- kLIk - kLIk - kLIk - kLIk -

Sebuah cerpen. Kalau kau faham bacalah.

Kalau tidak faham. Diam-diam!



Bukan tidak ada lelaki yang cuba mencuri hatiku ketika aku masih berstastus teman wanita orang. Apatah lagi ketika aku single. Aku kata, aku kawan dengan semua orang. Jatuh cinta hanya untuk 1 orang dan biasanya susah untuk jatuh cinta.

Bukan mudah untuk jatuh cinta. Itu sifat hati sejak dulu lagi. Meminati seseorang itu mudah tetapi untuk melahirkan cinta itu terlalu susah untuk seorang gadis yang meletakkan kecurigaan dalam kesetiaan setiap lelaki. Atas sebab-sebab aku dilahirkan dalam keluarga yang tidak sempurna telah menjadikan aku terbentuk begini. Aku tak salahkan takdir. Aku salahkan diriku kerana tidak mampu mengatasi dengan baik ujian yang diberikan itu. 

K orang yang pernah bertakhtah di hatiku selama setahun. Hatinya baik. Dulu dia berjaya memujuk aku membuka hatiku yang tertutup selama 4 tahun dengan janji bahawa dia terima aku seadanya dan akan bimbing aku. Banyak aku lalui hampir mahu mengikat tali pertunangan. Ya, itu impian paling manis.

Tapi sayang. Tiada hasil. Aku yang cepat terasa ini tidak tahan bila diuji dengan cara lelaki melayan wanita.

Bila aku cari dia di sms dan telefon dia tiada. Biasalah kan semua orang ada hari-hari sibuknya. Aku cuba faham, langsung aku tidak marah, merajuk atau mengata macam-macam membuat andaian terhadapnya. Aku tahu aku pun kalau sibuk aku tidak akan menjawab. Normallah. Aku pun tau isikan kebosananku dengan internet dan penulisan tempat aku berlegar-legar untuk mengisi masa ketika ketiadaan dia yang diperlukan.

Tapi sebaliknya pula berlaku terhadapku. Ketika dia sms, dia telefon, dan aku tidak jawab serta merta, sebab maklum, aku kadang-kadang juga sibuk. Seharusnya dia faham sebab sudah berkali-kali aku katakan, terangkan, kalau aku tidak jawab maknanya aku sibuk. Dia mungkin tidak faham, tiada kesabaran. Bila satu sms sapaanya aku tak jawab, 10 sms dia akan hantar lagi selepas itu, penuh dengan kata-kata sindiran, dan ada yang aku rasa diri aku terhina sangat. "Perempuan apa kau ni". "Pergi mampuslah hp". "Bagus tiada gf daripada ada gf."

Aku nangis waktu baca setiap perkataan. Ayat-ayat lain lagi. Aku tau aku bukan perempuan baik, tapi jangan katakan aku macam tu. Tangis dan sakit hatiku tidak lama. Aku jenis yang cepat sembuh sendiri tanpa dipujuk. Bila aku sudah ok, aku anggap saja itu perangai K, biarlah dia..aku terima seadanya. Hati wanita ini sampai manalah kesabaranya mampu bertahan. Sekali dua kali kena, berkali-kali kena. Waktu kena tu memang sakit. Tidak habis di sms, di wall fb nya menyindir. Kawan2 lain nampak. Ada yang tanya. Aku diam. Biarlah orang kata aku salah.

Mungkin baginya itu lawak, tapi aku terasa sangat. Aku cepat sembuh tapi bila kena tu memang sakit sangat. Sekuat-kuat aku tunjukkan diriku, di dalam hati ini sangat cepat terasa. Herdik sedikit pun aku boleh menitiskan air mata. Itu saja kelebihanku, mampu sembuh sendiri. Aku pernah luahkan. Aku minta ditinggalkan. Dia pujuk katanya dia akan berubah, dan itu hanya gurauan. Ok aku terima itu gurauan. Entah sampai bila sikap lelaki seperti itu akan berubah kepada lembut. Bukan sekali aku beri amaran padanya mengajak dia cuba mengawal kemarahan yang tidak sedar ketika marah itu. Malangnya, berulang juga. Hatinya baik, sangat baik. K ada hati yang murni. Cuma aku ni yang tak baik, aku tak mampun menahan satu sikapnya yang suka mengenakan perempuan itu.

Aku juga pernah buat salah. Aku sudah minta maaf takkan ulangi. Dia sudah maafkan. Tapi di lain masa dia akan ungkit dengan sindiran. Jadikan alasan untuk dia marah kalau aku lambat jawab sms atau panggilan telefon dia. Aku tak tahan. Aku diam. Merungut sesekali kata aku tak suka. Dia buat-buat tak faham.

Akhirnya aku meminta untuk berpisah dengan K setelah cuba berbincang tapi tiada hasil. Dia mengalah dengan hubungan ini, dan aku juga mengalah. Aku kata putus, dia kata ok kalau itu yang aku nak. Dia kata jangan menyesal. Dari situ aku berazam untuk tidak menyesal. Kalau ikutkan hati aku tetap akan bersamanya. Aku memang sudah untuk jatuh cinta, tetapi setelah jatuh cinta...bukan mudah untuk aku lupakan dia. Perit untuk melepaskan semuanya. Sukar. Minggu selepas aku minta putus cara baik, kerjaku terganggu sedikit. Aku hiburkan hati dengan radio di internet tapi tak mampu. Aku demam berapa kali. Aku bukan salahkan dia aku demam. Aku demam sebab waktu tu aku lemah sangat. Tiada orang peduli. Aku ambil mc sampai hampir seminggu. Akhirnya Vina telefon aku untuk bertanya, malam itu aku luahkan apa yang aku rasa. Di situlah aku menangis teruk. Lama aku bercakap dengan Vina, dengan siapa aku boleh mengadu kalau bukan Vina yang prihatin. Siangnya aku demam lagi..selesma teruk. MC lagi 3 hari.

Minggu seterusnya aku bangkit semula. Senyum. Waktu itu K telefon aku. Untuk memujuk aku kembali. Aku cuba untuk baiki hati sebab aku mungkin masih sayang dia. Tapi sayang. Rupanya rasa itu tawar. Semakin tawar. Bila kita letih menangis lama, rasa tawar itu akan datang selepas kita abis menangis.

Tambah tawar apabila cara dia memujuk pun kadang kala menyindirku kerana lambat membalas sms atau mesejnya di fb atau tidak mengangkat panggilan telefonnya. Masih macam dulu.

Dari rasa tawar hati aku rasa sedikit benci. Tapi aku cuba padam. Cuba suruh dia berhenti mesej. Ketika aku rasa tenang aku sendiri cari dia tanya khabar. Dia kadang2 jawab kadang-kadang tak jawab sebab sibuk. Aku tak terasa hati pun. Malah waktu tu aku tenang sudah. Tapi itulah, dia mula lagi...dia cuba sms atau kol kalau aku tak jawab dia hantar lagi sms sindir aku. Aku tak mahu benci orang yang pernah aku sayang. Maka aku cuba tidak pedulikan apa-apa kata-katanya.

Aku meminta untuk dilepaskan oleh K kerana kesabaranku sudah tidak mampu ku bendung. Sifat lelaki yang tidak dapat mengawal kata-kata kesat kepada wanita adalah sangat menyakitkan hati. Kadang-kadang menghempas barang ketika marah. Hilang kawalan. Bila ditegur, jawabnya : bila dah kahwin aku berubah. Kenapa tidak saja berubah sebelum kahwin? Letih...letih hati untuk menyoal hati yang ego.

Aku lahir dalam keluarga yang mempunyai sejarahnya sendiri. Aku berdepan dengan beratus-ratus makian, cacian, bahasa kesat mereka ketika bertengkar. Aku tidak mahu suami yang akan buat begitu bila sudah berumah tangga nanti. Impian aku sama macam orang lain, mahukan keluarga bahagia, anak-anak aku tidak rasa dan alami apa yang pernah aku alami. Aku bukan wanita baik untuk mengidamkan lelaki yang baik. Aku sedar diri, aku banyak kelemahan dari segi emosi dan tindakan kurang bijak sebab tumpuanku sudah terganggu dengan pelbagai masalah yang dilayan hati. Kerana itu aku harapkan seorang lelaki yang mampu bimbing aku, tongkat aku, kawal aku, bantu aku, ajar aku cara untuk hidup dengan betul.


Pesan daripada kakakku yang tegas untuk orang yang lembut hati, "carilah jodoh untuk masa depanmu, jangan kerana ikutkan hati."

Aku cuba fikir masa depan. Memilih pasangan hidup hanya untuk sekali.

Air mata yang tiada terlihat biarlah kita saja simpan. 

No comments:

Post a Comment