- kLIk - kLIk - kLIk - kLIk -

Hidup ini adalah pilihan.. begitu juga halnya jodoh..

Bercinta selepas kahwin?

Fikir-fikir, aku pandai takut.

Orang cakap kalau takut kahwin tak usah kahwin. Kawin hanya untuk orang yang berani.

Hmm..

Kalau aku jawab “ya”, dalam tahun ini juga aku akan jadi isteri orang.

Terkejut?

Aku sendiri pun terkejut juga. 

Mak dalam nada bergurau tadi bagitau aku ada orang merisik. Sudah lama sebenarnya dirisik. “Kau mau ka?” soal mak bulat-bulat. Aku ketawa sajalah. Lepas tu tunjuk tidak berminat. Dalam hati takut sebenarnya.

Anak buah kepada saudara kepada saudara kepada saudara. Aku tidak kenal yang mana satu orangnya.  Aku pun bukan jenis yang suka bercampur dengan orang sekeliling. Info sikit saja dapat. Seorang ustad.
Kalau aku tolak jodoh yang ini, apakah peluang jodoh semakin menjauhi aku sehingga aku jadi anak dara tua?

Sekarang ni perasaan aku = geram. Sebab adik aku ketawakan aku.

No comments:

Post a Comment