwa (2)
  • Science (2)
  • share (2)
  • Technology (2)
  • Telenovela (1)
  • Tips dan Petua (4)
  • Tuisyen (1)
  • TV (2)
  • Wanita (3)

Orang-orang comel di sini

Blog Archive

  • ►  2010 (1)
    • ►  December (1)
  • ►  2011 (75)
    • ►  January (11)
    • ►  February (3)
    • ►  March (9)
    • ►  April (15)
    • ►  May (6)
    • ►  June (8)
    • ►  July (6)
    • ►  August (1)
    • ►  September (6)
    • ►  October (4)
    • ►  November (3)
    • ►  December (3)
  • ▼  2012 (29)
    • ►  March (1)
    • ►  April (8)
    • ►  May (1)
    • ►  June (2)
    • ►  August (1)
    • ►  September (3)
    • ►  October (5)
    • ▼  November (6)
      • Ini kali lah
      • Rindu bertingkat-tingkat
      • ........
      • Burung Saya
      • Hulurkan Bantuan
      • Kalah pada rindu
    • ►  December (2)
  • ►  2013 (20)
    • ►  February (3)
    • ►  March (2)
    • ►  April (1)
    • ►  June (4)
    • ►  July (2)
    • ►  August (4)
    • ►  September (1)
    • ►  October (3)

Academic

  • Sabah State Library
  • Open Universiti Malaysia
  • Universiti Malaysia Sabah
  • Kementerian Pelajaran Malaysia

Non-Academic

  • Taste of Lavender
  • Fibroid infos
  • Utusan Malaysia
  • KOSMO
  • Radio Online Gomofm
  • Penulisan2u
  • Puisi

Online Scientific Calculator

Online Scientific Calculator

seaching engine

seaching engine

Miss Anis punya Mutiara

Miss Anis punya Mutiara
Dapatkan Aksesori Wanita berasaskan Mutiara Asli Sabah

Demi Masa

"In teaching you cannot see the fruit of a day's work. It is invisible and remains so, maybe for twenty years." ...... Jacques Barzun

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bari melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Main-Main

Picture Window theme. Powered by Blogger.