- kLIk - kLIk - kLIk - kLIk -

Berkorban untuk seorang murid

Antara anak murid dan hari raya korban.

Seorang murid baru (yang agak bermasalah) memohon untuk aku adakan kelas intensif petang hari raya korban Jumaat ini. Jadi apa jawapan yang sewajarnya aku dealkan untuk dia? SPM minggu hadapan. Ulang sekali lagi.. MINGGU HADAPAN. Tidak menggigilkah murid itu hendak berdepan perang SPM sedangkan persiapannya masih terbengkalai?

Siapa tahu kan. Putus asa mungkin, penyebab dia berlagak tenang. Kalau mungkin dihatinya disembunyikan kerisauan yang menggunung. Entah. Dua minggu lepas, hari pertama dia dalam kelas intensif biology, dia nampak tenang. Aku senyum dia senyum. Sampai aku batalkan niat untuk ajukan soalan kenapa lewat (terlewat yang tersangat sangat) join kelas intensif. Penat aku berpura-pura senyum dan ketawa demi menyembunyikan wajah kecewaku. Aku bukan magician. Atau pari2 yang boleh buat keajaiban, dan tiba-tiba dia skor A SPM subjek Biologi. Tapi..tidak mustahil, aku dan dia mampu dapatkan skor, jika subjek itu saja yang ada dalam SPM. Kenyataanya, 9 lagi subjek yang perlu ditelan dan hadam oleh seorang calon SPM. Maaf kalau aku cakap dia bermasalah. Kalau ikutkan sisi hatiku yang jahat memang dalam kelas aku hentam dia habis-habis sampai dia menyesal. Mujur hati aku masih dipenuhi oleh kesabaran mendidik. Dalam kesuntukan masa. Dia tidak tunjuk kesungguhan. Dalam kesuntukkan masa, 2 kali ponteng kelas intensif. Dalam kesuntukan masa aku dia cabar aku dengan kedegilan. Mendidik murid yang satu ini semacam satu pertaruhan. Sungguh..aku tidak suka berada dalam keadaan macam ini. Ubah strategi di saat akhir. Di kala aku ingin melarikan diri dari segala macam kerja. Aku bukan kerja mengajar saja, aku juga kuli HR, aku juga seorang penuntut yang wajib buat assignments. Aku juga seorang mak sedara yang hanya berpeluang jumpa anak2 buahnya di hari raya.

Jika aku tidak deal dengan permintaan murid itu untuk petang hari Jumaat ini, sama seperti aku mengecewakan dia. 

No comments:

Post a Comment