- kLIk - kLIk - kLIk - kLIk -

Rumah Impian

Rumah Impian

Membinanya tidak susah
mudah, kata mereka.
Tapi aku ragu
aku mahukan bukan sekadar rumah
ku mahu rumah yang tiang-tiangnya mahal
diselaputi batu-batu permata kasih sayang
dindingnya dinding lavender
yang mengungulkan ketenangan

mereka kata jangan susahkan perkara mudah
aku cuba
beransur-ansur ke mudah
cuma lambat.. redha sajalah
kerana aku sedari, sisa rumah lamaku masih menghantui
bayang-bayang itu
sendu sendu
ketakutan di situ
redha..
Aku tahu
suatu hari hantu itu pasti terkubur
sabar..

aku pasti bina juga rumah ku sendiri
InsyaAllah dengan izinNya
walau ku tahu rapuhku di mana
tapi aku tetap mahukan rumah impian
bersama ahli-ahli yang baru
dalam dunia kami sendiri
Hanya aku dan mereka

2 comments:

  1. tajuk.. "Runah Impian" hihi
    like this post...

    ReplyDelete
  2. haha fie.. baru sa perasan. tu la lappy sa punya skrin masih belum repair :(

    ReplyDelete