- kLIk - kLIk - kLIk - kLIk -

Hebat tapi bengong...

Pelikkah tajuk?

Ini sebenarnya berkisarkan filem Battleship. Mahu rebiu sedikitlah pasal filem ni. Bolehkan? dah macam kaki wayang pulak asyik post entri pasal wayang. Dushh. Ayat di atas tu sebenarnya untuk watak utama Alex Hopper yang dipegang Taylor Kitsch (juga hero dalam John Carter). Perwatakan 'Virginia' atau John Carter yang hebat tapi bengong tu ada dalam perwatakan Alex Hopper dalam Battleship. So, filem ni ada unsur komidi macam John Carter jugalah.



Cerita Battleship ni kelakarlah juga sebab semua bermula dengan cerita buntut ayam. Sebab buntut ayam Alex Hopper masuk navy dan cerita perang dengan makhluk asing di tengah lautan pasifik tu pun tercetus. Ok.. lagi pasal filem ni,  mungkin sebab Battleship ni ada bau-bau bacang dengan Transfomer, maka ceritanya pun ala-ala Transforme 3 lah. Lebih kepada pertarungan antara manusia dengan makhluk asing. Dalam Tranformer 3 pun bukan lebih kepada robot vs robot kan? tapi lebih kepada army vs robot. Lebih kuranglah macam dalam Battleship ni. Secara keseluruhan, Battleship adalah tentang cerita pertarungan, (strategi2/aturan perang). Nama pun battle kan. 


Ringkasnya, 
- Aksi : 5 bintang.
- Jalan cerita - Biasa 4 bintang drp 5
- Idea - 4.5 (persembahan strategi perang yang syok)
- 5 bintang extra untuk Taylor Kitsch yang kachak.. (sorry bias...ndapa kan kan kan?)  =P



:: Smartlah Rihanna jadi navy.. 



1 comment:

  1. hahahaha sy suka tu citer "virginia" si John Carter... lucu.. mau cari download dia tu nnt hihi

    ReplyDelete