- kLIk - kLIk - kLIk - kLIk -

Immobilliser

Aku baru tahu kebanyakan proton keluaran baru (malah kereta lain keluaran 2009 ke atas) menggunakan immobilliser system.

Disebabkan tidak tahu, aku hampir terbangkan RM300+ semata-mata mahu tarik kereta aku yang parking di bawah office ke bengkel berdekatan.



Apa itu immobilliser pada kenderaan? 

Alat elektronik yang dilengkapkan pada kenderaan yang berfungsi untuk menghalang enjin dihidupkan kecuali menggunakan kunci yang betul. Hanya kunci yang mempunyai cip dengan kod tertentu pada remote kunci untuk kenderaan itu saja yang boleh menghidupkan enjinnya untuk bergerak.  Ini bertujuan untuk keselamatan kenderaan (anti-theft) yang mana pencuri yang telah membuat kunci pendua sendiri, tidak dapat melarikan kenderaan tersebut kerana tidak memiliki cip kod kunci pada kunci penduanya. (Errr errr...ayat aku terangkan ni boleh fahamkah??)


Sesetengah kunci tu cepat rosak. Terutama badan remote yang dicantumkan dengan 1 skru sahaja. Hati-hati, apabila badan remote terbuka cip yang kecil itu mudah jatuh dan hilang.

pictures credit  : gogle search engine

No comments:

Post a Comment