- kLIk - kLIk - kLIk - kLIk -

Senggugut

Aku sedang menahan kesakitan perut. Inilah sakit rutin setiap bulan.


Jika anda over 18 years old, surelah anda tau apa nama penyakit ini kan? Alah budak umur 7 tahun pun ada yang tahu.

Senggugut bukanlah satu penyakit. Not totally consider as a disease. Actually it is a disorder. BUT, it can be a disease if it caused by infection.

Sebelum tu, aku mahu tanya..tau apa beza disease dengan disorder? Tahu kah? ka tak tahu? Nantilah aku cerita next entry.

Sekarang ni aku mahu cericeritata pasal senggugut saja.

Mahu tahu apa itu Senggugut?

Kalau anda lelaki, terpulanglah mahu tahu atau tidak. Jika ingin tahu, itu satu bonus untuk anda mendalami wanita.

Jika anda adalah wanita, anda WAJIB untuk tahu. Bukan hanya doktor pakar sakit puan saja yang perlu ada pengetahuan ini ok. Lagipun ianya tidaklah terlalu rumit untuk difahami. Ala, yang basic2nya saja bukan yang detail. Orang yang gagal subjek sains masa sekolah dulu pun boleh faham.

Senggugut dalam istilah sainsnya adalah Premenstrual Dysphoric Disorder (PMDD). 

Senggugut / PMDD merupakan gejala yang sering berlaku ketika haid. Ramai yang mentakrifkan bahawa SAKIT yang dirasai pada bahagian bawah perut itu adalah senggugut. Sebernarnya senggugut itu sendiri adalah proses yang berlaku di dalam sistem permbiakan wanita dan rasa SAKIT itu adalah kesan daripada proses tersebut. Ianya biasa terasa sebelum atau semasa haid. Selalunya rasa sakit akibat senggugut ini awal2 dirasai sebelum haid, iaitu pada bahagian pinggang dan ari-ari. Paling teruk rasa sakit yang berlaku ketika hari pertama dan kedua haid yang mana terasa pada bahagian bawah perut iaitu rahim. (Macam aku rasa sekarang ni.. sakit mak..T_T )

PMDD ada dua jenis :
1. primer (jenis biasa) <-- Ini normal Biasanya orang subur. Bukan penyakit.
2. sekunder (penyakit). <-- Ni lah senggugut yg kita katakan disease.


Jenis biasa - 'primary spasmodic dysmenorrhea', tidak semestinya
menandakan sesuatu penyakit. Biasa berlaku pada peringkat remaja. 

Penyakit - terjadi disebabkan oleh terdapatnya
ketumbuhan iaitu fibroid di dalam saluran peranakan.


Bagaimana PMDD / Senggugut itu terjadi?

Senggugut primer (normal).

Ianya berlaku disebabkan oleh penghasilan hormon 'prostaglandin' oleh badan.

Apa pula kaitan hormon ini?

Hormon inilah yang merangsang pengecutan rahim.

Kenapa rahim perlu mengecut?

Supaya 'darah kotor' (orang bagi nama dia darah haid) dapat disingkirkan keluar.

Jadi, Rasa Sakit yg wujud yang kita rasa waktu haid tu, adalah akibat pengecutan otot-otot rahim tu lah yang mengecut dengan kuat. 

Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin dan belum beranak. Ia berkaitan dengan struktur rahim. Selepas pernah mengandung, struktur rahim mesti berubah. Jadi bila pengecutan berlaku, kesakitan pun tidaklah terasa sangat. Tu sebabnya ada orang kata, (majoritilah kan) wanita yang telah berkahwin tidak lagi mengalami Rasa Sakit akibat senggugut. (maka kawinlah cepat..hahaha.)

Senggugut primer ini boleh dirawat. Kalau kita dapat kawal penghasilan hormon prostaglandin, senggugut dapat dikurangkan. 'Ibuprofen' yang membantu menghalang penghasilan hormon prostaglandin. Biasanya terdapat dalam bentuk ubat-ubatan. Selain itu : sila senaman, ambil nutrisi yang baik dan kurangkan stress.

Jadi, semasa haid....
-jagalah pemakanan,
-jangan bermalas2..jangan tidur ja..rajin2 la eksesai. 
(nda pun kan p basuh kain, lap tingkap, angkat 8 baldi air naik rumah..eh??..ok, ini ajaran sesat ~)
-jika ada tekanan dengan boss/suami/boyfriend, buang jauh2! (rasa2 ada kaitan ka? haha)

Tapikan time kita datang haidlah kita jadi stress kan?? sebab sakit bah senggugutttt~ sampai semua org dimarah.

Mahu sakit dan stress atau mahu tidak stress dan tidak sakit?? "Lu pikirlah sendiri.."

Senggugut Sekunder bagaimana pula?
 
Memang penting untuk kita mengetahui Senggugut Sekunder, sebab ianya berkaitan PENYAKIT.
Nanti kita sambung lain kali ya.


......Bye la..aku mau pi usik2 orang di chatroom..

No comments:

Post a Comment