- kLIk - kLIk - kLIk - kLIk -

Burung Saya


Sebenarnya aku mahu buat cerita bergambar yang bertajuk : "Burung Saya"

Heh! macam tiada cerita lain jak. 

Tiba-tiba teringat lagu permainan zaman sekolah..

saya ada burung,
burung saya besar, 
kalau bukan besar, 
bukan burung saya..


Oklah cerita bergambar


 

Ini sepasang anak merpati yang sempat disnap sewaktu hantar mereka ke rumah nenek di Tuaran. Tidak sampai seminggu pun di rumah, terpaksa kuangkut keluar ke tempat lebih selesa. Sebab, puan besar di rumah sudah bising setiap kali terserempak burung ni dalam raga tepi peti sejuk. Sempatlah juga main-main.. picit2-cekik2-garu2-cium2.. merpati-merpati ni beberapa malam saja. Rumah nenek memang paling sesuai pelihara burung. Luas, ada kebun ada reban, ada kandang... ada kolam kalau boleh buat zoo pun boleh..hehe! Maka dihantarlah mereka berhijrah ke sana...  




Ini pula burung jenis apa ntah. Lagi kecil dari anak merpati yang dulu tu. Seekor saja. Baru dapat, bapa bagi beberapa seminggu lepas. Oleh kerana belum ada sangkar, diberikanlah rumah hamster untuknya ahahaaha. Kesian kan..



 
Tengok tu, snap muka pun tamao tunjuk. Merajuk tu dapat rumah hamster. Aku agak kalau burung ni tinggal lama-lama dalam kandang hamster ni lama-lama pembesaran dia pun terbantut..kesian.. Jaaaaadiiiii............



 Jum pindah!



TADAAAAAAAAAAAA


Aisehman.. dapat rumah baru. Kaler pink pulak tu. 



Ini baru namanya sangkar burung. Seronok dia dapat rumah baru yang besar. Ni aku snap masa aku simpan dalam bilik aku untuk bawa main-main sekejap. Temankan aku buat assignments hehe.. 


Burung dan Manusia

Hubungan kita dengan haiwan ni kadang-kadang sukar diterangkan. Kita yang merasa saja yang tahu. Aku suka binatang di rumah. Berbeza dengan puan besar yang tidak suka. Hehe.. apa boleh buat kuasa veto maharani tidak dapat menandingi kuasa sailormoon kecik. Sedangkan kucing pun tiada sudah.. semua beri pada orang.. T_T sedih.

Kalau letih penat balik dari kerja atau tiba-tiba kebosanan melanda, binatang-binatang ni lah jadi sasaran. Boleh usik-usik. Jentik-jentik cium-cium, bawa bercakap pun boleh. Aku selalu usik adik aku waktu bosan tapi adik aku ni garang. Usik sampai ke dapur dia balas balik. Penat. Tapi binatang ni lain. dia kalau kita bebel dia dengar jak, mana dia tahu membalas. Macam kucing, kita marah kita mengadu, kita merungut, kita kita gigit-gigit, kita sayang-sayang... dia mengiau ja. Pastu gesel-gesel di kaki minta kena tendang. Haha.. Serius, aku belum pernah tendang kucing. Marah dan ketuk pakai kayu penyapu pernahlah, sebab nakal. Eh, pukul pakai kayu lagi sakit daripada tendang tau..hihi. Cuma tendang ni macam kurang ajar..kesian kucing oii..


Dari cerita burung cerita pasal kucing pula daa.. Ntah lah. Kalau karangan UPSR ni mesti kira terpesong keluar tajuk. Belum masuk tatabahasa hampeh orang bilang. Tapi perbendaharaan kata aku tinggi kan? kan? kan?

Ya lah tu marah cikgu BM habis rosak bahasa. 

Ok, penutup. 

Kesimpulannya, pihak sewajarnya haruslah menggembleng tenaga untuk memberi kasih sayang kepada para binatang. Andai rumah kita luas, bolehlah kita menampung seberapa ramai binatang untuk kesejahteraan alam. Seperti kata pujangga, binatang juga punya perasaan.








120 patah kata.





::: teringin jugak perlihara anak harimau... 




1 comment:

  1. cntik burung tuh.. tpi klu ltk spasangkan elok.. cian dia sekor2 x de teman...

    ReplyDelete