- kLIk - kLIk - kLIk - kLIk -

Makan di CP, KK (menu mee goreng mamak/ayam)

Kalau orang tanya apa makanan kegemaran kamu? Maka spontan saya akan jawab, Mee Goreng Mamak /Ayam. Memang betul pun. Walaupun masakan mak tetap di hati, mee goreng mamak tetap akan saya cari. Jangan hairan kalau tiba-tiba saya mengadu mengidam makanan ini pada bila-bila masa sekalipun waktu tengah malam.

Kepada penggemar jenis menu tradisi melaysia seperti ini, dan anda berada di area Kota Kinabalu, jangan lupa eksperimenkan lidah anda, cuba mee goreng mamak air tangan tukang masak jawa yang terletak di dalam Centre Point. Dalam banyak-banyak restoran atau kedai makan yang saya pernah masuk di sekitar Kota Kinabalu, hanya 1 sahaja kedai makan yang mensajikan tekak saya perisa mee goreng ayam atau mee goreng mamak yang boleh membuatkan selera saya terbuka (even tengah hilang selera sebab sakit masa itu). Ok, nama kedai makan tersebut ialah.....alamak..saya tak tahu. Sumpah saya tak tahu nama restoran tu! Selalu datang makan saja, tak pernah mahu tengok papan tanda di atas premis tersebut. Oh..

Inilah masalah otak saya..sigh~

Nanti kalau saya pergi makan dekat sana lagi saya tengoklah balik. Yang penting lokasinya orang tahu di mana. Centre Point (CP) antara bangunan membeli belah yang tertua di Bandaraya Kota Kinabalu. Maka tidak asinglah bagi orang KK untuk mencari premis makanan mana satu di dalam bangunan CP tu.
Mahu tahu lokasi di mana? Dekat saja, di basement CP area food court tu. Berdepan dengan Piza Hut, premis paling hujung yang mana tepinya berdepan dengan Restoran Faiza (eh nama restoran ni aku ingat pulak!). Ramai yang tahu Restoran Faiza di CP tu sebab kedai makan dia kelihatan agak standard sikit tinggi berbanding kedai makan lain di food court tu kan? Tapi sayang..juadah yang ditawarkan tidak 'secantik' rupa hidangan. Entah, memang sajianya tidak memuaskan lidah saya.

Oke, back to kedai jawa tempat mee goreng mamak kegemaran. Saya berani katakan mee goreng mamak dekat restoran itu boleh membuatkan orang ketagih. Bukan saya seorang saja yang gila yang berkata begitu, rakan sebilik saya di kampus dulu pun sama. Jika sesi makmal petang kami awal siap, out of planning kami pasti akan ke KK semata-mata mahu menyantap mee goreng tersebut dan juga menatap abang tukang masak sekali..opss.

Asal saja kami makan di sana memang kedudukan kami menghadap ke kawasan tempat masak..so memang sambil makan tu, pemandangan kami dihiasi oleh seorang model lelaki yang beraksi dengan kualilah. 

Biasanya sebelum menonton wayang di 8th floor, atau membeli belah di semua tingkat, saya akan singgah dulu isi perut dengan Mee Goreng Mamak / Ayam. Menu simple saya setiap kali singgah ke sana,

Mee goreng mamak dalam harga RM 5.00 sepinggan + neskefe ais RM1.50= RM6.50

Berbaloi harga mahal jika makanan memuaskan kan? Ini pun kira oklah harga berpatutan, mee dia pun banyak saja. Rata-rata teman yang saya ajak isi perut di situ, ada yang tak mampu habiskan, bukan tak sedap, tapi terjamin kenyang. Kalau perut getah macam aku memang piring tu licin

Cubalah!

Kalau tuan kedai makan tu tau saya promot restoran dia, agak-agak dia boleh bagi saya makan free tak?

ok! jangan berangan!


p/s : Kepada penggemar makanan segera, ada satu lagi premis restoran Marry Brown baru di buka berdekatan dengan Bandaran, betul-betul berhadapan dengan roundabout dari Kampung Air dan Asia City.

No comments:

Post a Comment