- kLIk - kLIk - kLIk - kLIk -

Tarian Jalanan 2


Street Dance 2


Saya pergi tengok cerita ni selepas paper algebra. Gila! Macamlah exam week berakhir. Kebetulan ada seorang kawan free, dia sedang shopping sendiri2 di CP. Apa lagi, ajaklah. Saya ajak tapi dia belanja. Ok, rezeki saya kali ni. Lepas mengisi perut dengan McD terus ke Growball C. Jika pernah tengok Street Dance yang pertama mesti dapat agak idea cerita Street Dance 2 ni pasal apa kan. Jadi peminat cerita ini pun pastilah anak-anak muda yang minat dengan dance. Masa duduk di luar dewan cinema tu tunggu pintu dibuka, memang ramailah sedang berbaris. Ini first time saya di kelilingi budak-budak hiphop atau rap yang ramai. Errr.. rata-rata adik-adik. Pakaian diorang? Ok, sangat overfashion. Rambut? Ah, kalau mak saya tengok mesti beristighfar. Kawan saya sempat bisik dekat telinga ni kutuk pakaian diorang. Itu suka hati dioranglah kan. Rambut trojan kah, baju terbalik kah. Itu dipanggil fashion. Kan? Lagipun non-muslim. Kalau adik aku yang pakai macam tu lainlah.. memang tarik telinga dia di situ juga. Ada satu group di hadapan kami waktu itu memang smart jugalah trend fashion diorang. Pada hemat mata ni, agaknya diorang ni art student ataupun memang dancer. Tidak kurang juga budak-budak lain yang macam betul-betul budak 'street'. Apa tidaknya dalam dewan duduk belakang kami pastu mulut punya bising. Asal tengok aksi tarian diorang bersorak. Macam bukan dalam panggung wayang ja. Macam tengok konset! Geram jugak. 

"TWICE AS HOT" itu yang terpamer dekat poster kan? Bagi saya, "Jangan overestimate sebelum tengok."  .. ingat tu. 

Storyline mengecewakanStreet Dance 1 lebih  baik ploting dia. Kalau bukan kerana persembahan salsa si Eva dengan team dia tu, cerita ni tidak best pun. Salsa memang awesome. Tidak berkelip mata tengok. Plot agak mendatar. Konflik macam bukan konflik pun. Tidak berbaloi tengok di panggung. Lagi satu, eloklah kalau cerita ni diletakkan label 18 ke atas. Remaja di bawah 18 tidak sesuai. Pengaruh macam-macam dalam cerita ni kalau belum cukup matang untuk berfikir. Kesimpulan, baik cari dvd sajalah atau tengok online di laptop.

No comments:

Post a Comment